Friday, 14 February 2014

Balasan Meninggalkan Solat...^^..

Balasan Meninggalkan Solat...^^..

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk
ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat
pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,  " Wahai orang
muda kenapa kamu menangis ?"

Maka berkata orang muda itu, " Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya
telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang
yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan
Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. mengikuti orang muda itu untuk melihat
masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.s. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa
menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu
kepada Rasulullah S.A.W, " Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat
ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah
orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian
mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu
Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat
tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah
S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, " Wahai orang muda,
apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia
dulu ?"

Berkata orang muda itu, " Sebenarnya ayahku ini tidak mahu
mengerjakan solat."  Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,
" Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang
meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan
oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia
dan sewaktu mereka menyembahyangnya tiba-tiba kain kafan itu
bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka
melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut
serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka
cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, " Laa ilaaha illallahu Muhammadur Rasulullah,
mengapakah kamu semua hendak membunuh aku ? Aku tidak
berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, " Apakah kesalahan yang telah
dilakukan oleh mayat ini ?" Berkata ular, " Dia telah melakukan
tiga kesalahan, di antaranya : "

1@ Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk
Sembahyang berJamaah. 2@ Dia tidak mahu keluarkan Zakat
hartanya. dan 3@ Dia tidak mahu menDengar Nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Berpisahnya Roh Dari Jasad...^^..

Berpisahnya Roh Dari Jasad...^^..

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, " Aku sedang
duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang
dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun
kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku
di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda,
" Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul
Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan
kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapati 19 rambut
yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata,
" Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku
sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya."
Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada
wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, " Apakah
sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin ?"
Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W
bertanya, " Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat ?"
Kataku, " Tunjukkan wahai Rasulullah !"

Rasulullah S.A.W berkata, " Engkaulah katakan !," Jawab Aisyah r.a :
" Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat
dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati
di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, " Aduhai ayah, aduhai
ibu ! Ayahnya pula mengatakan: " Aduhai anak !"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: " Itu juga termasuk hebat. Maka,
manakah lagi yang lebih hebat daripada itu ?" Jawab Aisyah r.a :
" Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan
ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat
semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para
kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah
berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W
bertanya lagi, " Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu ?" Jawab
Aisyah, " Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : " Wahai Aisyah, sesungguhnya
sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan
masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin
di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian
pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama
melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu
rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang
dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan
manusia yang tidak mendengar.

Maka berkata roh, " Wahai orang yang memandikan, aku minta
kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-
lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."
Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, " Wahai orang
yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air
dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk
kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka
memandikan, maka berkata roh: " Demi Allah, wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan
serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil,
" Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan
dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-
anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku
pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan
aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,
" Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku
menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku
telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya
pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan
segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-
lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi
mayat, " Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan
aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum
keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan
mereka sehingga hari kiamat."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Cara Mengatasi Gejala Sihir...^^..

Cara Mengatasi Gejala Sihir...^^..

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir.
Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering
dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau
kemasukan syaitan. Apabila telah disahkan seseorang itu terkena
sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam
konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya.
Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat
beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.

Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal
dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu
kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan
Al-Mu’awwizat, atau tiga Kul iaitu surah( Al Ikhlas, Al Falaq dan
An Nas) dengan beramal(berzikir dengan surah-surah tersebut)
bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia
menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat
tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi
Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir
itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah
Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255,
256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut.
Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa
Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Saka( Keturunan)

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang
sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia
itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia
datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari
oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita
tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk
mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang
yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh
tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau
bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang
lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka
dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama
mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil bekas berisi air atau segelas air lalu
bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia
dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh dan solat-solat
lain.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 ) +++( Al Ikhlas, Al Falaq dan
An Nas)
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )(Ayat Kursi) 3* Kali Bacaan
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air
yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an, ia akan menjadi darah daging
kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah
dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah,
Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan
kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat
merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas)
terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya
jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu
petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu
itu. Itulah kemujarabannya...^^..

Surah Al Fatihah, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas dan Ayat Kursi,
Kalau tidak membebani, pesakit wajib membacakan pada setiap
saat, tiap-tiap Surah di atas dan lebih baik lagi kalau memahami
setiap ayat-ayat yang kita baca.

Ayat Kursi Rumi Version...^^..

" Bismillaahir Rahmaanir Raheem"
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[ Surah Al Baqarah Ayat 255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)

Allahu laaa ilaaha illaa huwal haiyul qai yoom; laa taakhuzuhoo sinatunw
wa laa nawm; lahoo maa fissamaawaati wa maa fil ard; man zallazee
yashfa'u indahooo illaa be iznih; ya'lamu maa baina zideehim wa maa
khalfahum; wa laa yuheetoona beshai 'im min 'ilmihee illa be maa
shaaaa; wasi'a kursiyyuhus samaa waati wal arda wa la ya'ooduho
hifzuhumaa; wa huwal aliyyul 'azeem.

[ Surah Al Baqarah Ayat 255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap
hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi
syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang
mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada
di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu
pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan
kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan
Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya).

[ Surah Al Baqarah Ayat 255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Jangan MeMinta Mati Awal...^^..

Jangan MeMinta Mati Awal...^^..

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “ Janganlah ada diantara
kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang
baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan
sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat
bertaubat kepada Allah.” Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Huraian: » Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita
dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan
menderita. » Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai
banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai
bekalan di akhirat nanti. » Islam tidak membenarkan umatnya
bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya
bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi
kemajuan ummah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Seorang Kristian Masuk Islam Berkat Memuliakan Asyura...^^..

Seorang Kristian Masuk Islam Berkat Memuliakan Asyura...^^..

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang
kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang
miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, " Wahai
tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan
keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta
pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya
berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."
Qadhi menjawab, " Datanglah selepas waktu zohor !"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi
memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati
janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang
Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali
keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka
beredarlah si miskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang
kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang
Kristian itu si miskin minta sedekah, " Tuan, demi keagungan dan
kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga
saya."

Si Kristian bertanya, " Hari apakah hari ini ?" " Hari ini hari Asyura",
kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari
Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar
cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi
sedekah. Berkata si Kristian, " Katakan apa hajatmu padaku !"

Berkata si peminta sedekah, " Saya memerlukan sepuluh keping roti,
lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia
memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya.
Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya.

Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.
" Angkat kepalamu !" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia
mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua
buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-
bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut
yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, " Ya Tuhan, untuk
siapa bangunan yang sangat cantik ini ?"

Terdengar jawapan, " Semua bangunan ini adalah untuk kamu
andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah
itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian
yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada
si Kristian, " Amal apakah gerangan yang kau buat semalam
hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik ?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya
bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang
memerlukannya pada hari Asyura' itu.

Kata Qadhi, " Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus
ribu dirham." Kata si Kristian, " Ketahuilah wahai Qadhi,
sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat
diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."

Kata Qadhi, " Mengapa anda begitu dermawan, sedangkan anda
bukan seorang Islam ?" Ketika itu juga orang Kristian itu
membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah
syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh
Nabi Muhammad S.A.W.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Tuntutlah Ilmu ALLAH...^^..

Tuntutlah Ilmu ALLAH...^^..

Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan
membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman hidup.
Setiap apa yang dilakukan olehnya akan dinilai dahulu adakah
pekerjaan ini baik dan mendatangkan manfaat kepadanya. Jika
baik, maka teruskan membuatnya. Jika tidak, maka harus
tinggalkannya.

Setiap inovasi yang dibuat olehnya adalah bertujuan mendatangkan
manfaat kepada seluruh umat manusia dan Islam. Tetapi bukan
inovasi yang direka olehnya untuk menjahanamkan manusia. Ini
semua berlaku apabila ia faham tentang Islam, jikalau tidak ia
akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam
seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cetak rompak dan
sebagainya. Contoh apabila seseorang itu memiliki ilmu agama dan
akademik menjalankan tugas sebagai pegawai bank. Beliau tidak
akan melakukan pecah amanah, kerana fikirannya akan ingat
Allah marah, perbuatan tersebut dosa, haram dan dimasukkan
ke dalam neraka Allah yang sangat pedih azabnya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Wednesday, 12 February 2014

Bangunan Yang Tidak Rosak Dan Pemilik Yang Tidak Boleh Mati...^^..

Bangunan Yang Tidak Rosak Dan Pemilik Yang Tidak Boleh Mati...^^..

Di riwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan
segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu
mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu.
Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap
pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya.
Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota
itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja,
mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

" Apa lagi cacat dan cela kota ini ?" tanya raja. " Kota itu akan
rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja,
" Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan
mati?" " Ada, bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan
pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.

" Segera katakan apakah itu." Desak raja. " Syurga dan Allah
pemiliknya," jawabnya tegas. Mendengar cerita tentang Syurga dan
segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya.
Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan Neraka dan
azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan.
Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun
ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya
dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..