Jangan Suka Mengumpul Harta, Kerana SeHarusnya DiBelanjakan
Pada Jalan Allah (MeLuaskan Ilmu Islam)...^^..
Allah berfirman dalam Surah At-Taubah;
34@ Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya banyak di antara
pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan
harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi
(manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang
yang menyimpan Emas dan Perak serta tidak membelanjakannya pada
jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab
seksa yang tidak terperi sakitnya.
35@ (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam
neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka,
serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “ Inilah
apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah
(azab dari) apa yang kamu simpan itu.
38@ Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu, apabila
dikatakan kepada kamu: “ Pergilah beramai-ramai untuk berperang
pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati
kesenangan) di tempat (masing-masing) ? Adakah kamu lebih suka
dengan kehidupan dunia daripada akhirat ? (Kesukaan kamu itu salah)
kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding
dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
41@ Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun
dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab);
dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah
(untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui.
44@ Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak
akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan
harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui
akan orang-orang yang bertaqwa.
56@ Dan mereka (yang munafik itu) bersumpah dengan nama Allah
bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka
bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah suatu kaum yang
pengecut.
76@ Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah
kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka
membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang
yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
77@ Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka
(berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka
telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga
kerana mereka sentiasa berdusta.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..
No comments:
Post a Comment