Sunday, 20 January 2013

Biografi Imam Muslim...^^..

Biografi Imam Muslim...^^..

Imam Muslim ( 204 - 261 H./ 820 - 875 M.)

Imam Muslim bin Hajjaj Al Qusyairy An Nisabury, lahir pada tahun 204 Hijrah di Nisabur, sebuah kota terbesar ketika Khurasan, Iran dan meninggal di kota kelahirannya itu pada hari Ahad, 24 Rejab 261 Hijrah.

Semenjak berusia kanak-kanak, beliau telah rajin menuntut ilmu, di samping dengan kecerdasan luar biasa, kekuatan ingata, kemahuan yang teguh dan ketekunan yang mengagumkan, Pada usia 10 tahun beliau telah menghafal Al Quran sepenuhnya serta ribuan hadis. 

Ketika mudanya, dia berkunjung ke negeri-negeri Islam, terutamanya pusat-pusat ilmu seperti Iraq, Hijaz, Syam, Mesir dan lain-lain., untuk berguru dengan ulama-ulama besar dan ahli-ahli hadis terkemuka.

Di Khurasan, dia belajar dengan Yahya bin Yahya dan Ishaq bin Rahawi, di Iraq, belajar dengan Imam Ahmad bin Hanbal ( Imam Hanbali) dan Abdullah Ibnu Maslamah, di Hijaz berguru dengan Sa'id bin Manshur, Abu Mush'ab, di Mesir beliau berguru dengan Amru bin Sawwad dan Harmalah bin Yahya, serta banyak lagi. Ketika Imam Bukhari datang ke Nisabur pada akhir masa kegiatan, Imam Muslim sentiasa mendampinginya.

Imam Muslim memikul nama besar sebagai ulama dan ahli hadis yang sangat masyhur dan terkemuka dengan gelaran ' Imam'. tidak kerana sifat-sifat peribadi yang dimilikinya sejak kecil, seperti cerdas, kuat ingatan tekun dan berpendirian teguh, yang terutamanya kerana diri beliau dihiasi dengan takwa, soleh dan wara' (selalu menjauhkan diri dari dosa) . Kem,brudian, berkat karya-karya besar yang dihasilkannya, nama beliau semakin tinggi dan menimbulkan hormat bagi setiap ahli ilmu.

Sebagai seorang ahli hadis, dia berhasil mengumpulkan sejumlah 300'000 hadis. Kemudian dengan sangat cermat dan dengan teliti hadis itu diperiksa satu persatu dengan sistem yang amat ketat, yang sekarang dapat kita pelajari dalam " Ilmu Mushthalah Hadis".

Dari hasil penelitiannya, hanya 7275 hadis yang termasuk kategori " Shahih". Tetapi yang dirakamkan dalam " Shahih Muslim" hanya 4000 hadis, kerana 3000 antaranya ternyata berulang-ulang. Imam Nawawi mengatakan bahawa Imam Muslim telah mengambil cara yang sangat teliti dan cermat bagi kitab shahihnya.

Di samping itu, Imam Nawawi juga mengatakan, " Para ulama sepakat mengakui kesungguhannya dalam bidang ini. Siapa yang mendalami pandangan terhadap Shahih Muslim, akan tahulah dia bahawa Imam Muslim itu seorang Imam yang tiada bandingannya. Ramai ahli hadis yang lebih suka meriwayatkan hadis daripad beliau. Antaranya Imam Tirmidzi, Imam Ibnu Khuzaimah, Abdul Wahhab Al Farra, Ibnu Ishak Al Asfaraini dan banyak lagi.

Sekalipun dia pernah mendampingi dan belajar kepada Imam Bukhari, tetapi namanya sejajar dengan Imam Bukhari. Sering kita dapati sebuah hadis dikatakan: Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim Bahkan Imam Nawawi mengatakan dalam syarahnya, " Para Ulama sepakat menyatakan "Shahih Muslim" adalah kitab hadis yang paling dipercayai disamping Shahih Bukhari."

Sebagai seorang yang pernah mendampingi dan belajar dari Imam Bukhari, tidak hairan jika gaya tulisan beliau mempunyai pengaruh Imam Bukhari dalam karya-karya Imam Muslim. Bahkan hadis yang diterimanya dari Bukhari terlihat dituangkan dalam buku-bukunya. Namun begitu, Muslim bukanlah seorang penciplak, kerana banyak pula yang terdapat di dalam shahih Musim tidak terdapat di dalam shahih Bukhari.

Selain " Shahih Muslim" yang paling terkenal dan menonjol, tercatat pula karya-karya besar beliau seperti 1; Al Musnad Al Kabir, 2; Al Jami', 3; Al Asma' wal Kaniya, 4: Al Afrad wal Wihdan, 5: Al Aqran, 6; Masyaikh Ats Tsauri, 7; Tasmiyatu Syuyukhi Malik, 8; Kitabul Mukhdharimin, 9; Kitab Auladish Shahabah 10; Ath Thabaqat, 11; Auhamul Muhadditsin, 12; Afraadus Syamiyin, 13; At Tamyiz dan 15; Al 'Ilal.

Setiap karya beliau memberikan corak dan pengaruh yang mendalam bagi karangan-karangan dan perbahasan dalam berbagai bidang ilmu agama Islam, bahkan menjadi pegangan kuat bagi kaum Muslimin.

Norshahuddin Edited...^^..
Jan 2013...^^..

No comments:

Post a Comment