Tuesday, 15 April 2014

DARA : Adakah Ianya Penting ?...^^..

DARA : Adakah Ianya Penting ?...^^..

Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara
terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih
menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama
kepada golongan wanita. Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas
oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi
seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan keSucian dan
keHormatan seorang Gadis.

Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu
institusi yang penting dalam Islam iaitu Institusi Perkahwinan.
Kecenderungan penulis merenung isu ini datang dari pengalaman
peribadi selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan
mencari seorang Gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih
menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan
seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan
bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan
seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda.

Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya
sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat
keputusan sendiri mengenai calon suaminya. Namun begitu pada
dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih
sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal
isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna
untuk memilih gadis atau janda.

Cuma digalakkan memilih Gadis, dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.
Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat
menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian
dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang
kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan
menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang
perempuan.

Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat
sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semestinya seorang
gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain
seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu
kehilangan dara. Pada hemat penulis, kehilangan dara dalam maksud
ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang
gadis.

Oleh itu, penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita
lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus
terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan
seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas
dalam masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan
isu ini adalah Isu Sosial; bukannya isu peribadi atau isu dikalangan
wanita sahaja.

Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pergaulan bebas
di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu
yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah
kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘ Dara itu sudah tidak
penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan,
kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri.

Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah
bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi. Penulis
percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita
akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘ Apakah dara itu penting ?’.
Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam.

Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan
dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan
itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat
(generasi muda) mula menganut Idea bahawa dara itu tidak penting
maka secara tidak langsung merebak pula Idea seks sebelum nikah
itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini diAnuti secara meluas,
bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya, sekurang-kurangnya
seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja, soal dara
atau Virginity sudah dianggap remeh. Malah sebenarnya ia dianggap
sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal
seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks)
dipandang rendah dan dicemuh.

Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu
bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah
dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu
sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya).
Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. Sesiapa yang
masih dara dianggap mentah dan naif.

Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks, selalunya
ketika berusia belasan tahun dianggap matang. Gadis ini layak dianggap
wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya,
seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal
memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan
dan penyisihan sosial remaja.

Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah
tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang mengAnuti Idea
yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan
belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau
Nilai Generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea
remaja barat ?

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah
berkenaan Runtuhnya Institusi Sosial kita. Remaja terutama gadis
tidak lagi menghiraukan tentang keSucian Diri mereka. Gejala
pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh
dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma
kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan
dalam hal ini ? Rasanya kita semua sedia maklum.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

No comments:

Post a Comment