Friday, 15 August 2014

Masalah Yang Terjadi Di Kalangan Umat Islam...^^..

Masalah Yang Terjadi Di Kalangan Umat Islam...^^..

Habib Umar : Baitul Maqdis Tidak Mungkin Akan Dapat Dibebaskan
Kembali Melainkan Dengan Cara Sayidina Umar r.a. dan Salahuddin
al-Ayyubi

Ini ialah pesanan daripada As-Syeikh al-Habib Umar bin Hafiz di
Shah Alam dalam pertemuannya dengan para ulama pada bulan Safar
1428 H. Renungilah dengan mendalam apa yang beliau sampaikan.
Semoga kita mendapat hidayat. Tajuk asal ceramah ini ialah,
“ Menyingkap Masalah yang Terjadi di Kalangan Umat Islam”.

1@ Tugas dakwah ialah tugas yang menggembirakan hati Rasulullah
SAW. Dakwah tersebar sehingga ke Nusantara berkat daripada usaha
dakwah dan keberkatan ahlul bait. Mereka menerapkan pemahaman
al-Quran dan as-Sunnah melalui para ulama secara berantai dari satu
generasi ke generasi. Rantaian emas ini bersambung kepada
Baginda SAW. Sebab itulah kita tidak menemui dalam ajaran mereka
kesesatan, bidaah, penyimpangan, ekstrem, konservatif dll. Mereka
membawa agama yang bersih daripada sumber yang asli. Daripada
furuq fikah, bersandarkan kepada mazhab Syafie. Dalam akidah,
bersandar kepada mazhab Abu Hasan al-Asyaari (keturunan ulama
Abu Musa al-Asyaari). Beliau merupakan anggota delegasi daripada
Yaman yang bertemu Rasulullah SAW. daripadanya, lahirlah mazhab
ASWJ.

2@ Sebagaimana Allah menetapkan bagaimana Islam ini tersebar
ke seluruh pelusuk, maka, Allah juga menentukan adanya mujaddid.
Sebagaimana Islam tersebar melalui tangan ahlul bait, maka kami
optimis meneruskan hubungan ini (dengan penduduk nusantara).

3@ Sesungguhnya Allah akan memperbaharui urusan agama ini
setiap kali mereka mengalami kelesuan agama (waktu fatrah).

4@ Sesungguhnya segala masalah yang terjadi kepada umat Islam
hari ini, yang merosakkan fikir, aqidah dan akhlak mereka adalah
disebabkan:

Ø kita lalai dalam menjalankan tugas dakwah dan menyelamatkan
umat.
Ø berfikiran sempit dalam perbezaan fikrah
Ø tiada kerjasama yang serius di kalangan ulama
Ø konsentrasi kita hanya tertumpu kepada urusan yang tidak terlalu
penting namun ia memalingkan pandangan orang ramai terhadap
masalah yang sebenar.
Ø Setiap orang bertindak mengikut persepsi masing-masing dan
tidak berupaya memahami punca masalah yang sebenar.

5@ Maka, kami menyeru supaya kita tumpukan kembali perhatian
kepada tugas-tugas kita yang sebenar. Setiap kali kita menunda atau
mengabaikan tugas tersebut, maka kita akan disibukkan oleh urusan
reka yasa yang dirancang oleh musuh-musuh Allah.

6@ Musuh Allah sentiasa memprovok masalah baharu setiap hari
kepada kita silih berganti. Kita sering dimomokkan dengan
kepincangan akidah, moral untuk melarikan fikir kita. Maka, umat
Islam pun tersentak lalu terikut-ikut untuk menyelesaikan isu itu. Habis
satu isu, dibawa pula isu yang lain. Maka, kita pun memberikan
pandangan kita masing-masing di muktamar, rapat umum dll namun
masalah tidak juga selesai. Ada solusi pun, kita tidak serius untuk
melanjutkannya. Maka, isu baharu pun muncul dan kita lupa kepada
isu lama. Padahal kita sudah bermuktamar, menginsafi sikap tetapi
masalah umat tidak juga selesai. Begitulah yang terjadi tatkala muncul
isu-isu seterusnya. (semuanya bertindak bergantung kepada isu
tetapi gagal menyelesaikan masalah akar yang menimbulkan isu itu.)
Akhirnya, kita disibukkan dengan isu yang dimomokkan oleh musuh-
musuh Allah itu.

7@ Semua ini adalah kesan daripada kelalaian kita menjalankan kerja
yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.

8@ Kami di sini berhasrat untuk membangkitkan kembali semangat
kepada kerja-kerja ini supaya semua masalah umat dapat
diselesaikan. Kita juga perlu sedar bagaimanakah caranya untuk kita
berhadapan dengan masalah-masalah ini. Tugas-tugas itu ialah
konsentrasi terhadap proses pembinaan jiwa dengan cara
mensucikannya (tazkiah). Ia menjadi barometer kepada perubahan
umat ini menurut al-Quran. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri. Tidak
ada satu pendekatan yang dapat mengubah manusia selain
pendekatan TAZKIYATUN NUFUS seperti yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW. Proses ini kemudian bersambung-sambung
sehingga sampai kepada kita. Inilah method yang dibawa oleh
segolongan manusia yang digelar sebagai kaum sufi. Nilai-nilai
pentarbiyahan seperti ini sememangnya sudah ada pada zaman
Sahabat kemudian Tabiin dan seterusnya sehingga datang zaman
cintakan dunia dan kerakusan kuasa. Generasi selepas itu semakin
jauh dengan zaman Nabi.

9@ Umat sekarang ini perlu kepada ulama yang komited terhadap
method pentarbiyahan ini (tazkiyah). Sebab itulah munculnya golongan
Sufi dan tasawuf yang komited melestarikan nilai-nilai ini. Melalui jasa
mereka, dakwah tersebar ke seluruh pelusuk dunia (lanjutan daripada
usaha dakwah Sahabat). Dalam sejarah Islam, kita mendapati bahawa
tidaklah masuk Islam ke dalam satu-satu negeri melainkan ketua
jemaah jihad fisabilillah itu diketuai oleh tokoh besar tasawuf dan
tazkiyah. Keadaan ini ada setiap zaman dalam Islam. Kita tidak akan
menjumpai sesebuah negeri yang begitu utuh melainkan peranan itu
dimainkan oleh tokoh tasawuf, golongan sufi. Tidak mungkin kita temui
dalam sejarah Islam, gerakan jihad tanpa tokoh tasawuf.

10@ Tazkiyah Para Sahabat diserap secara langsung daripada Nabi
SAW. Merekalah para sufi sejati, pemimpin para sufi dan tokoh-
tokohnya.

11@ Cermatilah sejarah Islam. Pada zaman Sahabat, Islam
tersebarnya hingga ke Timur di sempadan China dan Russia dan
negeri-negeri sekitarnya. Para panglima mereka terdiri daripada para
pemuka tasawuf pelbagai aliran dan guru-guru besarnya. Mereka
semua keluar berjihad di jalan Allah.

12@ Baitul Maqdis dibebaskan oleh Sayidina Umar al-Khattab r.a.
Kemudian, datang pasukan salib merampasnya. Semenjak itu, Baitul
Maqdis tidak dapat diselamatkan semula kecuali peranan ahli tasawuf.
Di situ, tampillah Salahudin al-Ayubi, seorang tokoh tariqat tasawuf,
pengasas program Maulidur Rasul dan majlis-majlis zikir yang banyak
diambil daripada kitab Imam Al-Ghazali (Ihya Ulumuddin). Terbina
jiwanya melalui kitab tersebut dan dia memimpin umat Islam dengan
kekuatan imannya, ketaqwaannya, kebeningan jiwanya dan kebersihan
hatinya. Maka, Baitul Maqdis pun dapat dibebaskan.

13@ Hari ini, orang ramai melaungkan, " Bebaskan Baitul Maqdis !
Bebaskan Baitul Maqdis ! " tidak ada cara untuk membebaskannya
kecuali dengan cara yang pertama iaitu manhaj Sayidina Umar r.a. dan
Salahudin al-Ayyubi rah. Yang merupakan intisari daripada ajaran
tazkiyah oleh Rasulullah SAW. Hal inilah yang membebaskan Baitul
Maqdis. Tidak boleh dengan cara selain itu.

14@ Mereka sibuk bikin organisasi, pernyataan politik mahupun
mengadakan kongres, Baitul Maqdis tetap tidak mampu dibebaskan
sampai bila-bila pun (abadan abada) kecuali melalui peranan
golongan ini (tasawuf dan sufi) dan dengan cara ini (tazkiyah dan
tasawuf). Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri.

15@ Jika pemuda kita di Palestin tidak mengerjakan solat, tidak
berpuasa, tidak menutup aurat dan kita berkata " Bebaskan Palestin !
Bebaskan Palestin ! " Namun apa yang terjadi ? Pada masa ini kuffar
memerangi kaum Muslimin di sana dan membuatkan politik pecah
belah hingga umat Islam saling berperang antara satu sama lain. Apa
penyebabnya semua ini ? Jawapannya: Pengabaian usaha
TAZKIYATUN NUFUS (Pembinaan jiwa) di kalangan umat Islam
sehingga munculnya masalah-masalah besar yang menghentam
mereka.

16@ Siapakah yang berperanan untuk melakukan usaha ini ? Inilah
tugas utama kita daripada Allah SWT " Sesungguhnya beruntunglah
mereka yang telah mensucikan jiwanya dan rugilah orang yang
menodainya. Beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya dengan
menyebut nama Tuhannya serta menunaikan solat. Musuhmu yang
paling berbahaya ialah Nafsumu yang ada pada dirimu sendiri."

Penulisan Khairy Tajudin
http://khairitajudin.blogspot.com/.../habib-umar-baitul.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..

Warkah Sedih Dari Palestin Dan Melayu...^^..

Warkah Sedih Dari Palestin Dan Melayu...^^..

Kenapa Israel dan Amerika tak menyerang Malaysia sedangkan
Malaysia negara Islam ? Ada yang tanya kepada yahudi, kamu benci
Malaysia kerana penduduknya kebanyakannya Islam tetapi mengapa
kau tidak memerangi Malaysia, kenapa kau perangi Gaza. Kemudian
dia menjawab kerana rakyat Malaysia permulaan lagi sudah Kalah,

" Aku baru mendirikan McD dan starbucks sebagai eksperimen
ternyata ramai rakyat Malaysia termasuk orang Islam mereka
menyukai buatanku, lalu untuk apa aku perangi mereka yang lemah
itu. Aku perangi Gaza kerana mereka kuat dan tidak mudah
terpedaya."

ISRAEL menerima bantuan daripada rakyat malaysia sebanyak
RM 230 ribu bagi setiap hari melalui pembelian set termurah yang
berharga rm5.90 di McD MALAYSIA, McD MALAYSIA menghantar
sebanyak RM 80.4 juta setahun ke PUSAT McD di USA, dan wang
itu telah disalurkan ke tabung ISRAEL. Wang itu digunakan untuk
membeli peluru dan senjata untuk membangunkan Negara Israel
serta merampas wilayah-wilayah Palestin, sehingga Tiada lagi sisa-
sisa negara Palestin dan Gaza dari peta Dunia.

Amanat Perdana Menteri Palestin. " Kami tidak meminta kamu datang
bersama-sama kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa
bersedia disini untuk mempertahankan tanah umat Islam, tetapi kami
hanya meminta dari kamu semua doa kerana doalah senjata paling
hebat yang tidak ada pada orang kafir.

Selain itu bantulah apa saja yang kamu termampu dan tolong
sebarkan tentang kami kepada semua umat Islam kerana kami
terkepung untuk memberitahu kepada dunia. Jika itu juga tidak
mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan
Allah kelak ?". " Mereka pejuang Islam yang Shahid sebenar, tidak
diminta belas kasihan cuma minta berbekalkan Doa." 

Tak dinafikan, ianya FAKTA. Banyak Francais, Jenama, dan Produk
dari Amerika khasnya membekalkan Dana kepada Israel. Dan
Pasaraya-pasaraya Gergasi Kafir pula berlumba-lumba mengaut
keuntungan serta melumpuhkan industri tempatan. Rakyat pula lebih
gemar membeli produk Luar dan Import walaupun dikenakan
Cukai-cukai yang tinggi oleh kerajaan.

Yang akhirnya, kita terlalu bergantung kepada Barangan dan Produk
dari Luar. Secara kasarnya negara kita sudah dimiliki oleh Negara lain,
kerana Ekonomi kita dipegang oleh Bilionair-bilionar dari negara Kafir.
Dengan sekelip mata sahaja, mereka dapat membeli Sebuah Negara
dan mengubah Negara Islam kepada negara Kafir.

Bagaimana jika bon-bon milik kerajaan sudah dibeli oleh orang Asing,
sebagaimana Negara Russia telah memiliki sepenuhnya bon-bon
kerajaan negara Ukrain. Kawasan jajahan Cremia mereka sudah
menganggotai negara Russia, akibat ekonomi Ukrain yang tidak
stabil. Negara luas dan sebesar Ukrain, jika dibandingkan Negara
Malaysia, sebesar mana yaaa... termenung jauh... cuma...

Mungkinkah akan lahir kembali Genius-Genius muda seperti bekas
perdana Menteri Malaysia, keempat kita, Tun Mahathir Mohamad...
sebagaimana beliau menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi
yang berlaku pada tahun 1997,1998... dengan menyekat dan tidak
bergantung kepada bantuan kewangan dari negara luar... dan tidak
menjual Negara dengan harga yang Murah.

Negara Indonesia berhutang Bank Dunia (IMF), dan tidak mampu
membayar hutang tersebut. Bandingkan dan lihatlah keadaan
ekonomi mereka yang turut serta berhutang... Sebagaimana negara
Mexico memiliki hutang dengan negara Amerika, negara sebesar
Mexico dimiliki negara Amerika. Inilah mainan psikologi namanya...
Lawan Genius adalah Genius, kalo bukan lawannya, gimana ? ...^^..

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..

Friday, 1 August 2014

Kepentingan Kemajuan Terjemahan Surah Al Quran Dalam Bahasa Ibunda (Negara Masing-Masing)...^^..

Kepentingan Kemajuan Terjemahan Surah Al Quran Dalam Bahasa
Ibunda (Negara Masing-Masing)...^^..

Kita mempelajari Al Quran semasa kecil, bagaimana membacanya
dengan tajwid yang betul, tetapi hanya segelintir sahaja daripada
kita yang mengetahui makna ayat-ayat serta terjemahan (dalam
bahasa masing-masing) ayat suci Al-Quran.

Ramai orang bukan Islam apabila membaca ayat Al-Quran dengan
memahami maksudnya (Tadabbur) mereka terbuka hati dan kembali
ke pangkuan Islam (Allah, tuhan sebenar mereka). Mereka ini lebih
bertakwa dengan memahami Al-Quran. Manakala kita yang lahir
dalam kelompok masyarakat Islam seharusnya rasa rendah diri
dan Malu kerana masyarakat kita kebanyakkannya tidak memahami
bahasa sebenar Al Quran.

Apakah yang menyebabkan banyaknya gejala sosial di kalangan
remaja Melayu Islam yang berlaku di akhir zaman ini ? Kerana
mereka gagal memahami makna sebenar menjadi seorang Muslim
Islam. Amatlah rugi menjadi seorang Islam tetapi tetap bersama
Syaitan dan Orang Kafir memenuhi ruang Neraka.

Mereka terus sesat tanpa mendapat Petunjuk, menyangka mereka
Islam pada Zahirnya, tetapi Batinnya mereka tidak berIman dan
terikut-ikutkan Budaya dan Adat bukan Islam. Allah s.w.t telah
menyesatkan mereka atas Maksiat dan Dosa yang mereka lakukan.
Mereka juga sombong, mengikut hawa nafsu dan suka berpaling
dari mendengar serta memahami Kitab Allah yang Suci, Al Quran.

Dan beruntunglah orang Kafir yang baru memeluk Islam, kerana
semua Dosa-Dosa besar mereka terhapus, bagaikan menjadi bayi, 
mula-mula dilahir yang Putih bersih tanpa cela, ke dunia berUsulkan
Islam. Mereka adalah Suci selagi belum melakukan dosa-dosa. Jika
ditakdirkan mereka mati saat itu, tentulah dijamin masuk Syurga,
mati Syahid, kerana biasanya mereka mendapat ancaman dibunuh
ahli keluarga sendiri, kerana dianggap menghina roh nenek moyang
mereka.

Berkata Al Hasan bin Ali radhiallahu ‘anhuma: “ Generasi sebelum
kamu (para sahabat) melihat Quran sebagai risalah (surat) dari
Tuhan mereka. Mereka bertadabbur pada waktu malam. Dan
beramal dengan hukum hakamnya pada waktu siang”.
(At Tibyan: 28).

Terjemahan adalah pemilihan kata-kata oleh manusia (bahasa yang
mudah difahami di negara masing-masing) berdasarkan keterangan 
ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Kitab Al-Quran yang sebenarnya
adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad saw dalam bentuk wahyu sekitar Mekah dan Madinah
dan dilindungi Allah swt sehingga ke akhir zaman. Al-Quran tidak
mempunyai versi kerana ia hanyalah satu, sebuah kitab sahaja.
Al-Quran adalah kata-kata dari Allah s.w.t (tuhan orang Islam).

Dari surah Ali Imran, ayat 7 :

@ Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab
Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat
“ Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas
maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi
Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “ Mutasyaabihaat”
(yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu
(timbullah fahaman yang berlainan menurut kandungan hati masing-
masing), adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan
ke arah kesesatan. 

Maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran
untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutar belitkan
maksudnya menurut hawa nafsu yang disukainya sahaja). Padahal
tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang
sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta
mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:
" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan
kami.” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan
melainkan orang-orang yang berfikiran. @

" Ya Allah, Berikan Petunjuk, Taufik dan Hidayah kepadaKu dan
keluargaKu, agar berada di atas JalanMu yang Benar. Dan hukumlah
Kami di Dunia andai Kami Lalai, dan Berikan Kami Jalan melepaskan
Diri dari Azab seksa api Neraka. Palingkan dan Pisahkan kami dari
Kaum terSesat dan Masukkan kami bersama Kaum yang Benar."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..

Soal Jawab Islam, Istri Selingkuh, Bagaimana Sikap Suami ?...^^..

Soal Jawab Islam, Istri Selingkuh, Bagaimana Sikap Suami ?...^^..

Soalan: Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Ustadz,
ada istri teman saya yang ketahuan selingkuh dengan lelaki lain
(istri curang), lalu bagaimana sikap suami yang bijak dalam hal ini ?

*** Jawaban;

Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh, Kebebasan
bergaul yang berkembang sudah menjadi adat yang mendarah
daging dalam sebagian kaum muslimin adalah satu musibah besar
dan berimplikasi buruk, baik pria, gadis, keluarga dan masyarakat.

Kerana itulah, Islam menekankan batasan pergaulan antara lawan
sejenis, yang membawa kepada perselingkuhan antara suami istri,
pacaran dengan cinta monyet dan seterusnya perzinaan.
Sayangnya, masyarakat enggan menerapkan elemen ini, sehinggalah
peristiwa-peristiwa maksiat terus menerus berlaku.

Padahal dalam suatu rumah tangga, seorang suami haruslah menjadi
pemimpin yang menampakkan kebijakan dan kemampuannya
mengatur biduk rumah tangga. Bila sang istri terbukti selingkuh,
walaupun tidak sampai berzina, maka tindakan yang paling tepat
adalah wajib menceraikannya.

Tidak pantas seorang suami mempertahankan istri yang telah
mencederai kesetiaannya dengan berbuat serong. Sebab, istri telah
melakukan kesalahan yang tidak bisa dipandang remeh. Menjalin
hubungan asmara terlarang dengan lelaki lain, siapapun dia.

Syaikh Prof. Dr. Shalih Fauzan, seorang anggota majelis ulama
besar Kerajaan Saudi Arabia dan anggota Islamic Fiqh Academy
(IFQ) Liga Muslim Dunia (Rabithah al' Alam al' islami) memaparkan:
" Apabila keadaan istri tidak lurus agamanya, seperti meninggalkan
shalat atau suka mengakhirkan perlaksanaannya di akhir waktu,
sementara suami tidak mampu memperbaikinya, atau bila tidak
memelihara kehormatannya, maka menurut pendapat yang rajih,
suami dalam kondisi ini, wajib untuk menceraikan istrinya."
(Al-Mulakhas al Fiqhi, 2/305).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: " Jika istri berzina, maka
suami tidak boleh tetap mempertahankannya dalam kondisi ini.
Kalau tidak, dia menjadi dayyuts (Suami yang membiarkan maksiat
terjadi di dalam rumah.)"

Adapun bila ia tidak mau bercerai dan mengaku masih mencintai
suaminya, maka ini bohong. Bila ia cinta sama suaminya, kenapa harus
selingkuh. Wanita yang baik dan normal tidak akan berselingkuh
dengan lelaki lain, sebab ia memiliki rasa malu yang jauh lebih besar
dari lelaki. Bila ia telah selingkuh dengan lelaki lain, maka rasa malu
tersebut tentunya hilang dan kemungkinan berselingkuh lagi sangat
besar.

Nasihat kepada suami, ceraikan saja wanita tersebut dan berilah dia
kemudahan untuk mendapatkan apa yang dia angan-angankan.
Kerana lebih lama dia bersama kamu, akan menyebabkan kamu
semakin terjerumus ke dalam kedosaan, berkurangnya keimanan
kamu serta hidup kamu terlaknak kesesatan kerana tidak
menegakkan kebenaran Islam.

Dengan bertawakkal kepada Allah dan mengikhlaskan penceraian
tersebut kepada Allah, maka Allah akan menggantikan dengan yang
lebih baik darinya. Ini adalah pelajaran bagi kita, untuk berhati-hati
dalam memilih pendamping, yaitu dengan melihat agamanya dan
akhlaknya, pasti nanti kamu akan beruntung, seperti disabdakan
Rasulullah s.a.w. " Sebaik-baik perhiasan di Dunia adalah Istri yang
Solehah."

Yang pertamanya, Taat pada perintah Allah (tuhannya), keduanya,
mencari keRedhaan suaminya dan mengHormati kedua IbuBapanya
baik keluarganya sendiri mahupun keluarga suaminya.

Allah s.w.t. berfirman: " Sungguh beruntung orang-orang yang
beriman, (yaitu) orang yang khusyuk dalam shalatnya, dan orang
yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak
berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang
memelihara kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau
hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak
tercela. Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina dan
sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui
batas." (Surah Al Mukminun: 23/ ayat 1-7).

Allah s.w.t. juga menegaskan dalam firmannya, untuk memelihara
nasab dan keturunan umat Muhammad dan Islam amnya: " Penzina
perempuan dan pezina laki-laki, deralah masing-masing dari
keduanya seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada
keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum)
Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian (kiamat):
dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh
sebagian orang-orang yang berIman.

Pezina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan pezina
perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan pezina perempuan
tidak boleh menikah kecuali dengan pezina laki-laki atau dengan
laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diHaramkan bagi orang-
orang Mukmin." (Surah An Nur: 24/ ayat 2-3)

Ditegakkan hukuman ini di dunia merupakan penebus dosa bagi
pelakunya. Dalam hadits lain, Nabi s.a.w. bersabda: " Barangsiapa
yang melakukan suatu dosa lalu ditegakkannya atasnya hukuman
atas dosa tersebut, maka hukuman itu merupakan kaffarat
(penebus dosa) baginya." (Hadith Riwayat Ahmad).

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..

Shahih Muslim, Kitab: Mukadimah...^^..

Shahih Muslim, Kitab: Mukadimah...^^..

Bab: Wajibnya meriwayatkan dari Tsiqat.

1@ Dan ia merupakan atsar yang masyhur dari Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam, " Barangsiapa menceritakan hadits dariku, yang
mana riwayat itu diduga adalah kebohongan, maka dia (perawi)
adalah salah satu dari para pembohong tersebut." Telah
menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah
menceritakan kepada kami Waki' dari Syu'bah dari al Hakam dari
Abdurrahman bin Abu Laila dari Samurah bin Jundab.

Bab: Teguran keras untuk dusta atas nama Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam.

2@ Dan telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Manshur
dari Rib'i bin Hirasy bahwasanya dia mendengar Ali berkhuthbah,
dia berkata, " Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
" Janganlah kalian berdusta atas namaku, karena siapa yang
berdusta atas namaku niscaya dia masuk neraka."

3@ Telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Shuhaib dari
Anas bin Malik bahwasanya dia berkata, " Sesungguhnya sesuatu
yang menghalangiku untuk menceritakan hadiths yang banyak kepada
kalian adalah, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
" Barangsiapa yang sengaja melakukan kedustaan atas namaku,
maka hendaklah dia menempati tempat duduknya dari neraka'."

4@ Telah menceritakan kepada kami Abu Shalih dari Abu Hurairah
dia berkata, " Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
" Barangsiapa berdusta atas namaku maka hendaklah dia menempati
tempat duduknya dari neraka."

5@ Telah menceritakan kepada kami, Sa'id bin 'Ubaid telah
menceritakan kepada kami Ali bin Rabi'ah dia berkata, " Aku
mendatangi masjid sedangkan al-Mughirah, gubernur Kufah. Dia
berkata, " Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: " Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama
dengan berdusta atas nama seseorang, barangsiapa berdusta atas
namaku secara sengaja maka hendaklah dia menempati tempat
duduknya dari neraka."

Bab: Larangan menceritakan semua yang didengar.

6@ Dan telah menceritakan kepada kami kami Syu'bah dari Khubaib
bin Abdurrahman dari Hafsh bin 'Ashim dari Abu Hurairah dia
berkata, " Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
" Cukuplah seseorang (dianggap) berbohong apabila dia menceritakan
semua yang dia dengarkan."

Bab: Larangan untuk meriwayatkan dari orang-orang lemah dan
berhati-hati dalam menyampaikannya.

7@ Dan telah menceritakan kepada kami, Abu Utsman Muslim bin
Yasar dari Abu Hurairah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
bahwasanya beliau bersabda: " Akan ada orang-orang pada akhir
umatku menceritakan sebuah hadits kepada kalian yang mana kalian
belum pernah mendengarnya dan tidak pula bapak kalian. Maka
kalian jauhilah dan mereka jauhilah."

8@ Telah menceritakan kepadaku Muslim bin Yasar bahwa dia
mendengar Abu Hurairah berkata, " Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: " Akan ada di akhir zaman para Dajjal Pendusta
membawa hadith-hadith kepada kalian yang mana kalian tidak
pernah mendengarnya dan bapak-bapak kalian juga belum pernah
mendengarnya. Maka kalian jauhilah dan mereka, jauhilah. Mereka
tidak bisa menyesatkan kalian dan tidak bisa memfitnah kalian."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..

Monday, 21 July 2014

Salam Sambut Syawal (3S)...^^..

Salam Sambut Syawal (3S)...^^..


Apabila sudah Success dalam berIbadah Puasa, maka Raikanlah...


*** Anak Solehah.


*** Jom Zikir.


*** Idul Fitri.


*** Baju Baru.



@@@ Rasulullah s.a.w bersabda; " Sungguh rugi ,seseorang ketika namaKu disebut disampingnya, tetapi dia tidak berselawat ke atasKu (Muhammad Rasul Allah). Sungguh rugi seseorang yang bertemu dengan bulan Ramadhan, lalu bulan itu berlalu sebelum Dia sempat menghapuskan dosa-dosa pada dirinya, dan sungguh rugi, seseorang yang mendapati kedua orang Tuanya dalam keadaan Lemah dan Tua, tetapi tidak mencari Jalan membantu Kedua-duanya untuk Masuk ke dalam Syurga." Hadith Riwayat, Ahmad, Tirmidzi, Ibnu KHuzaimah dan Al Hakim.

@@@ Selamaaat BerMaafan Dan BerMohon Ampun, SemuaNya ...^^..

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Sunday, 20 July 2014

Nasyid Lama Dari Indonesia, TenangKan HatiMu...^^..

Nasyid Lama Dari Indonesia, TenangKan HatiMu...^^..

*** Dalam Islam, diBenarkan berHibur tapi ada caranya, tidak
mendatangkan Lalai dan memBeri nasihat berUnsurkan Tauhid
kepada TuhanMu (Allah). Sesungguhnya Islam itu Mudah. ***

*** Lagu Nasyid juga menenangkan Hati-hati buat pendengarnya,
tidak merosakkan Hati dan Jiwa dan tidak melampau batasNya. ***

@@@ Rukun Iman



@@@ Lima Waktu


@@@ 25 Nabi


@@@ Rindu MuhammadKu


### Sekian, dengarkanLah alunan Nasyid yang meNenangkan Hati dan Jiwa. ###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..