Showing posts with label Jenis Jenis Cinta...^^... Show all posts
Showing posts with label Jenis Jenis Cinta...^^... Show all posts

Monday, 6 January 2014

Jenis Jenis Cinta...^^..

Jenis Jenis Cinta...^^..

Rasa cinta, kasih dan sayang berbeza mengikut usia. Tidak semua
manusia mengalami perasaan yang sama tidak kira tua dan
muda. Terdapat empat tahap membezakan fokus kasih sayang yang
dikenali sebagai cinta Tadika, cinta Pasar, cinta Monyet dan cinta
Matang.

Cinta Tadika biasanya anak-anak yang suka benda-benda cantik
sahaja. Lumrah bagi kanak-kanak tadika yang berusia lima sehingga
tujuh tahun hanya memandang sesatu yang cantik di mata mereka.
Tidak kira lelaki mahupun perempuan, minat mereka tertumpu pada
sesuatu yang cantik dan tidak menjemukan mereka.

Manakala cinta Pasar pula dikategorikan untuk kanak-kanak yang
berumur tujuh tahun sehingga baligh. Seawal usia menjejakkan
kaki ke alam persekolahan tahap rendah. Ia dikenali dengan nama
cinta pasar kerana suasana pasar yang menunjukkan mana tinggi
nilai dan harganya. Cinta mereka lebih kepada orang atau individu
yang mempunyai kepimpinan dan berwibawa pada pandangan
mereka. Mereka lebih ingin dilindungi. Biasanya cinta mereka
terpaut kepada pengawas, ketua kelas, anak cikgu, peserta-
peserta Akedemi Fantasia dan juga Imam Muda.

Bagi mereka yang berada pada usia awal baligh sehingga 21 tahun,
mereka akan mengalami cinta Monyet. Ketika ini, perasaan sayang
mereka mula berpindah kepada individu yang pandai memberi
perhatian kepada mereka. Seperti mendapat pujian, selalu
bertanya khabar, ambil berat terhadap apa yang mereka lakukan.
Mereka inginkan perhatian.

Manakala cinta Matang merupakan perasaan cinta yang dialami
oleh golongan yang berusia antara 21 tahun dan ke atas. Cinta
matang ini ialah cinta yang disusuli dengan sifat tanggungjawab.
Mereka akan lebih bertanggungjawab dalam pelbagai perkara.
Pada peringkat ini sudah tidak ada istilah bersuka-suka dalam
perhubungan, tetapi ikatan janji yang ikhlas dari dua pihak.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..

Sunday, 20 January 2013

Jenis Jenis Cinta...^^..

Jenis Jenis Cinta...^^..

Rasa cinta, kasih dan sayang berbeza mengikut usia. Tidak semua manusia mengalami perasaan yang sama tidak kira
tua dan muda. Terdapat empat tahap membezakan fokus kasih sayang yang dikenali sebagai cinta Tadika, cinta Pasar,
cinta Monyet dan cinta Matang.

Cinta Tadika biasanya anak-anak yang suka benda-benda cantik sahaja. Lumrah bagi kanak-kanak tadika yang
berusia lima sehingga tujuh tahun hanya memandang sesatu yang cantik di mata mereka. Tidak kira lelaki mahupun
perempuan, minat mereka tertumpu pada sesuatu yang cantik dan tidak menjemukan mereka.

Manakala cinta Pasar pula dikategorikan untuk kanak-kanak yang berumur tujuh tahun sehingga baligh. Seawal usia
menjejakkan kaki ke alam persekolahan tahap rendah. Ia dikenali dengan nama cinta pasar kerana suasana pasar yang
menunjukkan mana tinggi nilai dan harganya. Cinta mereka lebih kepada orang atau individu yang mempunyai
kepimpinan dan berwibawa pada pandangan mereka. Mereka lebih ingin dilindungi. Biasanya cinta mereka terpaut
kepada pengawas, ketua kelas, anak cikgu, peserta-peserta Akedemi Fantasia dan juga Imam Muda.

Bagi mereka yang berada pada usia awal baligh sehingga 21 tahun, mereka akan mengalami cinta Monyet. Ketika ini,
perasaan sayang mereka mula berpindah kepada individu yang pandai memberi perhatian kepada mereka. Seperti
mendapat pujian, selalu bertanya khabar, ambil berat terhadap apa yang mereka lakukan. Mereka inginkan perhatian.

Manakala cinta Matang merupakan perasaan cinta yang dialami oleh golongan yang berusia antara 21 tahun dan
ke atas. Cinta matang ini ialah cinta yang disusuli dengan sifat tanggungjawab. Mereka akan lebih bertanggungjawab
dalam pelbagai perkara. Pada peringkat ini sudah tidak ada istilah bersuka-suka dalam perhubungan, tetapi ikatan
janji yang ikhlas dari dua pihak.

Norshahuddin Edited...^^..
Jan 2013...^^..