Isteri Syuraih, Gadis Solehah...^^..
Pada suatu hari, Syuraih Al Qadhi menemui Al Syabi bertanya kepadanya
perihal ahli keluarganya, Syuraih menjelaskan seperti berikut:
" Semenjak 20 tahun aku menikah dengannya, belum pernah aku lihat
sesuatu sikap kata-kata, tindakan atau pandangan isteriku itu yang
dapat menimbulkan kemarahanku kepadanya." " Bagaimana hal sepeti itu
boleh terjadi?" Tanya Al Syabi. " Pada malam pertama aku pulang ke
rumahnya, aku melihatnya amat mempersona, jarang sekali kutemui
wanita yang secantik dia. Kerana itu, aku berbisik kepada diriku;
" Aku akan bersuci dan berwuduk kemudian hendak solat sebagai
menyatakan syukurku kepada Allah." .Tatkala aku mengucapkan salam,
aku temui isteriku itu juga ikut solat bersama aku dan memberi salam
seperti aku memberi salam." " Tatkala rumahku telah sunyi daripada
para sahabat, aku menghampirinya dan menghulurkan tanganku kepadanya."
Dia berkata, " Atas kelemah-lembutanmu, wahai Abu Umaiyah,
sebagaimana engkau begitu jugalah aku." Kemudian dia mengucapkan;
" Alhamdulillah! Aku memuji serta memohon pertolonganNya, aku
berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan para ahli keluarganya.
Aku adalah wanita yang masih asing bagimu, yang sama sekali belum
tahu tentang akhlak dan kemahuanmu. Oleh itu, terangkanlah kepadaku
sesuatu yang engkau ingini, nescaya aku akan melakukannya, dan
terangkan juga kepadaku apa-apa yang tidak engkau sukai, nescaya aku
akan tinggalkannya." Katanya lagi, " sesungguhnya ramai wanita
cantik daripada kalanganmu yang dapat engkau jadikan isteri, dan
dikalangan kaumku juga ramai lelaki yang sekufu denganku. Tetapi
apabila Allah telah menentukan sesuatu perkara, ia pasti akan
berlaku. Kini engkau telah memiliki diriku sepenuhnya, oleh itu
lakukanlah apa yang engkau ingini, sesuci dengan apa yang
diperintahkan Allah kepadamu, yakni, " Tahanlah pergaulilah isterimu-
isterimu dengan baik dan lepaskan atau ceraikan juga dengan baik.".
Aku sampaikan ucapan ini dan aku memohon keampunan daripada Allah
untuk diriku dan untuk dirimu." Ketika didatangi ibu mertuaku, dia
bertanya kepadaku, " Bagaimana isterimu menurut penilaianmu?"
" Dia adalah isteri yang paling baik." Jawabku. Ibu mertuaku berkata,
" Wahai Aba Umaiyah, sesungguhnya wanita tidak akan menjadi buruk
keadaannya dalam dua hal, iaitu apabila dia melahirkan anak lelaki,
atau apabila mendapat kedudukan yang baik di hati suaminya. Demi
Allah! Tidaklah kaum lelaki itu akan menderita di rumahnya, yang
melebihi penderitaan disebabkan isterinya berpura-pura sayang
kepadanya. Oleh itu, didiklah isterimu menurut bentuk pendidikan
yang engkau ingini, dan ajarlah dia perilaku atau akhlak yang baik,
sesuai dengan apa yang engkau kehendaki." " Demikianlah, aku hidup
seia sekata serta diliputi kebahagian dengannya selama dua puluh
tahun, dan aku belum pernah mencerca atau memarahinya kerana sesuatu
sebab yang berpunca daripada sikapnya, kecuali hanya satu kali,
itupun berpunca daripada kesalahanku."
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..
No comments:
Post a Comment