Monday, 28 October 2013

Jadual WaktuKu...^^..

Jadual WaktuKu...^^..

1@ Sebelum tidur qada'kan saki-baki sembahyang yang masih tertinggal.
2@ Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam
10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk. Sewaktu hendak tidur,
ucapkanlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan
Allah hu Akbar 34 kali, ayat Kursi dan tiga Kul ( Qul hu Allah hu
Ahad, Qul a'uzubi Rabbil Falaq dan Qul a'uzubi Rabbin Nas.
3@ Jika tidak keberatan laksanakan solat-solat sunat seperti
tahajjud, witir dan solat sunat biasa. Jika sempat, basahi lidah
dengan berzikir dan berselawat ke atas Nabi SAW.
4@ Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00,
kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud, witir, solat
syukur dan solat sunat biasa. Amalkan lima jumlah rakaat, 2 untuk
tahajjud, 1 untuk witir dan 2 untuk syukur.
5@ Bacalah Al Quran bersama terjemahannya, sekurang-kurangnya 10 ayat
jika terlalu mengantuk, tapi jika mampu bacalah 30 ayat atau lebih.
6@ Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
7@ Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,
rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di
dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula
hingga akhirnya.
8@ Bangun dan segera mandi, bersugi(berus gigi) dan ambil wuduk.
9@ Sempurnakan sembahyang Subuh dan jika tidak keberatan sembahyang
Dhuha dan Syukur sekali.
10@ Mulakan sebarang pekerjaan dengan ucapan " Bismillah hirrohma
nirrohim". Jika berkesempatan bacalah Al Quran bersama terjemahannya
apabila ada masa terluang.
11@ Basahi lidah dengan zikir-zikir biasa, seperti Laailahaillallah,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu Akbar dan selawat ke atas utusan
Allah, nabi Muhammad Rasul Allah.
12@ Jika hati masih kosong dengarkan nasihat-nasihat dan tazkirah
dari Ustaz-ustaz yang mendalam ilmu agamanya, baik dalam ilmu hadith
dan sunnah Rasulullah yang shahih dan benar agar tidak tergolong
dalam 71 golongan yang sesat.

### Para rasul, nabi dan orang soleh terdahulu menjadikan sembahyang
pada malam hari amalan Wajib kerana waktu itu tidak bising dan
sesuai untuk berbicara, meminta dan merintih dengan tuhan kita "Allah".
Malaikat pula turun ke bumi, kerana waktu itu udaranya nyaman dengan
embun yang sejuk. Di terangkan dalam Al Quran, Surah Al Muzammil 073
tentang kebaikan dan darjat orang yang menghidupkan malam, saat-saat
orang lain masih lalai dengan selimutnya...###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

No comments:

Post a Comment