Jenis Jenis Cinta...^^..
Rasa cinta, kasih dan sayang berbeza mengikut usia. Tidak semua manusia mengalami perasaan yang sama tidak kira
tua dan muda. Terdapat empat tahap membezakan fokus kasih sayang yang dikenali sebagai cinta Tadika, cinta Pasar,
cinta Monyet dan cinta Matang.
Cinta Tadika biasanya anak-anak yang suka benda-benda cantik sahaja. Lumrah bagi kanak-kanak tadika yang
berusia lima sehingga tujuh tahun hanya memandang sesatu yang cantik di mata mereka. Tidak kira lelaki mahupun
perempuan, minat mereka tertumpu pada sesuatu yang cantik dan tidak menjemukan mereka.
Manakala cinta Pasar pula dikategorikan untuk kanak-kanak yang berumur tujuh tahun sehingga baligh. Seawal usia
menjejakkan kaki ke alam persekolahan tahap rendah. Ia dikenali dengan nama cinta pasar kerana suasana pasar yang
menunjukkan mana tinggi nilai dan harganya. Cinta mereka lebih kepada orang atau individu yang mempunyai
kepimpinan dan berwibawa pada pandangan mereka. Mereka lebih ingin dilindungi. Biasanya cinta mereka terpaut
kepada pengawas, ketua kelas, anak cikgu, peserta-peserta Akedemi Fantasia dan juga Imam Muda.
Bagi mereka yang berada pada usia awal baligh sehingga 21 tahun, mereka akan mengalami cinta Monyet. Ketika ini,
perasaan sayang mereka mula berpindah kepada individu yang pandai memberi perhatian kepada mereka. Seperti
mendapat pujian, selalu bertanya khabar, ambil berat terhadap apa yang mereka lakukan. Mereka inginkan perhatian.
Manakala cinta Matang merupakan perasaan cinta yang dialami oleh golongan yang berusia antara 21 tahun dan
ke atas. Cinta matang ini ialah cinta yang disusuli dengan sifat tanggungjawab. Mereka akan lebih bertanggungjawab
dalam pelbagai perkara. Pada peringkat ini sudah tidak ada istilah bersuka-suka dalam perhubungan, tetapi ikatan
janji yang ikhlas dari dua pihak.
Norshahuddin Edited...^^..
Jan 2013...^^..
No comments:
Post a Comment