Sunday, 28 June 2015

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga...^^..

 
Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga...^^..

 



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki.
Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah
Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela
nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum
wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman
Jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya
menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa
keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan
dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan
bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab
ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan
Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk
berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah
dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada
wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri
menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum
lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum
wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “ Orang mukmin yang paling sempurna
imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat
baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW, “ Sebaik-baik kamu adalah yang
terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari
kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita
adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita
adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari
syurga ?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam
sebuah hadis yang panjang),

Aku berkata, “ Wahai Rasulullah ! Adakah wanita di dunia lebih
baik atau bidadari ?”

Baginda menjawab, “ Wanita di dunia lebih baik daripada
bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang
batin.”

Aku berkata, “ Wahai Rasulullah ! Bagaimanakah itu ?”

Baginda menjawab, “ Dengan solat, puasa dan ibadat mereka
kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan
cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,
berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir
hadis)” (Riwayat al Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama
rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah,
sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga
hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki
diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga.
InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu ? Ikuti
kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ Ayah ceritakanlah
padaku perihal muslimah sejati ?” Si ayah pun menjawab

“ Anakku, seorang muslimah sejati bukan dilihat dari
kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. wajahnya hanyalah
satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat
dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah
yang terbaik”. Si ayah terus menyambung,

“ Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh
badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia
menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati
bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang
diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan
segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan
suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya
berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara
dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31, Surah An Nurr, Abdullah ibn abbas dan
lain-lainnya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh
mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan
lelaki yang bukan mahram (As syeikh said hawa di dalam
kitabnya Al Asas fit Tasir)

“ Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”
(Surah Al Ahzab:32)

“ Lantas apa lagi ayah ?” Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya
dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia
berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang
dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya
digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari
kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan
besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana
ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan
kepada TUHANnya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala
kurniaan yang diberi”

“ Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat
mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia
mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya ” Siapakah yang memiliki criteria
seperti itu ayah ? Bolehkah saya menjadi sepertinya ? Mampu
dan layakkah saya ayah ?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “ Pelajarilah
mereka ! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga
boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,
malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah
sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. Merekalah
pendamping setia dan contoh sebenar serapan Muslimah Islam.
Mereka semuanya berbadan Kurus kerana mengurangkan
makanan (berpuasa),  kuat Sedekah dan kuatnya berAmal Soleh.

“ Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa
di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu
yang ia kehendakinya” (Riwayat Al Bazzar)

Sumber: http://www.rakanmasjid.com/








" Sebaik-baik pengajaran ialah Kitabullah (Al Quran), sebaik-
baik pemimpin ialah kepemimpinan Muhammad SAW, Agamaku
lebih utama bagi setiap orang Mukmin daripada dirinya sendiri."
Tuhan (Allah) lebih aku Takuti daripada seluruh Makhluk
Ciptaan dan Rekaan dariNya. Tenang itu Miskin dari Harta,
Kaya dengan Ilmu, Iman dan Jiwa... TauhidNya...

Yang perlu kita dalami adalah maksud dan nasihat yang
terkandung di dalam Al Quran. Bukannya Menaikkan siulan
meLagukan Ayat untuk Hiburan dan memBangga kePandaian
dan serta Mahir membaca Al Quran. Tidakkah ianya sia-sia.
Membaca tanpa mengamalkan. Seperti membaca sekadar
untuk menduduki Ujian, tidak diambil Manfaat dari Bacaan...

" Tiga golongan orang tidak akan diajak bercakap oleh Allah
di hari kiamat, bahkan akan diganjarkan dengan seksaan yang
pedih. Mereka itu adalah orang yang berzina, raja pendusta dan
orang kafir yang sombong." " Termasuk dalam dosa berdusta
ialah seorang alim yang memberi fatwa tentang sesuatu yang ia
sendiri tidak menyakininya atau seorang yang meriwayatkan
hadis tanpa dipastikan kebenarannya. Kerana ia hanya ingin
menunjukkan kelebihan dirinya sehingga ia enggan berkata
terus terang, bahawa " Aku tidak tahu". Dan ini adalah suatu
perbuatan haram."


 
 

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment