Saturday, 20 September 2014

Rabiatul Adawiyah, MenCintai Tuhannya(Allah S.W.T)...^^..

Rabiatul Adawiyah, MenCintai Tuhannya(Allah S.W.T)...^^..

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali
Allah s.w.t. Beliau mempunyai suara yang amat merdu dan wajah
yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki sebarangan lelaki.
Bairpun mereka dari ulama terbilang, yang datang meminang,
ataupun sultan negara datang merisik. Beliau teguh dengan
pendiriannya kerana cinta hatinya hanyalah untuk Allah s.w.t sahaja.

Antara isi kandungan Surat Penolakan Pernikahan Rabiatul Adawiyah
kepada Raja Basrah:

***
Raja yang dimuliakan,

Kesenangan itu hanya akan diperolehi dengan mudah apabila kita
cuba menjauhi keduniaan. Secara jelas mahupun tersembunyi, secara
lahir mahupun batin. Kekecewaan dan kerugian adalah teman rapat
bagi mereka yang memburu dunia.

Sewajarnya kita berusaha mempersiapkan diri kita menjadi penasihat
untuk diri kita sendiri. Seandainya penasihat itu selain daripada diri kita
sendiri, maka kelemahan kita pasti akan terbongkar.

Sekiranya anda mampu, berpuasalah untuk selamanya. Waktu ketika
ajal anda datang menjemput merupakan waktu bagi berbuka yang
paling afdal.

Sekiranya Allah s.w.t. mengurniakan saya kekayaan melebihi daripada
apa yang TuanKu miliki sekarang, itu juga, pasti tidak mampu
mengubah keputusan dan pendirian saya. Saya tetap bertegas
menyerahkan diri saya untuk berzikir kepadaNya sehingga masa itu
terhenti dengan sendiri. Semoga Tuanku dan saya sentiasa mendapat
keberkatan serta dirahmati oleh Allah s.w.t.
***

Jawapan kepada Hasan al Basri, untuk persoalan pernikahan ke atas
dirinya, Rabiatul Adawiyah;

***
" Nikah itu menjadi kepentingan bagi orang yang mendambakannya,
sedangkan saya tidak punya pilihan lain kerana pilihan saya, bersama 
nazar yang saya buat, saya tidak akan berkahwin hingga ke akhir hayat.
Saya membuat keputusan mahu menghabiskan seluruh masa saya
hanya untuk Allah s.w.t. Saya tekad mahu bernaung hanya di bawah
perintahNya."

" Semua persoalan pasti terjawab apabila kita sebagai hamba Allah
berjaya memerangi nafsu malah menaklukinya. Ingatlah, orang yang
zuhud serta abid sentiasa mengingati Allah dalam suka dan duka,
dalam sedar atau tidak, dalam ratap dan juga tangis supaya di akhirat
kelak, menjadi bukti untuk mendapatkan balasan yang sudah tersedia."
***

Jawapan kepada Pemuda yang ingin menguji, sebab mengapa
Rabiatul Adawiyah selalu menghindari perkahwinan;

***
" Saya juga pasti akan berkahwin, sekiranya mereka yang mahu
mengahwini saya mampu mencari jalan bagi mengeluarkan,
menyelamat dan mengubati saya daripada kerisauan dan perasaan
dukacita yang saya hadapi sekarang."

" Pertama, saat bila malaikat maut mahu mencabut nyawa yang
tunggal ini, apakah dirinya dapat menjamin saya menghadap Allah
s.w.t. dengan bekalan iman yang sempurna ?"

" Keduanya, sejurus ketika berada di padang mahsyar kelak, dapatkah
dirinya memastikan saya akan menerima buku amalan sepanjang
kehidupan saya dengan tangan kanan ?"

" Yang ketiga, setelah selesai di hisab di padang mahsyar kelak, dari
golongan yang soleh akan dimasukkan ke dalam syurga manakala
dari golongan yang kufur akan dihumban ke dalam neraka. Apakah dia
akan dapat menjamin saya akan berada di dalam Syurga Allah ?"
***

" Kehidupan saya sentiasa dihiasi rasa takut kepada hal-hal tentang
hari akhirat. Apa perlunya bersuami, kerana bersuami itu pasti akan
menghadkan masa saya dengan Allah s.w.t. Itu merupakan satu
kerugian yang tidak mampu saya laburkan."

" Tidak perlu saya sibukkan diri dengan perkara-perkara lainnya,
apabila mendapat jaminan daripada Allah s.w.t. Dia lebih mengetahui
dan memahami apa yang saya perlukan sebelum saya sempat
berkata-kata atau meminta-minta dari sesama makhluk."

" Sekiranya dijanjikan suatu kenikmatan dan kasih sayang Allah s.w.t.
di akhirat kelak, adakah kamu akan berasa rugi untuk bekerja keras
untuk hari ini ? Sesungguhnya, mereka yang kuat berusaha adalah
manusia yang paling berbahagia di akhirat kelak."

" Saya sentiasa dirundum perasaan sedih dan berduka kerana, walau
sebanyak manapun amalan saya kepada Allah s.w.t, saya juga tidak
pasti, sama ada Allah s.w.t. redha akan perbuatan saya. Tidak mustahil,
adakalanya Allah murka kepada saya."

" Saya kira, saya hanya bermain-main sahaja di dunia, namun segala
amalan saya adalah untuk akhirat. Oleh itu, janganlah kamu cuba
mencuri atau merampas kecintaan saya kepada Allah s.w.t., kelak
kamu pasti akan menyesal."

#### Memang menjadi keganjilan, sekiranya terdapat mana-mana
manusia, tidak mahu mendirikan rumah tangga, kerana kenikmatan
untuk berumah tangga memang sengaja di syariatkan Allah s.w.t. bagi
menghindari manusia daripada terjebak dengan kancah perzinaan
dan dosa besar.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2014/ Zulkaedah 1435...^^..

Wednesday, 17 September 2014

Harga Air Tangan Orang Tidak Menunaikan Solat...^^..

Harga Air Tangan Orang Tidak Menunaikan Solat...^^..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir.
Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan
pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
" Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil
dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun
untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar
benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau
sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang
baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan
Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air
kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk
pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati,
menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai
dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air
kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air
tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu
atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat
kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan
menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak.
Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan
orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh
tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak
solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab
tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita
makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-
kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada
Saidina Ali (dan untuk umat Islam), " As solah as Solah wa amalakat
aimanukum". Maksudnya, " Solat, solat jangan sekali kamu abaikan
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..."

### Jangan Pernah meninggalkan Solat, tidak kira Sihat atau Sakit,
Allah juga tidak pernah memBebankan hambaNya. Kalau Sakit, ada
cara Solatnya, ada Solat sambil Duduk, sambil Berbaring dan Solat
dalam keadaan berPerang pun ada... Kalau terTunda atau terLupa,
pasti Qadakan semula solat yang telah Luput. Solat itu tanda Syukur
kita kepada tuhan orang Muslim (Allah s.w.t.) ###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2014/Zulkaedah...^^..

Ya Mu'izz, Ya Mudzil, Ya Samii', (025-027), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Mu'izz, Ya Mudzil, Ya Samii', (025-027), Nama-Nama Allah
Dan Fadhilatnya...^^..

*** Al Mu'izz. (025) ***
(Maha Memuliakan, Maha Pemberi Kemuliaan)

Al Mu'izz, Maha Memuliakan. Memuliakan orang yang berpegang teguh
kepada agamanya. Maksudnya, Allah s.w.t. memberikan kepadanya
pertolongan, kemenangan dan hidayah kepadanya.

+++ Dihormati Orang
Sesiapa yang membaca (Ya Mu'izz) 140 kali selepas solat Isyak pada
setiap malam Isnin dan Jumaat. InsyaAllah dia akan menjadi mulia
pada pandangan orang lain dan begitu juga, dia tidak ditakuti pada
pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapapun selain
Allah s.w.t.

+++ Orang Dimuliakan
Sesiapa yang membaca (Ya Mu'izz) 40 atau 41 kali di malam Isnin
atau Jumaat selepas solat Maghrib, insyaAllah saudara akan
dimuliakan oleh masyarakat.

*** Al Mudzil. (026) ***
(Maha Menghinakan, Maha Merendahkan)

Al Mudzil, Maha Menghinakan. Melaknak musuhNya dan musuh-musuh
umat Islam seluruhnya. Memberi kekalahan kepada mereka yang
berbuat jahat termasuklah muslim yang mempunyai niat jahat.

+++ Perlindungan Dari Kejahatan
Sesiapa yang membaca, (Ya Mudzil) sebanyak 75 kali, dia akan
dijauhkan Allah dari bahaya orang-orang yang ingin memudaratkannya.

+++ Mendapatkan Hutang
Sesiapa yang mempunyai wang pada orang yang liat membayar
hutang, hendaklah dia memperbanyakkan membaca (Ya Mudzil),
di waktu siang dan malam. InsyaAllah orang yang berhutang itu akan
insaf, dan membayar hutangnya.

+++ Hindari Ancaman Bahaya Dan Musuh
Sesiapa yang membaca zikir ini, seperti katanya. (Ya Mudzil) 75 kali
ketika berada dalam ketakutan. Setelah itu, dia sembahyang dan
dalam sujudnya, dia menyebutkan nama orang yang ditakutinya,
seperti berikut:

" Allah humma a'minni min syarrihi (nama musuh/binatang berbisa
/haiwan gangguan)."

" Wahai Allah, peliharalah aku dari kejahatan si fulan
(musuh/binatang)"

InsyaAllah, dia akan selamat daripada ancaman-ancaman tersebut.

*** As Samii'. (027) ***
(Maha Mendengar)

As Samii', Maha Mendengar. Mendengar suara yang kuat dan
perlahan, bahkan pula mendengar benda-benda yang tidak bersuara
menurut anggapan manusia, contohnya suara semut, batu, haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan
benda-benda yang wujud di alam ini ternyata bersuara dan bertasbih
memuji Allah s.w.t., sekalipun mereka tidak faham apa yang mereka
ucapkan.

+++ Membaikkan Pendengaran
Apabila dibacakan (Ya Samii') sebanyak 500 kali setelah mengerjakan
sembahyang Dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan
dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan disembuhkan dari penyakit tuli serta
pendengarannya akan bertambah baik.

+++ Dimakbulkan Hajat
Sesiapa yang membaca (Ya Samii') 100 kali pada hari Khamis,
setelah mengerjakan solat Zohor, kemudian dia menahan dirinya dari
bercakap dengan sesiapapun. InsyaAllah, segala hajatnya akan
dimakbulkan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2014/Zulkaedah...^^..

Ya Baasith, Ya Khoo'fidh, Ya Roofi', (022-024), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Baasith, Ya Khoo'fidh, Ya Roofi', (022-024), Nama-Nama Allah Dan
Fadhilatnya...^^..

*** Al Baasith. (022) ***
(Maha Meluaskan, Melapangkan Hidup)

Al Baasith, Maha Meluaskan dan Maha Melapangkan Hidup.
Memudahkan terkumpulnya rezeki dan menghimpunkan kekayaan
bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Melapangkan hidup hamba yang
dikehendakiNya.

+++  Menjadi Orang Berilmu
Sesiapa yang membaca (Ya Baasith) 10 kali setelah mengerjakan
solat Dhuha, insyaAllah akan diluaskan punca rezeki dan ilmunya.

+++ Dibuka Pintu-Pintu Kejayaan
Sesiapa yang membacakan (Ya Baasith) 300 kali atau lebih dengan
mengangkat kedua tapak tangannya ke langit, kemudian disapukannya
ke mukanya. InsyaAllah dibukakan baginya satu pintu daripada pintu-
pintu kejayaan.

+++ Tidak Bergantung Kepada Orang Lain
Sesiapa yang selalu membaca (Ya Baasith) 10 kali selepas solat
sunat atau selepas solat Subuh dengan menadahkan kedua tapak
tangannya dan kemudian menyapu ke mukanya. InsyaAllah dia akan
sanggup berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.

*** Al Khoo'fidh(Khafidh). (023) ***
(Maha Penghina, Maha Menjatuhkan)

Al Khoofidh, Yang Menghina, Maha Menjatuhkan. Maksudnya
menjatuhkan orang atau anak Adam selayaknya dijatuhkan kerana
kelakuannya dan kesalahan sendiri, yakni dengan memberikannya
kehinaan, kerendahan dan seksaan di kalangan masyarakat.

+++ Dimakbulkan Hajat
Sesiapa yang membaca (Ya Khoo'fidh) sebanyak 500 kali setiap hari
dalam keadaan khusyuk dan bersih (daripada najis dan hadas),
insyaAllah akan dikabulkan hajatnya dan dijatuhkan martabat musuh
atau penentangnya.

+++ Terhindar Dari Ancaman Musuh
Sesiapa yang membaca (Ya Khoo'fidh) 1000 kali, insyaAllah akan
mendapat keamanan daripada ancaman musuh.

+++ Menghilangkan Kebimbangan
Baca (Ya Khoo'fidh) 500 kali, insyaAllah saudara akan bebas dari
kebimbangan Dunia dan Hajat akan dimakbulkan.

*** Ar Roo'fi'(Ra'fi'). (024) ***
(Maha Tinggi, Maha Meninggikan)

Ar Roo'fi', Maha Meninggikan, Maksudnya meninggikan orang Muslim
yang sepatutnya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang gigih
dalam memperbaiki iman dan amal kebajikannya, beliau termasuk
dari golongan kaum yang bertakwa.

+++ Menghindari Rompakan
Sesiapa yang membaca, (Ya Roo'fi') sebanyak 70 kali setiap hari,
terutamanya pada waktu malam. InsyaAllah hartanya akan terpelihara
daripada kecurian, rompakan, penipuan dan sebagainya.

+++ Mendapat Perlindungan
Sesiapa yang membaca (Ya Roo'fi') 70 kali ketika dia didatangi orang
zalim. InsyaAllah, dia akan selamat daripada penganiayaannya.

+++ Menjadi Yang Terbaik
Sesiapa yang membaca (Ya Roo'fi') 100 kali atau 40 kali setiap
malam Isnin dan malam Jumaat, yakni selepas Maghrib atau Isyak.
InsyaAllah, jika diamalkan dengan berterusan dia akan memperolehi
kehebatan di kalangan rakan-rakannya atau masyarakat lainnya.

+++ Darjat Kemuliaan Dari Allah s.w.t.
Sesiapa yang membaca (Ya Roo'fi') 100 kali sehari semalam,
atau setiap malam. InsyaAllah darjat dan kedudukannya akan
ditinggikan di sisi Allah s.w.t.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2014/Zulkaedah...^^..

Wednesday, 10 September 2014

Cara Yang Betul Membaca Serta Mendalami Ayat-Ayat Al Quran...^^..

Cara Yang Betul Membaca Serta Mendalami Ayat-Ayat Al Quran...^^..

Cara dan Langkah yang Betul membaca ayat-ayat Al Quran.

1@ Baca 1 ayat dengan bacaan Tajwid yang betul.
2@ Cuba pula membaca terjemahan ayat tersebut serta fahami
makna, nasihat dan isi yang terkandung dalam ayat tersebut.

Kemudian, teruskan dengan membaca ayat kedua dan seterusnya.
Ulangi langkah 1 dan 2, untuk setiap bacaan seterusnya.
Senangkan...

Biar Lambat asalkan ilmu dapat berKembang dengan Betul. Allah
tidak suka sikap terBuru-Buru dan terGopoh-Gopoh yang dimiliki
Syaitan, tetapi Allah amat Suka akan HambaNya yang Hatinya
Tenang serta Sabar, sentiasa dalam keadaan berDoa dan Redha
dengan Ketentuan Takdir dari tuhannya (Allah).

Bacalah perLahan-Lahan dan Fahami maksudnya ayat-ayat Al Quran.
Begitu juga halnya dalam melaksanakan Solat/Sembahyang dan
aktiviti-aktiviti lainnya. Allah telah memberi Tempoh/Masa/Waktu yang
menCukupi buat setiap Hamba dan Makhluk ciptaanNya.

Allah itu Maha Adil dalam setiap penCiptaanNya, ada seRibu
Kelebihan di dalam seCebis Kelemahan. Yang akan Kekal itu, tuhan
(Allah s.w.t.), para Malaikat-MalaikatNya dan setiap inci amalan-
amalan makhluk ciptaanNya (termasuk Manusia dan Jin).

Musuh itu Syaitan, yang memBisikkan keMungkaran dan keNikmatan
Dunia ke dalam Hatimu, Hawa Nafsu itu akan tumpas dengan
PuasaMu dan ilmu-ilmu tentang Hari Akhirat bersama keTeguhan
Agamamu, jaminan ke Syurga milik Allah s.w.t (tuhanMu)...

Jangan pernah Sekutukan Allah, sembahlah Dia yang menCiptamu...
Jangan di Abaikan Solat fardhu... Solat itu tanda Syukur... Puasa
Ramadhan pula, jangan Ponteng... Jangan Bakhil, hulurkan Sedekah,
dan Bantuan apabila diPerlukan... Jangan meNgungkit Kebaikan
diri sendiri, nanti Pahala sebesar Gunung menjadi Debu-debu tidak
bermakna... 

Hormatilah Ibubapa serta Orang Tua terutama Ibumu... jangan
Tinggikan Suara pada Mak Ayah... Bantulah Mak Ayah ke Syurga
dengan menjadi Anak Soleh... Bila diUji dalam hidup... BerSolat,
BerDoa dan BerSabarlah... Bila Ibu dan Ayah sudah tiada.. Ingat...
Allah sentiasa Ada untukmu.. Ingat, Al Quran sahabatmu Dunia dan
Akhirat...

Bila dewasa nanti, Nikahlah bila Puasa tak lagi mampu menahan
Nafsu Syahwat kamu. Pilihlah mereka yang Beriman pada TuhanNya:
Allah, yang paling Rendah Maharnya dan Taat pada Agama. Tegurlah
mereka dengan Lembut, Santun andai terSalah Budaya dan Bicara.

Team Se7en, Low Rank Ninja, Clear Mission and Vision Steadily...^^..
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited 2014/Zulkaedah...^^..

Tuesday, 19 August 2014

Riwayat Nabi Zakaria...^^..

Riwayat Nabi Zakaria...^^..

Nabi Zakaria adalah ayah dari Nabi Yahya putera tunggalnya yang lahir
setelah dia mencapai usia sembilan puluh tahun. Sejak beristeri
Hanna, ibu saudaranya Maryam, Zakaria mendambakan mendapat
anak yang akan menjadi pewarisnya. Siang dan malam tiada henti-
hentinya dia memanjatkan doanya dan permohonan kepada Allah
agar dikurniai seorang putera yang akan dapat meneruskan tugasnya
memimpin Bani Israil.

Dia khuatir bahawa bila dia mati tanpa meninggalkan seorang
pengganti, kaumnya akan kehilangan pemimpin dan akan kembali
kepada cara-cara hidup mereka yang penuh dengan mungkar dan
kemaksiatan dan bahkan mungkin mereka akan mengubah syariat
Musa dengan menambah atau mengurangi isi kitab Taurat
sekehendak hati mereka. Selain itu, dia sebagai manusia, ingin pula
agar keturunannya tidak terputus dan terus bersambung dari generasi
sepanjang Allah mengizinkannya dan memperkenankan.

Nabi Zakaria tiap hari sebagai tugas rutin pergi ke mihrab besar
melakukan sembahyang serta menjenguk Maryam, anak iparnya yang
diserahkan kepada mihrab oleh ibunya sesuai dengan nadzarnya
sewaktu dia masih dalam kandungan. Dan memang Zakarialah yang
ditugaskan oleh para pengurus mihrab untuk mengawasi Maryam
sejak dia diserahkan oleh ibunya.

Tugas pengawasan atas diri Maryam diterima oleh Zakaria melalui
undian yang dilakukan oleh para pengurus mihrab di kala menerima
bayi Maryam yang diserahkan pengawasannya kepadanya itu adalah
anak saudara isterinya sendiri yang hingga saat itu dia belum dikurniai
seorang anak pun oleh Tuhan.

Suatu peristiwa yang sangat menakjubkan dan menghairankan Zakaria
telah terjadi pada suatu hari ketika dia datang ke mihrab sebagaimana
biasa. Dia melihat Maryam disalah satu sudut mihrab sedang
tenggelam dalam sembahyangnya sehingga tidak menghiraukan bapa
saudaranya yang datang menjenguknya. Di depan Maryam yang
sedang asyik bersembahyang itu terlihat oleh Zakaria berbagai jenis
buah-buahan musim panas.

Bertanya-tanya Nabi Zakaria dalam hatinya, dari mana datangnya
buah-buahan musim panas ini, padahal mereka masih berada dalam
musim dingin. Dia tidak sabar menanti anak saudaranya dan selesai
sembahyang, dia lalu mendekatinya dan menegur bertanya
kepadanya: " Wahai Maryam, dari manakah engkau dapat ini semua ?"

Maryam menjawab: " Ini adalah pemberian Allah yang aku dapat tanpa
kucari dan aku minta. Diwaktu pagi dikala matahari terbit aku
mendapatkan rezekiku ini sudah berada didepan mataku, dan
demikian pula bila matahari terbenam di waktu senja.

Mengapa bapa saudaranya merasa hairan dan takjub ? Bukankah
Allah berkuasa memberikan rezekinya kepada siapa yang Dia
kehendaki tanpa perhitungan ?"

*** Maryam binti Imran

Maryam yang disebut-sebut dalam kisah Zakaria adalah anak tunggal
dari Imran seorang daripada pemuka-pemuka dan ulama Bani Isra'il.
Ibunya, saudara ipar dari Nabi Zakaria adalah seorang perempuan
yang mandul yang sejak bersuamikan Imran belum merasa
berbahagia jika belum memperoleh anak. Dia merasa hidup tanpa
anak adalah sunyi dan membosankan.

Dia sangat mendambakan keturunan untuk menjadi pengikat yang
kuat dalam kehidupan bersuami-isteri, penglipur duka dan pembawa
suka di dalam kehidupan keluarga. Dia sangat inginkan akan kanak-
kanak dan keturunan sehingga bila dia melihat seorang ibu
menggandung bayinya atau burung memberi makan kepada anaknya,
dia merasa iri hati dan terus menjadikan kenangan yang tak kunjung
lepas dari ingatannya.

Tahun demi tahun berlalu, usia makin hari makin lanjut, namun
keinginan tetap tinggal keinginan dan idam-idaman tetap tidak
menjelma menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan berbagai
nasihat dan petunjuk orang diterapkannya, namun belum juga
membawa hasil.

Dan setelah segala daya upaya yang bersumber dari kepandaian dan
kekuasaan manusia tidak membawa buah yang diharapkan, sedarlah
isteri Imran bahawa hanya Allah tempat satu-satunya yang berkuasa
memenuhi keinginannya dan sanggup mengurniainya dengan
seorang anak yang didambakan walaupun rambutnya sudah beruban
dan usianya sudah lanjut.

Maka dia bertekad membulatkan harapannya hanya kepada Allah
bersujud siang dan malam dengan penuh khusyuk dan kerendahan
hati bernadzar dan berjanji kepada Allah bila permohonannya akan
dikabulkan, akan menyerahkan dan menghibahkan anaknya ke Baitul
Maqdis untuk menjadi pelayan, penjaga dan memelihara rumah suci
itu dan sesekali tidak akan mengambil manfaat dari anaknya untuk
kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya.

Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-sia.
Allah telah menerima permohonannya dan mempersembahkan
doanya sesuai dengan apa yang telah disuratkan dalam takdir-Nya
bahwa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar.
Maka tanda-tanda permulaan kehamilan yang dirasakan oleh setiap
perempuan yang mengandung tampak pada isteri Imran yang lama
kelamaan merasa gerakan janin di dalam perutnya yang makin
membesar.

Alangkah bahagia si isteri yang sedang hamil itu, bahawa idam-
idamannya itu akan menjadi kenyataan dan kesunyian rumah
tangganya akan terpecahlah bila bayi yang dikandungkan itu lahir.
Dia bersama suami mulai merancang apa yang akan diberikan
kepada bayi yang akan datang itu. Jika mereka sedang duduk
berduaan tidak ada yang diperbincangkan selain soal bayi yang akan
dilahirkan.

Suasana suram sedih yang selalu meliputi rumah tangga Imran
berbalik menjadi riang gembira, wajah sepasang suami isteri Imran
menjadi berseri-seri, tanda suka cita dan bahagia dan rasa putus asa
yang mencekam hati mereka berdua berbalik menjadi rasa penuh
harapan akan hari kemudian yang baik dan cemerlang.

Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi: " Manusia
merancang, Tuhan menentukan." Imran yang sangat dicintai dan
sayangi oleh isterinya dan diharapkan akan menerima putera
pertamanya serta mendampinginya dikala dia melahirkan anaknya,
tiba-tiba direnggut nyawanya oleh Izra'il dan dikembalikan kepada
Allah s.w.t serta meninggalkan isterinya seorang diri dalam keadaan
hamil tua, pada saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara
suami isteri menjadi makin mesra.

Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang disayangi bercampur
dengan rasa sakit dan letih yang didahului kelahiran si bayi, menimpa
isteri Imran di saat-saat dekatnya masa melahirkan. Maka setelah
segala persiapan untuk menyambut kedatangan bayi telah dilakukan
dengan sempurna lahirlah, dia dari kandungan ibunya yang malang
menghirup udara bebas. 

Agak kecewalah si ibu, janda Imran setelah mengetahui bahawa bayi
yang lahir itu adalah seorang puteri sedangkan dia menanti seorang
putera yang telah dijanjikan dan bernadzar untuk dihibahkan kepada
Baitulmaqdis. Dengan nada kecewa dan suara sedih berucaplah dia
seraya menghadapkan wajahnya ke atas:

" Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan
aku bernadzar akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak
menjadi pelayan dan pengurus Baitulmaqdis. Allah akan mendidik
puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan
Zakaria, iparnya dan bapa saudara Maryam sebagai pengawas dan
pemeliharanya."

Demikianlah maka tatkala Maryam diserahkan oleh ibunya kepada
pengurus Baitulmaqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin
ditunjuk sebagai wali yang bertanggungjawab atas pengawasan dan
pemeliharaan Maryam. Dan kerana tidak ada yang mahu mengalah,
maka terpaksalah diundi diantara mereka, yang akhirnya undian jatuh
kepada Zakaria sebagaimana dijanjikan oleh Allah kepada ibunya.

Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang
diwajibkan menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari
keramaian sekeliling dan dari jangkauan para pengunjung yang tiada
henti-hentinya berdatangan ingin melihat dan menjenguknya. Dia
ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar di atas loteng
Baitulmaqdis yang tinggi yang tidak dapat dicapai melainkan dengan
menggunakan sebuah tangga.

Zakaria merasa bangga dan bahagia beruntung memenangkan
undian memperolehi tugas mengawasi dan memelihara Maryam
secara sah adalah anak saudaranya sendiri. Dia mencurahkan cinta
dan kasih sayangnya sepenuhnya kepada Maryam untuk
menggantikan anak kandungnya yang tidak kunjung datang.

Tiap ada kesempatan dia datang menjenguknya, melihat keadaannya,
mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang
membawa ketenangan dan kegembiraan baginya. Tidak satu hari pun
Zakaria pernah meninggalkan tugasnya menjenguk Maryam.

Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai anak
saudara isterinya yang ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa
hormat dan takzim tatkala terjadi suatu peristiwa yang menandakan
bahawa Maryam bukanlah gadis biasa sebagaimana gadis-gadis
yang lain, tetapi dia adalah wanita pilihan Allah untuk suatu kedudukan
dan peranan besar di kemudian hari.

Pada suatu hari tatkala Zakaria datang seperti biasa, mengunjungi
Maryam, dia mendapatinya berada di mihrabnya sedang tenggelam
dalam ibadah berzikir dan bersujud kepada Allah. Dia terperanjat
ketika pandangan matanya menangkap hidangan makanan berupa
buah-buahan musim panas terletak di depan Maryam yang lagi
bersujud.

Dia lalu bertanya dalam hatinya, dari manakah gerangan buah-buahan
itu datang, padahal mereka masih lagi berada pada musim dingin dan
setahu Zakaria tidak seorang pun selain dari dirinya yang datang
mengunjungi Maryam. Maka ditegurlah Maryam tatkala setelah selesai
dia bersujud dan mengangkat kepala:

" Wahai Maryam, dari manakah engkau memperolehi rezeki ini,
padahal tidak seorang pun mengunjungimu dan tidak pula engkau
pernah meninggalkan mihrabmu ? Selain itu buah-buahan ini adalah
buah-buahan musim panas yang tidak dapat dibeli di pasar dalam
musim dingin ini."

Maryam menjawab: " Inilah peberian Allah kepadaku tanpa aku
berusaha atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan
takjub ? Bukankah Allah Yang Maha Berkuasa memberikan rezekinya
kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam bilangan yang tidak
ternilai besarnya ?"

Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai
mukjizat bagi Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan olehNya untuk
melahirkan seorang nabi besar yang bernama Isa Al masih a.s.

Kisah lahirnya Maryam dan pemeliharaan Zakaria kepadanya dapat
dibaca dalam Al Quran surah Ali Imran ayat 35 hingga 37 dan 42
hingga 44.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..

Monday, 18 August 2014

Proses Pembelajaran Gaya Penjajah Dan Tempatan...^^..

Proses Pembelajaran Gaya Penjajah Dan Tempatan...^^..

" BUDAYA PARA PENJAJAH YANG BERGUNA DAN BERMANFAAT
TIDAK PERNAH DI TERAPKAN UNTUK ANAK-ANAK BANGSA
MEREKA SENDIRI, TETAPI BUDAYA MENGHUKUM, MENGHAKIMI
DAN MELABEL MURID LEMAH DIGUNAKAN PARA PENDIDIK
TEMPATAN, MALAH TIDAK PULA  CUBA MEMBINA  MEREKA."


*** Ditulis oleh: Prof. Rhenald Kasali (Guru Besar FE UI)

Lima belas tahun lalu saya pernah mengajukan protes pada guru
sebuah sekolah tempat anak saya belajar di Amerika Serikat.
Masalahnya, karangan berbahasa Inggris yang ditulis anak saya
seadanya itu telah diberi nilai E (excellence) yang artinya sempurna,
hebat, bagus sekali.

Padahal dia baru saja tiba di Amerika dan baru mulai belajar bahasa.
Karangan yang dia tulis sehari sebelumnya itu pernah ditunjukkan
kepada saya dan saya mencemaskan kemampuan verbalnya yang
terbatas. Menurut saya tulisan itu buruk, logikanya sangat sederhana.
Saya memintanya memperbaiki kembali, sampai dia menyerah.

Rupanya karangan itulah yang diserahkan anak saya kepada gurunya
dan bukan diberi nilai buruk, malah dipuji. Ada apa ? Apa tidak salah
memberi nilai ? Bukankah pendidikan memerlukan kesungguhan ?
Kalau begini saja sudah diberi nilai tinggi, saya khawatir anak saya
cepat puas diri.

Sewaktu saya protes, ibu guru yang menerima saya hanya bertanya
singkat. “ Maaf Bapak dari mana ?” “ Dari Indonesia,” jawab saya.
Dia pun tersenyum.


*** BUDAYA MENGHUKUM

Pertemuan itu merupakan sebuah titik balik yang penting bagi hidup
saya. Itulah saat yang mengubah cara saya dalam mendidik dan
membangun masyarakat. “ Saya mengerti,” jawab ibu guru yang
wajahnya mulai berkerut, namun tetap simpatik itu.

“ Beberapa kali saya bertemu ayah-ibu dari Indonesia yang anak-
anaknya dididik di sini,” lanjutnya. “ Di negeri Anda, guru sangat sulit
memberi nilai. Filosofi kami menDidik di sini bukan untuk menghukum,
melainkan untuk merangsang orang agar maju. Encouragement ! ”

Dia pun melanjutkan argumentasinya. “ Saya sudah 20 tahun
mengajar. Setiap anak berbeda-beda. Namun untuk anak sebesar itu,
baru tiba dari negara yang bahasa ibunya bukan bahasa Inggris, saya
dapat menjamin, ini adalah karya yang hebat,” ujarnya menunjuk
karangan berbahasa Inggris yang dibuat anak saya.

Dari diskusi itu saya mendapat pelajaran berharga. Kita tidak dapat
mengukur prestasi orang lain menurut ukuran kita. Saya teringat
betapa mudahnya saya menyelesaikan study saya yang bergelimang
nilai “ A”, dari program master hingga doktor.

Sementara di Indonesia, saya harus menyelesaikan studi jungkir
balik ditengarai ancaman drop out dan para penguji yang siap
menerkam. Saat ujian program doktor saya pun dapat melewatinya
dengan mudah. Pertanyaan mereka memang sangat serius dan
membuat saya harus benar-benar siap. Namun suasana ujian dibuat
sangat bersahabat.

Seorang penguji bertanya dan penguji yang lain tidak ikut menekan,
melainkan ikut membantu memberikan jalan begitu mereka tahu
jawabannya. Mereka menunjukkan grafik-grafik yang saya buat dan
menerangkan seterang-terangnya sehingga kami makin mengerti.
Ujian penuh puja-puji, menanyakan ihwal masa depan dan
mendiskusikan kekurangan penuh keterbukaan.

Pada saat kembali ke Tanah Air, banyak hal sebaliknya sering saya
saksikan. Para pengajar bukan saling menolong, malah ikut “menelan”
mahasiswanya yang duduk di bangku ujian.

Etika seseorang penguji atau promotor membela atau meluruskan
pertanyaan, penguji marah-marah, tersinggung, dan menyebarkan
berita tidak sedap seakan-akan kebaikan itu ada udang di balik
batunya. Saya sempat mengalami frustrasi yang luar biasa
menyaksikan bagaimana para dosen menguji, yang maaf, menurut
hemat saya sangat tidak manusiawi. Mereka bukan melakukan
encouragement, melainkan discouragement. Hasilnya pun bisa
diduga, kelulusan rendah dan yang diluluskan pun kualitasnya
tidak hebat-hebat betul.

Orang yang tertekan ternyata belakangan saya temukan juga menguji
dengan cara menekan. Ada semacam balas dendam dan kecurigaan.
Saya ingat betul bagaimana guru-guru di Amerika memajukan anak
didiknya. Saya berpikir pantaslah anak-anak di sana mampu menjadi
penulis karya-karya ilmiah yang hebat, bahkan penerima Hadiah
Nobel. Bukan karena mereka punya guru yang pintar secara
akademis, melainkan karakternya sangat kuat: karakter yang
membangun, bukan merusak.

Kembali ke pengalaman anak saya di atas, ibu guru mengingatkan
saya. “Janganlah kita mengukur kualitas anak-anak kita dengan
kemampuan kita yang sudah jauh di depan,” ujarnya dengan penuh
kesungguhan. Saya juga teringat dengan rapor anak-anak di Amerika
yang ditulis dalam bentuk verbal. Anak-anak Indonesia yang baru
tiba umumnya mengalami kesulitan, namun rapornya tidak diberi nilai
merah, melainkan diberi kalimat yang mendorongnya untuk bekerja
lebih keras, seperti berikut. “ Sarah telah memulainya dengan berat,
dia mencobanya dengan sungguh-sungguh. Namun Sarah telah
menunjukkan kemajuan yang berarti.”

Malam itu saya mendatangi anak saya yang tengah tertidur dan
mengecup keningnya. Saya ingin memeluknya di tengah-tengah
rasa salah telah memberi penilaian yang tidak objektif.
Dia pernah protes saat menerima nilai E yang berarti excellent
(sempurna), tetapi saya mengatakan “ Gurunya salah”. Kini
saya melihatnya dengan kacamata yang berbeda.


*** MELAHIRKAN KEHEBATAN

Bisakah kita mencetak orang- orang hebat dengan cara menciptakan
hambatan dan rasa takut ? Bukan tidak mustahil kita adalah generasi
yang dibentuk oleh sejuta ancaman: gesper, rotan, pemukul, tangan
bercincin batu akik, kapur, dan penghapus yang dilontarkan dengan
keras oleh guru, sundutan rokok, dan seterusnya. Kita dibesarkan
dengan seribu satu kata-kata ancaman: Awas…; Kalau…; Nanti…;
dan tentu saja tulisan berwarna merah menyala di atas kertas ujian
dan rapor atau buku laporan di sekolah.

Sekolah yang membuat kita tidak nyaman mungkin telah membuat
kita menjadi lebih disiplin. Namun di lain pihak dia juga bisa
mematikan inisiatif dan mengendurkan semangat. Temuan-temuan
baru dalam ilmu otak ternyata menunjukkan otak manusia tidak statis,
melainkan dapat mengerucut (mengecil) atau sebaliknya, dapat
tumbuh. Semua itu sangat tergantung dari ancaman atau dukungan
(dorongan) yang didapat dari orang-orang di sekitarnya. Dengan
demikian kecerdasan manusia dapat tumbuh, sebaliknya dapat
menurun. Seperti yang sering saya katakan, ada orang pintar dan
ada orang yang kurang pintar atau bodoh.

Tetapi juga ada orang yang tambah pintar dan ada orang yang tambah
bodoh. Mari kita renungkan dan mulailah mendorong kemajuan, bukan
menaburkan ancaman atau ketakutan. Bantulah orang lain untuk maju,
bukan dengan menghina atau memberi ancaman yang menakut-
nakuti. Bawalah manfaat bagi anak-anak kita dan generasi bangsa
lainnya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..