Monday, 29 June 2015

Amalan Bulan Ramadhan, Senang Dan Tidak Membosankan...^^..

Amalan Bulan Ramadhan, Senang Dan Tidak Membosankan...^^..
--------------------------------------------------------------




Shalat Sunnah Bulan Ramadhan...

Lakukan Shalat Sunnat Wudhu, Sunnat Syukur, Sunnat Terawih,
Sunnat Tahajjud, Sunnat Witir... [2(W) + Shalat Isya' + 2(S) +
2(T) + 2(T) + 1(W)] dan Sunnat Dhuha... [Shalat Subuh + 2(D)].
--------------------------------------------------------------


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata
kepada Bilal,

" Hai Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan
yang paling engkau harapkan pahalanya serta yang engkau
amalkan dalam Islam, kerana sesungguhnya saya mendengar suara
derap kedua terompahmu di mukaku di dalam syurga."

Bilal menjawab, " Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang
lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis
bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam ataupun siang,
melainkan saya tentu bersembahyang dengan sucianku itu,
sebagaimana yang ditentukan untukku (yakni setiap habis
berwudhu' lalu melakukan shalat sunnah wudhu')."
(Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a., katanya,

" Kekasihku (yakni Nabi Muhammad s.a.w.) telah memberikan
wasiat padaku untuk melakukan puasa sebanyak tiga hari dalam
setiap bulan, juga dua rakaat sunnah Dhuha dan supaya saya
bersembahyang witir dulu sebelum tidur." (Muttafaq 'alaih)

Melakukan shalat witir sebelum tidur itu hanyalah disunnahkan
bagi seseorang yang tidak mempercayai dirinya akan dapat
bangun pada akhir malam. Tetapi sekiranya dapat mempercayai
dirinya, Maka pada akhir malam adalah lebih utama lagi.

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Zar r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya,

" Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu
harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka setiap
sekali tasbih (bacaan Subhanallah) adalah sedekah, setiap
sekali tahmid (bacaan Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap
sekali tahlil (bacaan La ilaha ilallah) adalah sedekah, setiap
sekali takbir (bacaan Allahu Akbar) adalah sedekah,

Memerintahkan kepada kebaikan adalah sedekah, melarang dari
kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat
dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari
shalat Dhuha." (Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Jabir r.a., katanya, " Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Barangsiapa yang takut kalau tidak bangun di akhir malam,
maka hendaklah berwitir di permulaan dan barangsiapa lupa
hendak bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di akhir
malam, kerana sesungguhnya shalat akhir malam itu disaksikan
oleh para malaikat dan yang sedemikian itulah yang lebih
utama." (Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya, Nabi s.a.w.
bersabda,

" Dahuluilah shalat Subuh itu dengan witir (maksudnya,
" Bangunlah sebelum waktunya shalat Subuh lalu berwitirlah
dulu)."

--------------------------------------------------------------

Dari Ali r.a., katanya,

" Shalat witir itu bukannya wajib sebagaimana shalat yang
difardhukan, tetapi Rasulullah s.a.w. mengerjakan shalat itu
dan bersabda,

" Sesungguhnya Allah itu Maha Witir (yakni ganjil), maka
lakukanlah shalat witir (iaitu yang rakaatnya ganjil), hai
ahli Al Quran."

--------------------------------------------------------------

Dari Zaid bin Tsabit r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda,

" Bersembahyanglah engkau semua, hai sekalian manusia, sebab
sesungguhnya seutama-utama shalat itu ialah shalatnya
seseorang yang dikerjakan dalam rumahnya, kecuali shalat yang
diwajibkan." (Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya,

" Jadikanlah dari sebahagian shalatmu (yakni yang sunnah) itu
di rumah-rumahmu sendiri dan janganlah menjadikan rumah-rumah
itu sebagai kuburan (yakni tidak pernah digunakan shalat
sunnah atau membaca Al Quran yakni sunyi dari ibadat)."
(Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Jabir r.a., katanya, " Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Jikalau seseorang di antara engkau semua itu telah
menyelesaikan shalatnya di masjid, maka hendaklah memberikan
sekadar bahagian dari sebahagian shalatnya (yakni yang sunnah-
sunnah (untuk rumahnya), kerana sesungguhnya Allah membuat
kebaikan dalam rumahnya itu kerana shalatnya tadi."
(Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari 'Amr bin 'Atha' bahawasanya Nafi' bin Jubair menyuruhnya
pergi kepada as Saib bin Yazid, anak lelaki dari saudara
perempuannya Namir, perlu menekankan padanya (yakni 'Amr
supaya bertanya kepada as Saib) perihal sesuatu yang pernah
dilihat oleh Mu'awiyah dari dirinya mengenai shalat.

As Saib lalu berkata, " Ya, saya pernah bersembahyang Jum'ah
dengan Mu'awiyah di ruang dalam masjid. Ketika imam sudah
bersalam, saya lalu berdiri lagi di tempatku shalat (wajib)
tadi lalu saya bersembahyang sunnah.

Kemudian setelah ia masuk rumah, lalu ia menyuruh saya datang
padanya, kemudian berkata, " Jangan engkau mengulangi lagi
sebagaimana yang engkau kerjakan tadi. Jikalau engkau shalat
Jum'ah, maka janganlah engkau persambungkan di tempatmu tadi
itu dengan shalat sunnah, sehingga engkau berbicara dulu atau
keluar (pemisah),

Kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh kita yang
sedemikian itu, iaitu supaya tidak dipersambungkan shalat itu
dengan shalat lain sehingga kita berbicara atau keluar dulu."
(Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Hadisnya Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma,

" Saya bersembahyang bersama Nabi s.a.w. dua rakaat sesudah
Isya'" dan juga Hadisnya Abdullah bin Mughaffal, iaitu sabda
Nabi s.a.w., " Antara dua azan (yakni azan dan iqamah) itu
boleh melakukan shalat sunnah." (Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya,

" Bersembahyanglah engkau semua sebelum Maghrib (yakni shalat
sunnah)." Beliau s.a.w. mengucapkan dalam sabdanya yang ketiga
kalinya dengan tambahan, " Bagi siapa yang ingin
melakukannya." (Riwayat Bukhari)

--------------------------------------------------------------

Dari Anas r.a., katanya,

" Sungguh-sungguh saya telah melihat golongan sahabat-sahabat
besar-besar sama bersegera ke ruang dalam masjid ketika
Maghrib (yakni sesudah azan Maghrib dibunyikan perlu shalat
sunnah di situ). (Riwayat Bukhari)

--------------------------------------------------------------

Dari Anas r.a. pula, katanya,

" Kita semua di zaman Rasulullah s.a.w. bersembahyang dua
rakaat sesudah terbenamnya matahari yakni sebelum Maghrib."

Ia ditanya, " Apakah Rasulullah s.a.w. juga bersembahyang
sunnah itu ?" Anas r.a. menjawab, " Beliau s.a.w. melihat kita
bersembahyang dua rakaat itu, tetapi beliau s.a.w. tidak
menyuruh kita melakukannya dan tidak pula melarangnya."
(Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Anas r.a. pula, katanya,

" Kita semua ada di Madinah, maka jikalau muazzin telah
selesai berazan untuk shalat Maghrib, maka orang-orang sama
bersegera ke ruang dalam masjid lalu bersembahyang dua rakaat,

Sehingga sesungguhnya seseorang asing (yang tempatnya bukan
di Madinah) nescayalah kalau ia masuk masjid pasti mengira
bahawa shalat wajib Maghrib sudah selesai dikerjakan kerana
banyaknya orang yang bersembahyang sunnah dua rakaat sebelum
Maghrib itu." (Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Ali bin Abu Thalib r.a. bahawasanya,

" Nabi s.a.w. bersembahyang sunnah dua rakaat sebelum Asar."

--------------------------------------------------------------

Dari ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya,

" Saya bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat
sebelum zuhur dan dua rakaat sesudahnya." (Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya,

" Nabi s.a.w. itu tidak meninggalkan shalat sunnah sebanyak
empat rakaat sebelum Zuhur." (Riwayat Bukhari)

--------------------------------------------------------------

Dari Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya,

" Nabi s.a.w. bersembahyang di rumahku empat rakaat sebelum
Zuhur kemudian keluar lalu bersembahyang bersama orang banyak,
terus masuk rumah lagi lalu bersembahyang dua rakaat.

Beliau s.a.w. itu juga bersembahyang Maghrib bersama orang
banyak lalu masuk rumah terus bersembahyang dua rakaat sunnah
dan beliau s.a.w. bersembahyang Isya' dengan orang banyak dan
masuk rumah lalu bersembahyang dua rakaat sunnah.
(Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Ummu Habibah radhiallahu 'anha, katanya,
" Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Barangsiapa menjaga shalat sunnah empat rakaat sebelum Zuhur
dan empat rakaat lagi sesudahnya, maka Allah mengharamkan
orang itu atas neraka."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi, dan
Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

--------------------------------------------------------------

Dari Abdullah bin as Saib r.a. bahawasanya,

" Rasulullah s.a.w. bersembahyang empat rakaat sunnah setelah
matahari lingsir (tergelincir) iaitu sebelum shalat Zuhur
(yang wajib) dan bersabda,

" Bahawasanya ini adalah saat dibukanya pintu-pintu langit,
maka saya senang kalau amalan shalihku naik di situ."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan shahih.

--------------------------------------------------------------

Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya,

" Nabi s.a.w. apabila tidak bersembahyang empat rakaat sebelum
Zuhur, maka beliau s.a.w. bersembahyang empat rakaat itu
sesudahnya Zuhur."

--------------------------------------------------------------

Dari Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya,

" Rasulullah s.a.w. itu bersembahyang antara sesudah
selesainya shalat Isya' sampai terbitnya fajar sebanyak
sebelas rakaat, setiap habis dua rakaat beliau s.a.w. bersalam
dan berwitir dengan satu rakaat.

--------------------------------------------------------------

Dari Aisyah radhiallahu 'anha,

" Bahawasanya Nabi s.a.w. bersembahyang dua rakaat yang ringan
sekali antara azan dan iqamah dari shalat Subuh."
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam-imam Bukhari dan Muslim disebutkan pula,

" Beliau s.a.w. bersembahyang dua rakaat fajar, lalu
meringankan kedua rakaatnya, sehingga saya bertanya, apakah
beliau s.a.w. itu juga membaca Ummul Quran (yakni surat
Al Fatihah).

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan,

" Beliau s.a.w. bersembahyang dua rakaat fajar, jikalau telah
mendengar azan dan meringankan kedua rakaat itu."

--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya,

" Nabi s.a.w. itu bersembahyang di waktu malam dua rakaat, dua
rakaat, lalu melakukan witir pada waktu akhir malam. Beliau
s.a.w. juga bersembahyang dua rakaat sebelum shalat Subuh dan
seolah-olah azan itu ada di dekat kedua telinganya."
(Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya,

" Rasulullah s.a.w. itu membaca dalam kedua rakaat fajar,
iaitu, " Qul ya ayyuhal kafirun..." (untuk rakaat pertama) dan
" Qul huwallahu ahad...." untuk rakaat kedua. (Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya,

" Saya meneliti Nabi s.a.w. selama sebulan, beliau s.a.w.
dalam dua rakaat sebelum Subuh itu membaca, " Qul ya ayyuhal
kafirun..." (untuk rakaat pertama) dan " Qul huwallahu ahad.."
(untuk rakaat kedua)."

*** Juga biasa diamalkan (penulis blog) untuk shalat sunnat
yang lainnya. Surah Al Kafirun, kita bertegas tidak menyembah
tuhan mereka, dan Surah Al Ikhlas, kita mengesakan kekuasaan
tuhan kita (Allah). Mudah serta ringkas.***###

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan.

--------------------------------------------------------------

Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w.
itu tidak meninggalkan shalat sunnah empat rakaat sebelum
Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh." (Riwayat Bukhari)

--------------------------------------------------------------

Dari Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya,

" Tidak ada sesuatu amalanpun dari golongan amalan-amalan
sunnah yang lebih ditetapi oleh Nabi s.a.w. melebihi dua
rakaat fajar (yakni dua rakaat sebelum shalat Subuh)."
(Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Aisyah radhiallahu 'anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya,

" Dua rakaat sunnah fajar (yakni sebelum Subuh) adalah lebih
baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya
ini (yakni dunia dan seisinya)." (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan, Nabi s.a.w. bersabda,

" Nescayalah kedua rakaat sebelum Subuh itu lebih saya cintai
daripada dunia seluruhnya ini."

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Abdillah iaitu Bilal bin Rabah r.a., juru azan
Rasulullah s.a.w. bahawasanya ia mendatangi Rasulullah s.a.w.
untuk memberitahukannya dengan masuknya shalat Subuh.

Kemudian Aisyah mempersibukkan Bilal dengan sesuatu urusan
yang ditanyakan oleb Aisyah kepada Bilal itu, sehingga waktu
pun menjadi pagi sekali.

Selanjutnya Bilal berdiri lalu memberitahukannya dengan
masuknya waktu shalat dan beliau s.a.w. mengikuti
pemberitahuannya itu. Rasulullah s.a.w. belum lagi keluar.
Setelah beliau s.a.w. keluar, lalu beliau s.a.w. bersembahyang
dengan orang banyak.

Bilal kemudian memberitahukan kepada beliau s.a.w. bahawa
Aisyah mempersibukkan dirinya dengan sesuatu perkara yang
ditanyakan padanya, sehingga waktunya menjadi pagi sekali dan
Nabi s.a.w. terlambat keluarnya.

Nabi s.a.w. lalu bersabda, " Sesungguhnya saya tadi melakukan
sembahyang dua rakaat fajar (sebelum Subuh)." Bilal berkata,
" Ya Rasulullah, Tuan tadi sudah berpagi-pagi sekali."

Beliau s.a.w. menjawab, " Andaikata saya berpagi-pagi lebih
daripada pagi tadi, nescayalah saya akan melakukan dua rakaat
dan saya perbaguskan serta saya perindahkan lagi."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan.

--------------------------------------------------------------

Dari Ummul mu'minin iaitu Ummu Habibah yakni Ramlah
binti Abu Sufyan radhiallahu 'anhuma, katanya, " Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Tiada seorang hambapun yang Muslim yang bersembahyang
kerana Allah Ta'ala setiap hari dua belas rakaat sebagai shalat
sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan
untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau, melainkan untuknya
akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga." (Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya,

" Saya bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat
sebelum Zuhur dan dua rakaat lagi sesudahnya, juga dua rakaat
sesudah Jum'ah, dua rakaat sesudah Maghrib dan dua rakaat pula
sesudah Isya'." (Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya, " Rasulullah s.a.w.
bersabda,

" Antara setiap dua azan boleh bersembahyang sunnah, antara
setiap dua azan boleh bersembahyang sunnah, antara setiap dua
azan boleh bersembahyang sunnah."

Dalam ketiga kalinya ini beliau s.a.w. bersabda, " Bagi orang
yang suka mengerjakan itu." (Muttafaq 'alaih)

Yang dimaksudkan dengan dua azan itu ialah azan dan iqamat.

--------------------------------------------------------------
Perintah Menjaga Shalat-shalat Wajib...
--------------------------------------------------------------

Allah Ta'ala berfirman, " Jagalah shalat-shalat wajib itu dan
shalat pertengahan." (Surah Al Baqarah: 238)

Beberapa alim ulama mengatakan bahawa yang dimaksud dengan
shalat pertengahan ialah shalat Asar.

Allah Ta'ala berfirman pula, " Jikalau mereka (orang-orang
kafir) itu telah bertaubat dan sama mendirikan shalat serta
menunaikan zakat, maka lepaskanlah jalan mereka (yakni
anggaplah sebagai orang mu'min yang lain-lain)."
(Surah At Taubah: 5)

--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya,

" Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w., " Manakah amalan
yang lebih utama ?" Beliau s.a.w. menjawab,

" Iaitu shalat tepat pada waktunya." Saya bertanya lagi,
" Kemudian amalan apakah ?" Beliau s.a.w. menjawab,

" Berbakti kepada kedua orang tua." Saya bertanya pula,
" Kemudian apa lagi ?" Beliau s.a.w. menjawab, " Iaitu
berjihad fisabilillah." (Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya, " Rasulullah
s.a.w. bersabda,

" Agama Islam itu didirikan atas lima perkara, iaitu
menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan
bahawasanya Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan shalat,
menunaikan zakat, berhaji ke Baitullah dan berpuasa dalam
bulan Ramadhan." (Muttafaq 'alaih)
--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Umar r.a. pula, katanya, " Rasulullah s.a.w.
bersabda,

" Saya diperintah untuk memerangi para manusia, sehingga
mereka itu suka menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, juga
mendirikan shalat, menunaikan zakat. Jikalau mereka telah
mengerjakan yang sedemikian itu, maka terpeliharalah mereka
itu daripadaku mengenai darah dan hartabenda mereka, melainkan
dengan haknya Agama Islam, sedang hisab mereka adalah
tergantung atas Allah." (Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Buraidah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya,

" Ikatan perjanjian antara kita (yaitu kaum Muslimin) dan
mereka (iaitu kaum munafikin) ialah shalat. Maka barangsiapa
yang meninggalkan shalat, sungguh-sungguh kafirlah ia."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan shahih.

--------------------------------------------------------------

Dari Syaqiq bin Abdullah at Tabi'i yang sudah dimufakati (oleh
para alim ulama) tentang kebaikannya, rahimahullah, berkata,

" Para sahabat Nabi maka beritahukanlah kepada mereka
bahawasanya Allah itu mewajibkan kepada mereka shalat lima
kali dalam sehari semalam. Jikalau mereka sudah taat untuk
berbuat sedemikian itu, maka beritahukanlah pula bahawasanya
Allah itu mewajibkan kepada mereka untuk mengeluarkan sedekah
(zakat) yang diambil dari golongan mereka yang kaya-kaya dan
dikembalikan kepada golongan mereka yang fakir-fakir.

Jikalau mereka sudah taat berbuat sedemikian, maka takutlah
engkau akan harta-harta mereka yang mulia (maksudnya jangan
bertindak zalim dan menganiaya). Takutlah kepada doanya orang
yang dianiaya. Sebab sesungguhnya saja, antara doa itu dengan
Allah tidak ada lagi tabirnya (yakni doa orang yang dianiaya
pasti akan dikabulkan)." (Muttafaq 'alaih)

Muhammad s.a.w. tidak berpendapat akan sesuatu dari sekian
banyak amalan yang jikalau ditinggalkan lalu menjadikan kafir,
kecuali hanya shalat saja." Yakni, jadi kalau shalat yang
ditinggalkan maka dapat menyebabkan orang yang meninggalkannya
itu menjadi kafir.

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dengan isnad shahih.

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, " Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Sesungguhnya pertama-tama amalan yang seseorang itu dihisab
dengannya ialah shalatnya, maka jikalau baik shalatnya itu,
sungguh-sungguh berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau
rosak, sungguh-sungguh menyesal dan merugilah ia. Jikalau
seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya,
maka Tuhan Azzawajalla berfirman,

" Periksalah olehmu semua (hai malaikat), apakah hambaKu itu
mempunyai amalan yang sunnah." Maka dengan amalan yang sunnah
itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya, kemudian cara
memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara
memperhitungkan amalan shalat ini."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan.

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Musa r.a., katanya, " Rasulullah s.a.w.
bersabda,

" Sesungguhnya sebesar-besar manusia perihal pahalanya dalam
shalat ialah yang terjauh di antara mereka itu tentang
jalannya lalu lebih jauh lagi. Dan orang yang menantikan
shalat sehingga ia dapat mengikuti shalat itu bersama imam
adalah lebih besar pahala (daripada orang yang melakukan
shalat itu) dengan munfarid (lalu ia tidur)."
(Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Buraidah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya,

" Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan
di waktu malam ke masjid-masjid bahawa mereka akan memperolehi
cahaya yang sempurna besok pada hari kiamat."
(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu
amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat
pula menaikkan beberapa darjat ?"

Para sahabat menjawab, " Baiklah, ya Rasulullah." Beliau
s.a.w. lalu bersabda,

" Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal
yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan
sebagainya), banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan
menantikan shalat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat
disebut ribath, itulah yang disebut ribath (perjuangan menahan
nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan)."
(Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w.
bersabda,

" Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian ia pergi
ke salah satu dari beberapa rumah Allah (yakni masjid) untuk
menyelesaikan salah satu shalat wajib dari beberapa shalat
yang diwajibkan oleh Allah, maka langkah-langkahnya itu yang
selangkah dapat menghapuskan satu kesalahan sedang langkah
yang lainnya dapat menaikkan satu darjat." (Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Jarir bin Abdullah al Bajali r.a., katanya, " Kita
semua ada di sisi Nabi s.a.w. Beliau s.a.w. lalu melihat bulan
di malam bulan purnama (yakni tanggal empat belas bulan
hijriyah), kemudian beliau bersabda,

" Engkau semua akan dapat melihat Tuhanmu sebagaimana engkau
semua melihat bulan ini, tidak akan memperoleh kesukaran
engkau semua dalam melihatNya itu. Maka jikalau engkau semua
dapati tidak akan dikalahkan oleh shalat sebelum terbitnya
matahari dan sebelum terbenamnya, maka lakukanlah itu."

Maksudnya jangan sampai dialahkan oleh sesuatu hal sehingga
tidak melakukan kedua shalat itu dan jelasnya ini adalah
merupakan perintah wajib. (Muttafaq 'alaih)

Dalam suatu riwayat disebutkan, " Beliau s.a.w. lalu melihat
ke bulan pada malam bulan purnama itu (yakni bulan tanggal
empat belas).

--------------------------------------------------------------

Dari Jundub bin Sufyan r.a., katanya, " Rasulullah
s.a.w. bersabda,

" Barangsiapa yang bersembahyang Subuh, maka ia adalah dalam
tanggungan Allah (yakni mengenai keselamatan dirinya dan lain-
lain. Maka perhatikanlah, hai anak Adam (yakni manusia),
janganlah sampai Allah itu menuntut kepadamu sesuatu dari
tanggungannya." (Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------
Cara Shalat...
--------------------------------------------------------------

Shalatnya Nabi Muhammad (Sunan Ad Darimi)...^^..

Abu Qatadah berkata, " Aku adalah orang yang paling mengetahui
shalat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian
mereka berkata, " Kenapa bisa ? Padahal engkau bukanlah orang
yang lebih banyak mengikuti beliau, dan bukan orang yang
paling lama menyertai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
di antara kami ?" Ia mengatakan, " Benar." Mereka berkata,
" Jelaskan !" Abu Humaid lalu berkata,

" Jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdiri untuk
melakukan shalat, beliau mengangkat kedua tangannya hingga
sejajar kedua pundaknya, kemudian takbir hingga setiap tulang
menempati tempatnya, lalu membaca surat. Kemudian takbir dan
mengangkat kedua tangannya hingga sejajar kedua pundak,
kemudian rukuk dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas
kedua lutut hingga setiap tulang kembali ke tempatnya, beliau
tidak menundukkan kepala dan tidak menengadahkan.

Kemudian mengangkat kepalanya seraya mengucapkan,
" SAMI' ALLAAHU LIMAN HAMIDAH (Semoga Allah
mendengar orang yang memujiNya)." Kemudian mengangkat
kedua tangannya hingga sejajar kedua pundaknya."

Menurut Abu 'Ashim Abu Humaid berkata, " Hingga setiap tulang
kembali kepada tempatnya dalam keadaan lurus, kemudian beliau
mengucapkan, " Allaahu akbar (Allah Maha Besar)."

Kemudian turun ke lantai dan merenggangkan kedua tangannya
dari kedua sisi badannya, kemudian bersujud, kemudian
mengangkat kepalanya. Kemudian beliau membengkokkan kaki
kirinya dan duduk di atasnya seraya membuka jari-jari kedua
kakinya apabila sujud, kemudian kembali dan sujud, kemudian
mengangkat kepalanya sambil mengucapkan,

" ALLAAHU AKBAR" dan membengkokkan kaki kiri dan duduk
di atasnya dengan lurus hingga setiap tulang kembali kepada
tempatnya secara seimbang. Kemudian beliau berdiri dan
melakukan rakaat yang lain seperti itu pula. Apabila berdiri
dari dua sujud, beliau takbir dan mengangkat kedua tangannya
hingga sejajar kedua pundak sebagaimana beliau melakukan
di saat permulaan shalat.

Kemudian melakukan seperti itu pada sisa shalatnya hingga pada
saat sujud atau duduk yang padanya terdapat salam, beliau
memundurkan kaki kirinya dan duduk dalam keadaan tawarruk
(posisi duduk dengan meletakkan kedua pantat di atas lantai)
miring ke sisi kiri."

Perawi berkata, " Orang-orang berkata, " Engkau benar
demikianlah shalat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam."

--------------------------------------------------------------
Keutamaan Shalat...
--------------------------------------------------------------

Allah Ta'ala berfirman, " Sesungguhnya shalat itu dapat
mencegah dari keburukan dan kemungkaran."
(Surah Al 'Ankabut: 45)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, " Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda,

" Adakah engkau semua mengetahui, andaikata pada pintu
seseorang di antara engkau semua itu ada sebuah sungai dan ia
mandi di situ sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih
ada kotoran sekalipun sedikit yang tertinggal di badannya ?"

Para sahabat menjawab, " Tidak ada kotoran sedikitpun yang
tertinggal di badannya." Beliau s.a.w. lalu bersabda,

" Demikian itulah perumpamaan shalat lima waktu, dengan
mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua
kesalahan."

--------------------------------------------------------------

Dari Jabir r.a., katanya, " Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Perumpamaan shalat lima waktu itu adalah seumpama sebuah
sungai yang mengalir, banyak airnya yang ada di pintu
seseorang di antara engkau semua. Ia mandi di situ setiap hari
lima kali." (Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya ada seorang lelaki yang
memberikan ciuman pada seseorang wanita (lain), lalu ia
mendatangi Nabi s.a.w. kemudian memberitahukannya akan halnya.
Kemudian Allah Ta'ala menurunkan ayat (yang ertinya),

" Dirikanlah shalat pada kedua hujung siang dan beberapa saat
dari waktu malam. Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu dapat
melenyapkan keburukan-keburukan."

Orang tadi lalu berkata, " Adakah ayat itu untuk saya saja ?"
Beliau s.a.w. bersabda, " Untuk seluruh ummatku."
(Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Shalat lima waktu, Jum'at yang satu sampai Jum'at yang lain
adalah sebagai penutup dosa selama waktu antara semuanya
(yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya),
selama tidak dikerjakan dosa-dosa yang besar."
(Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Usman bin Affan r.a., katanya, " Saya mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Tiada seorang Muslim pun yang datang padanya shalat yang
diwajibkan, lalu ia memperbaguskan wudhu'nya, kekhusyukannya
serta ruku'nya, melainkan shalat yang dilakukannya tadi akan
menjadi penutup dosa-dosa yang dilakukan sebelum itu, selama
tidak dikerjakan dosa besar. Yang sedemikian itu berlaku untuk
setahun sepenuhnya." (Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Abdullah bin 'Amr bin al 'Ash radhiallahu 'anhuma
bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Jikalau engkau mendengar azan, maka ucapkanlah sebagaimana
yang diucapkan oleh muazzin, kemudian bacalah shalawat
untukku, kerana sesungguhnya saja barangsiapa yang membaca
shalawat untukku sekali shalawatan, maka Allah akan memberikan
kerahmatan padanya sepuluh kali,

Selanjutnya mohonlah wasilah kepada Allah untukku, sebab
sesungguhnya wasilah itu adalah suatu tingkat dalam syurga
yang tidak patut diberikan melainkan kepada seseorang hamba
dari sekian banyak hamba-hamba Allah dan saya mengharapkan
agar sayalah hamba yang memperolehi tingkat wasilah tadi.

Maka dari itu barangsiapa yang memohonkan wasilah untukku
(kepada Allah), wajiblah ia memperolehi syafaatku."
(Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Said al Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda,

" Jikalau engkau semua mendengar azan, maka ucapkanlah,
sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin." (Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Barangsiapa yang ketika (sudah selesai) mendengarkan azan
lalu mengucapkan (yang ertinya),

" Allahumma rabba hazihid da'watit tammah. Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Was syarafa
waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'ath hul maqamal mahmudal
lazi wa'ad tah. Innaka laa tukhliful mi'ad."

" Ya Allah yang Maha Menguasai doa yang sempurna serta shalat
yang akan didirikan ini, berikanlah kepada Muhammad, wasilah
dan keutamaan, bangkitkanlah ia pada kedudukan yang terpuji
yang telah Engkau janjikan."

Maka akan dapatlah ia memperolehi syafaatku pada hari
kiamat." (Riwayat Bukhari)

--------------------------------------------------------------

Dari Abdullah bin Abdur Rahman bin Abu Sha'sha'ah bahawasanya
Abu Said al Khudri r.a. berkata padanya,

" Sesungguhnya saya melihat engkau suka sekali pada kambing
dan tempat-tempat di desa, maka jikalau engkau berada
di tempat kambingmu atau di desamu, lalu engkau berazan untuk
bersembahyang, maka keraskanlah suaramu dengan berazan itu,
kerana sesungguhnya tiada seorang jin, manusia atau sesuatu
apa pun yang mendengar dengungan suara muazzin itu, melainkan
ia akan menjadi saksi untuknya pada hari kiamat."

Abu Said berkata, " Saya mendengar yang sedemikian itu dari
Rasulullah s.a.w." (Riwayat Bukhari)

--------------------------------------------------------------
Keutamaan Berwudhu'...
--------------------------------------------------------------

Allah Ta'ala berfirman, " Hai sekalian orang yang beriman !
Jikalau engkau semua berdiri hendak bersembahyang, maka
basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku dan sapulah kepala
dan basuhlah kakimu sampai ke mata kaki. Dan jikalau engkau
semua berjunub, maka sucikanlah dirimu (yakni mandilah). Dan
jikalau engkau semua sakit atau dalam berpergian atau
seseorang dari engkau semua datang dari buang air atau
bersetubuh dengan wanita, lalu engkau semua tidak mendapatkan
air, maka carilah tanah yang baik (atau bersih yang digunakan
untuk bertayammum), kemudian sapulah mukamu dan tanganmu
dengan tanah itu. Allah tidak menghendaki untuk membuat
kesempitan (kesukaran) atasmu semua, tetapi hendak menyucikan
engkau semua dan menyempurnakan kurnianya kepadamu semua,
supaya engkau semua bersyukur." (Surah Al Maidah: 6)

--------------------------------------------------------------

Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari 'Amru
bin Yahya Al Mazini dari bapaknya, dia berkata kepada Abdullah
Zaid bin Ashim dan dia adalah kakek 'Amru bin Yahya Al Mazini,
salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

" Apakah kamu bisa memperlihatkan kepadaku, bagaimana
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwudlu (ambik
wuduk) ?" Abdullah bin Zaid bin 'Ashim berkata, " Ya."

Maka dia meminta air wudlu, lalu menuangkannya di atas
tangannya, dan mencuci kedua tangannya dua kali dua kali.
kemudian dia berkumur-kumur dan beristintsar (masukkan air
ke dalam hidung) sebanyak tiga kali. Kemudian membasuh
wajahnya tiga kali, kemudian dia membasuh kedua tangannya
hingga ke siku dua kali-dua kali.

Lalu mengusap kepalanya dengan kedua tangannya, ke depan dan
ke belakang, dia memulai dari depan kepala lalu meneruskannya
ke tengkuknya dan mengembalikannya ke tempat dia memulainya,
kemudian dia membasuh kedua kakinya.

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Apabila seseorang hamba yang Muslim atau mu'min itu
berwudhu', lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari
mukanya itu, semua kesalahan yang disebabkan ia melihat
padanya dengan kedua matanya dan keluarnya ialah beserta air
atau beserta titisan air yang terakhir.

Jikalau ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dari kedua
tangannya itu semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua
tangannya beserta air atau beserta titisan air yang terakhir.

Selanjutnya apabila ia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah
semua kesalahan yang dijalankan oleh kedua kakinya beserta air
atau beserta titisan air yang terakhir, sehingga akhirnya
keluarlah ia dalam keadaan suci dari semua dosa."
(Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, " Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda,

" Sesungguhnya ummatku itu akan dipanggil pada hari kiamat
dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih
tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwudhu'.

Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua
hendak memperpanjang (yakni menambahkan) bercahayanya, maka
baiklah ia melakukannya (dengan menyempurnakan berwudhu' itu
sesempurna mungkin)." (Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda,

" Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu
amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat
pula menaikkan beberapa darjat ?"

Para sahabat menjawab, " Baiklah, ya Rasulullah." Beliau
s.a.w. lalu bersabda,

" Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal
yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan
sebagainya), banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan
menantikan shalat sesudah melakukan shalat. Itulah yang
disebut ribath. Itulah yang disebut ribath (perjuangan menahan
nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan)."
(Riwayat Muslim)

--------------------------------------------------------------
Anjuran Membaca Surat Atau Ayat Yang Tertentu...^^..
--------------------------------------------------------------

Dari Abu Said, iaitu Rafi' bin al Mu'alla r.a., katanya,
" Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku,

" Tidakkah engkau suka jikalau saya mengajarkan padamu akan
seagung-agung surat dalam Al Quran sebelum engkau keluar dari
masjid ?"

Kemudian beliau s.a.w. mengambil tanganku. Setelah kita ingin
hendak keluar, saya pun berkata, " Ya Rasulullah, sesungguhnya
Tuan tadi bersabda,

" Sungguh-sungguh saya akan mengajarkan padamu seagung-agung
surat dalam Al Quran." Beliau s.a.w. lalu bersabda,

" Seagung-agung surah ialah Alhamdulillahi rabbil'alamin dan
seterusnya. Itulah yang disebut Assab'ul matsani (yakni tujuh
ayat banyaknya dan diulang-ulangi dua kali atau surat
Al Fatihah. Juga itulah yang disebut Al Quran al 'Azhim yang
diberikan padaku." (Riwayat Bukhari)

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Said al Khudri r.a. pula bahawasanya ada seorang
lelaki mendengar orang lelaki lain membaca,

" Qul huwallahu ahad, dan seterusnya (dan orang itu mengulang-
ulanginya). Setelah datang pagi harinya, orang yang mendengar
itu pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. lalu menyebutkan pada
beliau s.a.w. apa yang didengarnya, seolah-olah orang ini
menganggapnya sebagai amalan yang kecil saja (kurang bererti).

Kemudian Rasulultah s.a.w. bersabda, " Demi Zat yang jiwaku
ada di dalam genggamanNya, sesungguhnya surat Al Ikhlas itu
nescayalah menyamai (pahalanya dengan membaca) sepertiga
Al Quran." (Riwayat Bukhari)

--------------------------------------------------------------

Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata,

" Ya Rasulullah, sesungguhnya saya senang sekali pada surat
ini, iaitu Qul huwallahu ahad." Lalu beliau s.a.w. bersabda,

" Sesungguhnya kecintaanmu pada surat itu akan dapat
memasukkan engkau dalam syurga."

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Said al Khudri r.a., katanya,

" Rasulullah s.a.w. dahulunya selalu berta'awwudz (mohon
perlindungan kepada Allah) dari gangguan jin dan mata manusia,
sehingga turunlah dua surat mu'awwidzah (iaitu surat-surat Qul
a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin nas).

Setelah kedua surat itu turun, lalu beliau s.a.w. mengambil
keduanya itu saja (mengamalkannya) dan meninggalkan yang
lain-lainnya."

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Setengah dari Al Quran itu ada sebuah surat yang jumlah
ayatnya ada tiga puluh buah. Surat itu dapat memberikan
syafaat kepada seseorang (jikalau ia membacanya) sehingga
orang itu diampuni, iaitu surat Tabarakal ladzi biyadihil
mulk (yakni surat Al Mulk)."

--------------------------------------------------------------

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya, " Nabi s.a.w. bersabda
kepadaku,

" Bacakanlah Al Quran padaku." Saya berkata, " Ya Rasulullah,
adakah saya akan membaca Al Quran untuk Tuan, sedangkan
Al Quran itu kepada Tuan lah diturunkannya ?"

Beliau s.a.w. bersabda, " Saya senang sekali kalau mendengar
Al Quran itu dari orang lain." Saya lalu membacanya untuk
beliau s.a.w. itu surat An Nisa', sehingga sampailah saya pada
ayat ini (yang ertinya),

" Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap ummat
seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas ummat ini."
Surah An Nisa' 42.

Setelah itu beliau s.a.w. lalu bersabda, " Cukuplah sudah
bacaanmu sekarang." Saya menoleh pada beliau s.a.w. dan kedua
matanya menitiskan airmata." (Muttafaq 'alaih)

--------------------------------------------------------------

Ali bin Abu Thalib berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,

" Barangsiapa membaca Al Qur`an kemudian dia menghafalnya dan
menghalalkan apa yang dihalalkan Al Qur`an serta mengharamkan
apa yang diharamkan Al Qur`an, niscaya dengannya Allah akan
memasukkannya ke dalam surga dan dapat memberi syafa'at kepada
sepuluh keluarganya yang wajib masuk neraka."

--------------------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah ia berkata,

" Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah pergi dengan
membawa pahala, mereka shalat sebagaimana kami shalat,
berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka memiliki
kelebihan harta yang mereka sedekahkan, sedang kami tidak
memiliki sesuatu yang kami sedekahkan ?"

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, " Maukah aku
ajarkan kepadamu beberapa kalimat, apabila engkau ucapkan maka
engkau akan dapat menyusul orang-orang yang telah
mendahuluimu, dan tidak ada orang setelahmu yang dapat
mengejarmu kecuali orang yang melakukan seperti apa yang
engkau lakukan ?"

Abu Dzar berkata, " Maka aku katakan, " Wahai Rasulullah,
baiklah." Beliau lalu bersabda,

" Bertasbih setiap selesai shalat sebanyak tiga puluh tiga
kali, bertahmid tiga puluh tiga kali, bertakbir tiga puluh
tiga kali dan engkau tutup dengan ucapan

" LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKA
LAHU, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA
'ALAA KULLI SYAI`IN QADIIR."

(Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak
ada sekutu bagiNya, milikNya seluruh kerajaan dan bagiNya
seluruh pujian, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu)."

*** Tasbih (bacaan Subhanallah), Tahmid (bacaan Alhamdulillah)
dan Takbir (bacaan Allahu Akbar). Tahlil (bacaan La ilaha
ilallah). *** (Sunan Ad Darimi)



--------------------------------------------------------------
Golongan Umat Islam...
--------------------------------------------------------------

Dari [Abu Hurairah] bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,

" Kaum Yahudi terpecah menjadi tujuh puluh satu atau tujuh
puluh dua golongan. Sedangkan kaum Nashrani seperti itu juga.
Dan umatku terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan."
(Sunan At Tirmidzi)

--------------------------------------------------------------

[Abdullah bin Amru] dia berkata, Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda,

" Pasti akan datang kepada ummatku, sesuatu yang telah datang
pada bani Israil seperti sejajarnya sandal dengan sandal,
sehingga apabila di antara mereka (bani Israil) ada orang yang
menggauli ibu kandungnya sendiri secara terang terangan maka
pasti di antara ummatku ada yang melakukan demikian,
sesungguhnya bani Israil terpecah menjadi tujuh puluh dua
golongan dan ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga
golongan semuanya masuk ke dalam neraka kecuali satu golongan,

" Para sahabat bertanya, " Siapakah mereka wahai Rasulullah ?"
Beliau menjawab, " Mereka adalah golongan yang mana aku dan
para sahabatku berpegang teguh padanya". (Sunan At Tirmidzi)

--------------------------------------------------------------
Kehidupan Rasul Allah...
--------------------------------------------------------------



'Aisyah berkata,

" Sungguh, kami pernah tinggal selama sebulan lamanya tanpa
menghidupkan api (tidak memasak), yang kami makan hanyalah
kurma dan air." (Sunan Ibnu Majah)

--------------------------------------------------------------

Abdullah bin Az Zubair bin Al 'Awam dari [Ayahnya] dia
berkata,

" Ketika turun ayat, "(Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada
hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia
itu)" (Surah At Takaatsur: 8), Zubair bertanya,

" Nikmat apakah yang kiranya akan dimintai pertanggung jawaban
dari kami ? Sedangkan nikmat kami tidak lain hanya terdiri
dari al aswadain (kurma dan air) ?" Beliau bersabda, " Dan itu
pasti akan terjadi." (Sunan Ibnu Majah)

--------------------------------------------------------------

Muhammad bin 'Amru dari [Abu Salamah] dari ['Aisyah] dia
berkata,

" Sungguh telah lewat satu bulan dalam keluarga Muhammad tidak
terlihat asap di rumah-rumah keluarga Muhammad sedikit pun."
Muhammad bin 'Amru bertanya, " Jadi apa yang mereka makan ?"

'Aisyah menjawab, " Al Aswadain (kurma dan air), namun kami
memiliki tetangga dari kalangan Anshar (dan mereka adalah
tetangga yang baik) yang memiliki hewan ternak, mereka kerap
sekali mengirimkan susunya kepada beliau."

Muhammad berkata, " Keluarga mereka (Rasulullah) ada dalam
sembilan rumah." (Sunan Ibnu Majah)

--------------------------------------------------------------

Anas bin Malik berkata, " Sering kali Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda,

" Demi dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, pernah
disuatu pagi keluarga Muhammad tidak mendapatkan satu sha'
gandum dan tidak pula satu sha' kurma."

Padahal ketika itu beliau memiliki sembilan isteri."

--------------------------------------------------------------

Abu Ya'la Syaddad bin Aus berkata, Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda,

" Orang yang berakal (bijak) adalah orang yang bisa menahan
nafsunya dan beramal untuk setelah kematian, dan orang yang
lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan selalu
berangan-angan (kosong) atas Allah."
 (Sunan Ibnu Majah)

--------------------------------------------------------------

Aisyah berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

" Barangsiapa cinta bertemu Allah, maka Allah pun cinta
bertemu dengannya, dan barangsiapa benci bertemu dengan Allah,
maka Allah pun benci bertemu dengannya."

Maka di tanyakan, " Wahai Rasulullah, kalau begitu kebencian
terhadap perjumpaan dengan Allah, berarti benci terhadap
kematian ? Padahal kami benci terhadap kematian."

Beliau bersabda, " Bukan, akan tetapi hal itu saat kematiannya
tiba. Jika ia dikabarkan akan mendapatkan rahmat Allah dan
ampunanNya, lalu ia cinta berjumpa dengan Allah, maka Allah
pun cinta berjumpa dengannya, dan jika di kabarkan ia akan
mendapatkan adzab Allah, lalu ia benci berjumpa dengan Allah,
maka Allah pun benci berjumpa dengannya."

--------------------------------------------------------------

Abu Hurairah berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam,
beliau bersabda,

" Sesungguhnya (ketika) mayit masuk ke dalam kuburnya, maka
seorang yang shalih akan di di dudukkan dalam kuburnya tanpa
rasa takut dan rasa kekhawatiran. Lalu akan di katakan
kepadanya,

" Bagaimana keadaan akhir hayatmu ?" Maka ia akan menjawab,
" Aku dalam keadaan Islam (berserah diri)." Kemudian
ditanyakan lagi, " Siapakah lelaki ini ?" Ia akan menjawab,

" Muhammad Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia telah
datang kepada kami dengan membawa keterangan-keterangan dari
sisi Allah, lalu kami membenarkannya."

Di tanyakan lagi kepadanya, " Apakah kamu melihat Allah ?" Ia
menjawab, " Tidak layak bagi seseorang untuk melihat Allah."
Maka di singkapkanlah baginya celah yang membatasi neraka, ia
melihat gejolak apinya yang saling menghantam satu sama
lainnya.

Dan di katakan kepadanya, " Lihatlah apa yang telah Allah
perbuat untuk menyelamatkanmu." Kemudian di singkapkan baginya
celah yang menghalangi surga dan ia melihat hiasan dan seluruh
keindahan yang terdapat di dalamnya.

Maka di katakan kepadanya, " Inilah tempatmu." Dan di katakan
kepadanya, " Atas keyakinan yang kamu jalankan, dan karenanya
kamu di matikan serta dengannya pula kamu di bangkitkan Insya
Allah."

Dan seorang yang jahat akan didudukkan di dalam kuburnya
dengan penuuh rasa takut dan kekhawatiran. Lalu di tanyakan
kepadanya,

" Bagaimana keadaan akhir hayatmu ?" Ia menjawab, " Aku tidak
tahu." Di tanyakan kepadanya, " Siapakah laki-laki ini ?" Ia
menjawab, " Aku mendengar orang-orang membicarakan sesuatu dan
aku pun mengikutinya."

Lalu di bukakan celah yang membatasi surga, dan ia melihat
keindahan yang terdapat di dalamnya, maka di katakan
kepadanya, " Lihatlah kepada orang-orang yang Allah jauhkan
dirimu darinya."

Kemudian di bukakan celah yang membatasi neraka dan ia melihat
apinya saling menghantam satu sama lain, maka di katakan
kepadanya, " Inilah tempatmu, atas keraguan yang ada pada
dirimu. Karenanya pula kamu mati dan dengannya pula kamu
di bangkitkan Insya Allah Ta'ala."

--------------------------------------------------------------

Ibnu Umar berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau
bersabda,

" Jika salah seorang dari kalian meninggal dunia, maka akan
di tampakkan tempat tinggalnya pada saat pagi hari dan sore
hari. Jika ia termasuk penduduk surga, maka ia akan menjadi
penduduk surga, dan jika ia dari penghuni neraka, maka ia akan
menjadi penghuni neraka, di katakan,

" Ini adalah tempat tinggalmu." Sampai dia di bangkitkan pada
hari Kiamat." (Sunan Ibnu Majah)

--------------------------------------------------------------

Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,

" Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada
nabi-nabi sebelumku, yaitu, aku ditolong (oleh Allah) dengan
rasa takut yang dicampakkan pada musuh-musuhku selama satu
bulan, dijadikannya bumi sebagai tempat bersujud dan bersuci,
maka di manapun seseorang dari kalangan umatku mendapati
(waktu) shalat, shalatlah di situ, dan aku beri syafa'at yang
tidak diberikan kepada nabi sebelumku, dan aku juga diutus
kepada seluruh manusia, sedangkan nabi-nabi sebelumku khusus
diutus hanya kepada kaumnya." (Sunan An Nasai')

--------------------------------------------------------------

Mu'adz bin Jabal berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,

" Apakah kamu mengetahui apa hak Allah terhadap hambaNya ?"
Saya menjawab, " Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Beliau
bersabda,

" Hak Allah atas mereka adalah agar mereka menyembahNya, dan
tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apapun." Beliau bertanya,
" Apakah hak mereka atas Allah apabila mereka telah melakukan
hal tersebut ?" Aku menjawab,

" Allah dan RasulNya lebih tahu." Beliau bersabda, " Agar
Allah tidak mengadzab mereka."

--------------------------------------------------------------

Abu Hurairah berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam,
beliau bersabda,

" Allah ta'ala mengampuni umatku dari apa yang dikatakan hati
mereka selama mereka tidak mengucapkan atau melakukannya."
(Sunan An Nasai')

--------------------------------------------------------------

Abu Hurairah berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

" Bertaqarublah kalian dan bersungguh-sungguhlah (dalam
beribadah), sebab sesungguhnya tidak ada seorangpun dari
kalian yang selamat karena amalnya."

Mereka berkata, " Begitu juga dengan anda wahai Rasulullah !"
Beliau menjawab, " Begitu juga dengan saya, hanya saja Allah
meliputiku dengan rahmat dan kemuliaanNya."

--------------------------------------------------------------

Abu Hurairah berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

" Orang-orang miskin masuk surga setengah hari terlebih dahulu
sebelum orang-orang kaya, lamanya limaratus tahun."

--------------------------------------------------------------

[Anas] dia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

" Janganlah salah seorang dari kalian berangan-angan ingin
mati karena musibah yang menimpanya. Namun jika terpaksa
berangan-angan kematian, hendaknya ia berdo'a,

" Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan itu baik
untukku, dan matikanlah aku selama kematian itu baik untukku."

--------------------------------------------------------------

Abu Umamah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
beliau bersabda,

" Sesungguhnya orang yang aku paling merasa iri kepadanya
adalah orang mukmin yang miskin, gemar mendirikan shalat,
beribadah kepada Rabbnya dengan baik, tidak dikenal orang,
selalu merasa cukup dengan rizki (yang telah di berikan),
selalu bersabar, kematiannya dipercepat, warisannya sedikit
dan tidak banyak orang yang menangisi saat kematiannya."

" Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluknya dalam
kegelapan, lalu Dia menimpakan sebagian dari cahayaNya kepada
mereka, maka barangsiapa sebagian dari cahaya tersebut
menimpanya niscaya dia mendapatkan cahaya, dan barangsiapa
sebagian dari cahaya tersebut tidak mengenainya niscaya dia
akan tersesat."



**************************************************************

--------------------------------------------------------------

Jangan terikat dengan Mazhab-mazhab dalam beragama, agama
Islam itu tiada Paksaan dan Bebas dalam pemikiran. Agama Islam
itu hanya Satu, iaitu Umat yang berPegang pada Keterangan
Al Quran dan Hadith Shahih Tulen dari 10 Imam Besar sebagai
pemBimbing dan PeTunjuk jalan hidup, tidak kepada kata-kata
Hawa Nafsu segelintir Ulama dan Adat songsang Moyang mereka.

Adat dan Budaya bukan penjamin keselamatan terlepas diBakar
lembah Neraka, tetapi Hati dan Jiwa yang membenarkan Logik
Pemikiran dalam berAgama. Agama Islam diturunkan kepada Bangsa
Arab sebagai Petunjuk untuk memBentuk Akidah mereka, tetapi
selepas kewafatan Nabi Muhammad dan para Ahlul Bait, mereka
mencipta Fahaman-fahaman baru bertopengkan Agama Islam.

Mereka mengubah banyak keterangan serta memesongkan fakta dan
memberi Fatwa Moden yang memberi kepentingan dan keuntungan
untuk mereka. Umat Islam terbahagi kepada 73 kelompok kumpulan
dan hanya satu kumpulan sahaja yang memegang Tiket ke Syurga.

Yang perlu kita Dalami adalah maksud Nasihat yang terkandung
di dalam setiap ayat Al Quran. Bukannya Menaikkan siulan
meLagukan Ayat untuk Hiburan dan memBangga kePandaian serta
Mahirnya membaca Al Quran. Tidakkah ianya sia-sia. Membaca
tanpa mengamalkan. Seperti membaca sekadar untuk menduduki
Ujian, tidak pula diambil Pengajaran dan Manfaat dari Bacaan.

**************************************************************

Lakukan Shalat Sunnah Harian...(Untuk Shalat Isya' dan Subuh)
Sunnat Wudhu, Sunnat Syukur, Sunnat Tahajjud, Sunnat Witir...
[2(W) + Shalat Isya' + 2(S) + 2(T) + 1(W)] dan Sunnat Dhuha...
[Shalat Subuh + 2(D)]... DiWajibkan jika tidak Memudaratkan...

Enjoy my Teen Life, doing my Prays after Sunset, watched
Japanese Drama at MidNight, Sleeping Beauty as Always.
Tomorrow gonna Work Finely as usual. Just Like my Idols[Mayu]
PureJapaneseThai WannaBe, Rukawa+Sendoh Development...+++@@@

Actually Japanese is very unfriendly Coldness of manner. Close
Base/UnOpen Relationship (Bekasan Negara Dasar Tutup Pintu)...
Al Quran (as Main Principal), Kitab Imam Nawawi (Riyadhus
Shalihin), Hadith Shahih Muslim, Shahih Bukhari, Al Muwatta
Malik, Musnad Imam Ahmad, Sunan Abu Dawud, Sunan At Tirmidzi,
Sunan Ibnu Majah, Sunan An Nasai and Sunan Ad Darimi (10+++).

No comments:

Post a Comment