Keistimewaan Shahidnya Orang Muslim...^^..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Seorang yang mati syahid dapat
memberi syafaat dan pertolongan bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya
Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid,
walaupun dia mati di tempat tidurnya.” Hadith Riwayat Muslim
Hanya kerana ingin mempertahankan kebenaran. Saidina Said bin Jubair
rahimahullah, seorang ulama besar tabi'in, juga pernah dicaci maki
oleh Hajjaj. Malah Hajjaj turut memaki ibu Saidina Said bin Jubair
di hadapan matanya sendiri sebelum beliau disembelih oleh Hajjaj
ibnu Yusuf. Hajjaj meminta Saidina Said memilih cara mati yang
bagaimana yang beliau mahu.
Maka dijawab oleh Said: " Bunuhlah dengan apa cara sekalipun yang
engkau suka wahai Hajjaj. Allah SWT akan membalas kembali kepadamu
sepertimana cara yang engkau gunakan kepadaku ketika membunuhku
di akhirat kelak."
Pada suatu ketika di Singapura terdapat seorang pedagang dan Ulama
dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura
untuk membuka lembaran kehidupan baru disamping berdagang. Ketika
di Singapura beliau sangat disegani oleh rakyat Singapura kerana
sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan
kerja-kerja amal dan membantu penduduk-penduduk tempatan.
Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu di sebelah Istana Raja
Singapura. Permaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang
sedang berdiri di sebatang Pokok Pinang. Lantas Permaisuri Raja melihat
keadaan Tun Jana Khatib yang sedang merenung mata ke arah pokok pinang,
lalu dilihatnya Tun Jana Khatib menghampiri dan menyentuh batang pokok
pinang tersebut. Tiba-tiba, pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur
ke tanah. Permaisuri raja berasa amat terkejut melihat keajaiban yang
berlaku pada pokok pinang itu. Kemudian Tun Jana Khatib pun beredar.
Tidak lama kemudian, Raja Singapura telah terkejut melihat keadaan
batang pokok pinang yang terbelah dua, lalu baginda bertanya kepada
permaisurinya bagaimana kejadian ini boleh berlaku.
Setelah mendapat khabar bahawa kejadian itu adalah perbuatan seorang
dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana
Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung
Gelam).
Apabila pihak istana dapat menangkap Tun Jana Khatib maka beliau
telah bersumpah: " Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan
kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu
sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan
percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang
dahsyat!" Sepantas kilat pengawal terus menikam sebilah keris ke arah
Tun Jana Khatib, akhirnya beliau tersungkur lalu rebah ke bumi.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..
No comments:
Post a Comment