Sekilas Pemahaman Sihir Dan Jin...^^..
Jangan terlalu menyalahkan pada unsur Sihir, sebenarnya Allah
membenarkan Sihir itu terjadi. Orang Jahat menggunakan Dukun,
Dukun@Bomoh menggunakan Jin Kafir (bagi melakukan kejahatan
berbentuk mencerai-beraikan hubungan suami-isteri, mencipta
suatu penyakit pada mangsa, juga melakukan gangguan mental
(kerasukan jin) pada mangsa.
Mangsa yang Jahil dalam beragama meminta Dukun mengubati
penyakit, Dukun juga menceritakan berita si Fulan yang
melakukan Sihir. Jika si mangsa juga dari orang jahat, mereka
saling membalas dendam menggunakan benda Ghaib. Jika si mangsa
tidak membalas, mangsa yang Jahil itu menyerah pada takdir,
dan kemudian Mati dalam pendirian " Aku terkena buatan Orang
Jahat."
Mangsa mati dalam keadaan Syirik, kerana tidak lagi berharap
pada kekuasaan tuhan (Allah) yang berupaya menyembuhkan
sesuatu dalam sekelip mata. Allah pun benci kepadanya, kerana
terlalu bergantung kepada pandangan Manusia, Adat dan Dunia
buatan mereka semata-mata (mereka itu jahil dalam beragama).
Sehingga dia terlupa, hidup mati seseorang bukannya terletak
pada tangan orang Jahat, tetapi di tangan tuhan (Allah), ianya
cuma ditulis sebagai punca dan penyebab kepada Kematian. Nabi
Muhammad dan para sahabat Nabi semuanya, ada mati berpunca
dari peperangan, mati terkena penyakit, di bunuh pihak musuh.
Bahkan (Husein bin Ali) cucu Nabi sendiri di bunuh dengan
kejam, dipenggal kepalanya oleh Ubaidillah bin Ziyad (di bawah
penguasaan khalifah Muamiyah) dan Imam Abu Hanifah juga mati
akibat diracun musuh. semuanya sudah tertulis rapi oleh Allah.
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah,
101@ Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi
Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada
pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan
Kitab itu melemparkan Kitab Allah (Taurat dan Injil mereka)
ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui
(kebenarannya).
102@ Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-
ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa
pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak
mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya),
kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut,
di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar
seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan
berkata, “ Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk
menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir
(dengan mempelajarinya).”. Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua, ilmu sihir yang boleh
menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal
mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau
membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan
izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang
hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada
mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu
tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi
sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri
mereka, kalaulah mereka mengetahui.
103@ Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan
bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala), sesungguhnya
pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka
mengetahui.
Menurut konsep Ying dan Yang dalam kepercayaan China (setiap
penciptaan Tuhan adanya Baik dan Buruk, juga balasan Dunia dan
Akhirat). Contohnya ada Malaikat (Ketaatan) dan Syaitan (Tidak
suka Patuh, ikut Hawa Nafsu dan Ego pada diri sendiri), ada
Kaum Jin Muslim dan Jin Kafir, ada Manusia Muslim Baik dan
Muslim Jahat, ada Manusia Kafir Baik dan Kafir Jahat.
Semuanya ada fungsi dan peranan masing-masing agar dunia
nampak menarik dan hidup, mereka juga diberi keBebasan untuk
memilih sepuas-puas hati mereka. Tapi bukan bermaksud tuhan
membiarkan semua kerosakan berlaku di muka bumi, tetapi tuhan
membekalkan satu peraturan dan undang-undang buatanNya (warkah
peringatan, Al Quran sebagai jalan petunjuk bagi manusia yang
suka berfikir dan mahu beriman) yang memberi Jaminan,
KeTenangan dan keBahagiaan, walaupun hambanya Miskin di Dunia.
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah,
2@ Kitab Al Quran ini, tidak ada keraguan padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ianya pula
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa,
3@ Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang
ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang (solat) serta
membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada mereka.
4@ Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “ Al Quran”
yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab
(Taurat, Zabur, Injil dan suhuf-suhuf Nabi) yang diturunkan
dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari
akhirat (dengan sepenuhnya).
5@ Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan
mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung (permohonan
diterima setelah diusahakannya).
Harta benda mereka jika tidak diurus dengan baik, akan menjadi
Beban dan penyebab ke Neraka, Harta benda mereka mengadap
tuan-tuan mereka di dunia untuk dipertanggungjawabkan di hari
hisab, " Ya Allah, aku disimpan tuanku ini (tamak, takut
miskin dan dijadikan perhiasan), dan tidak digunakan untuk
keperluan (pendidikan, keperluan anak-anak dan fakir miskin)."
Allah berfirman dalam Surah At Takaathur,
1@ Perbuatan bermegah-megah dan berlumba-lumba (mendapat
dengan sebanyak-banyaknya harta benda, anak-pinak, pangkat dan
pengaruh) telah melalaikan kamu (daripada mengerjakan amal
bakti),
2@ Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.
3@ Jangan sekali-kali (bersikap demikian) ! Kamu akan
mengetahui kelak (akibat perbuatanmu itu semasa hendak mati) !
4@ Sekali lagi (diingatkan), jangan sekali-kali (kamu bersikap
demikian), Kamu akan mengetahui (kelak akibatnya yang buruk
pada hari kiamat) !
5@ Demi sesungguhnya ! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu
akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu
akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu
untuk hari akhirat).
8@ Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang
segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya di dunia) !
Allah berfirman dalam Surah Al Ma’un,
1@ Tahukah engkau, orang yang mendustakan agama (meliputi hari
pembalasan)?
2@ Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada
anak yatim,
3@ Dan tidak menganjurkan untuk memberi makanan yang berhak
diterima kepada orang miskin.
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah,
21@ Wahai sekalian manusia ! Beribadatlah kepada Tuhan kamu
yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu
daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang)
bertaqwa.
22@ Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai
hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan
(yang dibina dengan kukuhnya), dan diturunkanNya air hujan
dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air hujan itu
berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka
janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal
kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha
Esa).
23@ Dan kalau kamu ada meragui (menaruh syak) tentang apa yang
Kami turunkan (wahyukan, Al Quran) kepada hamba kami
(Muhammad), maka cubalah buat, dan datangkanlah satu surah
yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah orang-orang
yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika
betul kamu orang-orang yang benar.
24@ Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu
kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari
api neraka yang bahan-bahan bakarannya, manusia dan batu-batu
(berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang
kafir.
25@ Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, tiap-tiap kali mereka
diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu,
mereka berkata, “ Inilah yang telah diberikan kepada kami
dahulu”, dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya
(tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka
dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang
sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya
selama-lamanya.
Kesenangan Dunia ini milik orang Kafir, Kesenangan Akhirat itu
milik orang Muslim. Janganlah kesenangan mereka, menarik hati
kamu, kerana tuhan mahu berlaku Adil, tuhan membalas Kebaikan
orang Kafir yang Baik di Dunia, mereka di beri kenikmatan
Dunia dan tiadalah kenikmatan di Akhirat buat mereka. Mereka
kekal di perkampungan Neraka, kecualilah telah tertuliskan
di Arsy (Lauh Manfuz), ditakdirkan Tuhan akan memberi hidayah
keIslaman kepada mereka. Tuhan (Allah) itu sebaik-baik dalam
pengurusanNya, dan sebenar-benar Adil dalam penguasaan dan
pentadbiranNya.
Hadith, daripada Anas bin Malik berkata,
" Saya masuk menemui Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam
dan beliau sedang berbaring miring di atas tikar pandan kecil
yang bersulam, dan di bawah kepalanya bantal dari kulit
berisikan rumput kering. Lalu beberapa orang dari sahabatnya
datang di antaranya adalah Umar bin Khaththab, Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun bangkit menggeser tubuhnya
yang sedang terbuka bajunya.
Umar bin Khaththab tak sanggup menahan tangisnya ketika
melihat bentuk sulaman tikar yang membekas di tubuh bagian
samping Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam bertanya, " Mengapa engkau
menangis, wahai Umar ?"
Umar menjawab, " Demi Allah, saya tidak menangis kecuali tahu
bahwa engkau lebih Allah muliakan daripada Kisra dan Qaishr.
Mereka hidup dalam kesenangan, sementara engkau, Rasulullah,
di tempat yang saya lihat ?"
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, " Apakah
engkau tidak rela dunia menjadi milik mereka dan akhirat untuk
kita ?" Umar menjawab, " Ya, aku rela." Rasulullah Shallallahu
'Alaihi Wasallam bersabda, " Begitulah yang benar."
Allah berfirman dalam Surah Al An’aam, ayat,
31@ Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan
pertemuan mengadap Allah, sehingga apabila hari kiamat datang
secara mengejut kepada mereka, mereka berkata, " Aduhai
kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia !"
Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang
mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.
32@ Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan
yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang
yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir ?
33@ Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka
katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad)
berdukacita, (maka janganlah engkau berdukacita) kerana
sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang
zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan
kedegilan mereka semata-mata).
38@ Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan
tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya,
melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab Al Quran ini, kemudian mereka
semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab
dan menerima balasan).
39@ Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan
Kami, mereka adalah bisu dan tuli, di dalam gelap-gelita.
Sesiapa yang Allah kehendaki, akan disesatkannya (menurut
peraturan tetapNya), dan sesiapa yang Ia kehendaki, akan
dijadikannya atas jalan yang betul lurus.
Golongan Jahat cuma mendapat Kebenaran dari Allah, Jin Kafir
jahat cuba menyesatkan manusia berhati jahat, Jin Muslim
berhati Baik pula, menolong Manusia Muslim dalam sesuatu
perkara kebaikan dan kebajikan. Ada yang menolong dalam
perubatan (melakukan pembedahan Ghaib), menjaga perkebunan
atau harta milikan Manusia Muslim. Malaikat dan Jin bersama
menyeru dan mendoakan Manusia Muslim melakukan kebaikan.
Mereka berdampingan dengan sifat dan sikap Manusia, (bukankah
orang baik, kawannya juga bersikap baik dan pergaulannya
tenang, begitu juga halnya golongan jin, kelompok kegiatan
kejahatan pula selalu suka berkumpul pada benda dosa kejahatan
dan kemaksiatan.)
Lain halnya dengan Jin Kafir, mereka menyesatkan Tuan mereka
dan manusia yang berkeinginan jahat. Mereka menambah lagi
kesyirikan dan kejahilan manusia jahat. Mereka (jin) menambah-
nambah cerita, dan menjalankan rancangan seperti yang diatur.
Mereka menyeru sahabat-sahabat mereka dan bekerjasama
(menjalankan tipu daya) menyesatkan manusia, sebagaimana
mereka hendak menjatuhkan Nabi Ayub dan Nabi Sulaiman (tetapi
Rasul Allah itu mendapat Pemeliharaan dan Bimbingan Allah).
Begitu juga halnya hayat mereka, Allah memanjangkan umur
mereka kerana mereka tidak sempurna, tidak juga memiliki jasad
kekal seperti manusia, cuma berupa asap dan boleh berubah
bentuk. Mereka menguasai Hari Malam, sedangkan Manusia
memiliki Hari Siang. Mereka aktif di malam hari menjalankan
aktiviti harian mereka, sedang Siangnya diciptakan Allah buat
Manusia melakukan kerjanya. Mereka juga melalui jalan yang
berbeza-beza, sama halnya dengan manusia. Ada melalui jalan
lurus, juga ada jalan kejahatan dan dosa.
Ada setengah kaum manusia memakai tangkal dan membuat tatoo
di badan yang dijampi mantera untuk mendapat pertolongan dan
perlindungan dari golongan jin, tapi pertolongan itu hanyalah
pertolongan berupa perlindungan dari ancaman-ancaman daripada
golongan jin-jin lain yang ingin mengancam tuannya.
Mereka (jin) juga gilakan Pangkat, Kedudukan dan Nama, Pangkat
mereka berdasarkan jumlah kerosakan dan bagaimanakah cara-cara
menyesatkan manusia dari jalan yang lurus. Contohnya panglima
perang yang berjaya menghancurkan satu perkampungan Islam akan
di angkat namanya. Sebagaimana kejatuhan (kehancuran) Tamadun
Islam di bumi Sepanyol, Indonesia dan India, yang sebelumnya
negara Islam sepenuhnya, sekarang menjadi negara Kristian dan
negara Bebas. Mereka (jin) juga berkehidupan seperti kita,
tetapi keistimewaan mereka terhad, Allah menghadkan dan Allah
melebihkan manusia sebagai sebaik-baik Makhluk ciptaanNya.
Kebolehan mereka, terbang ke sana-sini, berupaya mencipta
kemudharatan (penyakit) kepada seseorang (memasuki urat darah
manusia dengan mengumpul sel-sel barah). Tambahan lagi jika
manusia itu memakan harta haram dan tidak berkat. Tuhan
(Allah) tidak akan menjaga diri Hambanya yang suka memakan
Harta haram. (Contohnya, mengambil pemberian seseorang yang
diketahui ianya adalah dari Hasil pengAniayaan ke atas rakyat
dan seseorang bersifat jahat.)
Allah berfirman dalam surah Al Jin,
1@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Telah diwahyukan kepadaku,
bahawa sesungguhnya, satu rombongan jin telah mendengar
(Al Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu
kepada kaumnya dengan) berkata, " Sesungguhnya kami telah
mendengar Al Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan
kandungannya sungguh menakjubkan !"
2@ " Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami
beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan
mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
3@ Dan (ketahuilah wahai kaum kami !) Bahawa sesungguhnya,
tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada
beristeri atau beranak."
4@ " Dan (dengan ajaran Al Quran nyatalah) bahawa
sesungguhnya, (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari
kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang
melampaui kebenaran,
5@ " Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita
menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani
mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
6@ " Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan)
beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya
dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,
kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin
bertambah sombong dan jahat.
7@ " Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia
menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak
sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan
membangkitkan manusia pada hari kiamat).
8@ " Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari
berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan
pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan
rejaman-rejaman) api yang menyala.
9@ " Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-
tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan
penduduknya), maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan
mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
10@ " Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah
(dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan
bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka
hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka ?
11@ " Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara
kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita
yang lain dari itu, kita masing-masing adalah menurut jalan
dan cara yang berlainan.
12@ " Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui,
bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari
balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan
kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari
balasanNya (walau ke langit sekalipun).
13@ " Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk
(Al Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh
lagi), kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka
tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai
amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang
kesusahan.
14@ " Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al Quran,
nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan
ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari
jalan yang benar, maka sesiapa yang menurut Islam (dengan
beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-
sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
15@ " Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang
benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam.
16@ (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi), " Dan bahawa
sesungguhnya ! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan
betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan
mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat
kepada mereka.
17@ " (Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan
menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa
yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul
menurut Islam), dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari
mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar dan derhaka, maka)
Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.
18@ " Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat
kepada) Allah semata-mata, maka janganlah kamu seru dan sembah
sesiapapun bersama-sama Allah.
19@ " Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi
Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-
hampir menindih satu sama lain mengerumuninya."
20@ Katakanlah (wahai Muhammad), " Sesungguhnya aku hanyalah
beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak
mempersekutukanNya dengan sesiapapun."
21@ Katakanlah lagi, " Sesungguhnya aku tidak berkuasa
mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa
mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
22@ Katakanlah lagi, " Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali
akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab)
Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-
kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,
23@ " (Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah
dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku
menyampaikannya), dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan
ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan
baginya neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya selama-
lamanya."
24@ (Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau
lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila
mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka
(pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang
lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
25@ (Kalau ditanya bilakah azab itu ? Maka) katakanlah, " Aku
tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu
itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya
satu tempoh yang lanjut.
26@ " Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka
Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu
kepada sesiapapun,
27@ " Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk
mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan
tugasnya, apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka
Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-
malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib
itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
28@ " (Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia
mengetahui bahawa sesungguhnya (dengan jagaan mereka) Rasul-
rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka,
(dengan sempurna), pada hal Ia memang mengetahui dengan
meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia
menghitung tiap-tiap sesuatu, satu persatu."
Nabi pernah memakan sebiji Kurma dan beberapa kepingan Roti,
hasil keberkatan dan keberkahan dari makanan yang Halal, dapat
memberikan tenaga yang mencukupi untuk menjalani Hari-hari
tersebut.
Adakah mereka buta ? Tuhan berupaya mencipta hujan, dari budak
kepada dewasa, dari ada kepada tiada. Tidak cukupkah bukti
untuk manusia itu berfikir ? Kenapa mereka ada, diwujudkan
untuk hidup ? Bukankah untuk diuji, siapakah yang paling
bertakwa kepada tuhannya, dan untuk menunjukkan tuhan itu
sebenar-benar Adil, telah disediakan balasan buat setiap
amalan hambaNya, tanpa kompromi.
Terdiri dari pemisah dinding Syurga dan dinding Neraka, jika
baik Niat dan Amalan, tentunya Syurga, jika jahat, Dengki,
buruk Niat dan Amalannya, tentu Neraka jawabnya. Kehidupan dan
perkampungan Akhirat itu Kekal dan Adil selama-lamanya, tiada
tersisa penganiayaan, keburukan dan tiada tipu dayanya.
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah,
27@ (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian
Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang
disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat
kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-
orang yang rugi.
28@ Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal
kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan
kamu, setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan
kamu pula (pada hari akhirat), akhirnya kamu dikembalikan
kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu
kerjakan).
29@ Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada
di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-
bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna,
dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
36@ Setelah itu, Syaitan menggelincirkan (memperdaya) mereka
berdua dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari syurga serta
kenikmatan yang mereka telah perolehi di dalamnya dan Kami
berfirman, “ Turunlah kamu ! Sebahagian dari kamu akan menjadi
musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua
disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan
hingga ke suatu masa (sampai ajal dan mati kamu)”.
37@ Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah
(kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah
menerima taubatnya, sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha
Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
38@ Kami berfirman lagi, “ Turunlah kamu semuanya dari syurga
itu ! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu
(melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada
mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu, nescaya
tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
45@ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar
dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,
46@ (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka
akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali
kepadaNya.
Nabi Ayub dibenarkan oleh Allah untuk diuji dengan kesakitan
dari hasil kerjasama syaitan dan golongan jin. Menanam serbuk
pelbagai jenis penyakit pada badan Nabi Ayub. Nabi Sulaiman
pula memiliki seluruh kerajaan bumi dan langit (termasuk
golongan jin, haiwan, tumbuhan, semuanya harus harus patuh
pada perintah dan arahan Nabi Sulaiman). Kebolehan Nabi
Sulaiman dapat berkata-kata dengan seluruh makhluk ciptaan
Allah. Terdapat juga, Jin kafir yang tidak berpuas hati dengan
penguasaan Nabi Sulaiman, tetapi setelah Nabi Sulaiman wafat,
mereka kembali bebas melakukan kejahatan di muka bumi.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment