Amalan Sihir Dalam Masyarakat Melayu...^^..
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu
Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk
dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Syirik ( Percaya Kuasa Lain Selain Allah), sedangkan kekuasaan itu
datang dari Allah, sebagai ujian untuk menguji keteguhan iman orang
muslim, yang mana beriman kepada Allah dan Al Quran dan membenarkan
ayat ayat Allah, atau sekadar adat, nama dan berketurunan Islam
semata-mata.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat
Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri.
Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan
bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir
Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu
bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut
dikenali sebagai berikut :-
¦Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh
manusia,
¦Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh
digunakan bagi tujuan mengganggu,
¦Polong : Bagi menghisap darah mangsa
¦Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang
sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh
orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan
nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam
hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
Jenis-Jenis Sihir
Patung___Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati
daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang
kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan
jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir
tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa
maut.
Santau___Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu.
Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan
ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan
membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
Telur Layang___Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah
dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum
akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca.
Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
Tangkal dan Azimat___Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi
daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak
za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang
telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian
tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada
malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Sihir Pembenci dan Kasih Sayang___Sihir pembenci bertujuan memisahkan
sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh
dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas
kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang
disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang
dihajati.
Cara Mengatasi Gejala Sihir___Apabila telah disahkan seseorang itu
terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka
dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada
penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat
beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.
Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin
A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat
ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, atau tiga Kul iaitu surah
( Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dengan beramal bersungguh-sungguh
dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut
adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah
menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan
membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah
Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada
surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin
bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Saka( Keturunan)
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah
sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini
berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari
keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang
kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin
itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia
kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah
dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun
sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah
s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam
tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan
bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air
tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah
mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang
dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu.
Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan
proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang
berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah
dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan
seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian
tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan,
usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan
jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…...
Ilmu Kebatinan dengan Menuntut (1)
Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan
dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk
dijadikan “ khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang
ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan.
Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran
lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan
sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-
mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.
Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-
Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma
Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir
adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak.
Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas
bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang
berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji
akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan
sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “ berkhidmat” untuknya.
Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya,
ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh
tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh
orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari
kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari
tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan
dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik
ke rumah.
Ilmu Kebatinan dengan Menuntut (2)
Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga
diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil
tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini
juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.
Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu
terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan
yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur
ayam, bertih nasi dan rokok daun. Terdapat ungkapan kata tertentu dalam
upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan,
hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang
disuruh.
Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak
dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :-
Hei anakku si hantu raya
Engkau rasuk sianu
(dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya)
Engkau makan hati perut dia
Jikalau engkau tidak pergi
Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau
Derhaka engkau pada Allah
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku.
Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan
diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan
satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan
tersebut.
Hei anakku si hantu raya
Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan
Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau pada Allah
Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu
raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar
oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya
inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya
yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan
jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan
yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau
memanggil syaitan. Nama “ HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang
biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan.
Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an.
Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal
usul hantu raya, iaitu daripada “ Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan
telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang
yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya.
Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti
yang tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 )
" Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah
seburuk-buruk teman."
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan satu bentuk
pengetahuan umum, haRaM dipraktikkan !!!….. Subhanallah.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..
Cara-cara Tukang@Ahli Sihir
Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok
Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan
jalannya. Iaitu :-
1@Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau
saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau
keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli
Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan
secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan
anak-cucu mereka pula.
2@Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-
neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat,
jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya
ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi
pertolongan.
3@Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa
tertentu yang diamalkannya.
4@Melalui amalan-amalan dari seni mempertahankan diri iaitu Pencak
Silat
ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau dituntutnya.
5@Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang,
gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin
yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.
6@Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu
atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
7@Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan
diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.
8@Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir
9@Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan
Masyarakat Melayu ialah seperti berikut :-
Pemujaan Kubur_Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli
Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk
menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur
itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan
pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.
Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam
panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang
dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka
telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.
Keris, Lembing dan Limau_Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat
Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan
dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus
dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut
dengan kain kuning atau hitam.
Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan
mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat
memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak
mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.
Ancak_Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada
juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut
kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk
jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat
menjaga kampong dan anak-anak kampong.
Sanggu_Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau
seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh
dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti
di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada
waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah
di asap dengan kemeyan dan di baca mentera atau jampi tertentu.
Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka.
Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini
ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan
sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin
di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut
di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.
Sangkak_Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat
tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah
mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih
sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin
penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka.
Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang
juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut
di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan
di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya.
Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya
di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera
dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor
kambing atau kerbau.
Pemujaan Tanduk Kerbau_Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai
akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis
tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.
Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk
menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya
supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.
Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di
atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan
di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih
muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan
memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk
memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh
ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu atau memberi nasihat atau
amaran kepada mereka.
Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan
dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti
kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan,
kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan
bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang
sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-
perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kemusnahan kepada
keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka. Mereka lebih percayakan
jin-jin sembahan mereka dari Allah, sedangkan Allah jualah yang memberi
setitik kekuasaan kepada jin-jin sembahan mereka untuk menguji seteguh
mana keimanan manusia.
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan satu bentuk
pengetahuan umum, adaLah haRaM dipraktikkan !!!….. Subhanallah.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..
No comments:
Post a Comment