Harga Air Tangan Orang Tidak Menunaikan Solat...^^..
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir.
Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan
pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
" Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil
dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun
untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar
benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau
sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang
baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan
Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air
kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk
pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati,
menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai
dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air
kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air
tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu
atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat
kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan
menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak.
Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan
orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan ?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh
tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak
solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab
tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita
makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-
kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada
Saidina Ali (dan untuk umat Islam), " As solah as Solah wa amalakat
aimanukum". Maksudnya, " Solat, solat jangan sekali kamu abaikan
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..."
### Jangan Pernah meninggalkan Solat, tidak kira Sihat atau Sakit,
Allah juga tidak pernah memBebankan hambaNya. Kalau Sakit, ada
cara Solatnya, ada Solat sambil Duduk, sambil Berbaring dan Solat
dalam keadaan berPerang pun ada... Kalau terTunda atau terLupa,
pasti Qadakan semula solat yang telah Luput. Solat itu tanda Syukur
kita kepada tuhan orang Muslim (Allah s.w.t.) ###
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2014/Zulkaedah...^^..
No comments:
Post a Comment