Monday, 13 October 2014

Kerna CintaMu MembawaKu ke Syurga...^^..

Kerna CintaMu MembawaKu ke Syurga...^^..

Al Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq bin Ibrahim dari
Raja’ bin Amr an-Nakha’I, dia berkata " Adalah di Kufah, terdapat
seorang pemuda tampan. Dia kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu
saat dia pergi berkunjung ke kampung dari Bani An Nakha. Dia
melihat seorang wanita cantik dari kalangan mereka sehingga dia
jatuh cinta dan demam rindu. Dan ternyata si wanita cantik jelita
ini pun begitu juga padanya.

Karena sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu mengutus seseorang
untuk melamarnya kepada ayahnya. Tetapi si ayah mengkhabarkan
bahawa putrinya telah di jodohkan dengan sepupunya. Walaupun
demikian, cinta keduanya tidak pernah padam bahkan semakin
berkobar-kobar. Si wanita ini akhirnya mengirim surat kepada
pemuda itu.

Surat itu berbunyi :

“ Aku telah tahu betapa besarnya cintamu kepada ku, dan betapa
besar pula aku diUji dengan kamu. Bila kamu setuju, aku akan
mengunjungimu atau aku akan mempermudahkan jalan bagimu untuk
datang menemuiku dirumahku.”

Dijawab oleh pemuda yang rajin beribadah tadi melalui orang
suruhannya :

“ Aku tidak setuju dengan dua alternatif mu itu : Kerana Allah
Subhanahu wa ta’ala berfirman :

“ Sesungguhnya aku takut jika mendurhakai Tuhanku kepada siksa
hari yang besar (kiamat)”. Ayat Al Qur’an Surat Yunus ayat 15."

" Aku takut kepada api yang tidak pernah mengecil nyalanya dan
tidak pernah padam kobarannya.”

Ketika disampaikan balasan pesan tadi dari pemuda itu kepada
si wanita, wanita itu berkata :

“ Walau demikian, rupanya dia masih takut kepada Allah ?
Demi Allah, tidak ada seseorang yang lebih berhak untuk bertakwa
kepada Allah dari orang lain. Semua hamba sama–sama berhak untuk
itu.”

Kemudian wanita itu meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan
perbuatan–perbuatan buruknya serta mulai beribadah mendekatkan
diri kepada Allah. Akan tetapi dia masih menyimpan perasaan cinta
dan rindu pada sang pemuda tersebut.

Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan perasaan rindu yang membara,
sampai akhirnya dia meninggal dunia. Dan si pemuda itu sering kali
menziarahi kuburan wanita itu, dia menangis dan mendoakannya.

Suatu waktu pemuda itu tertidur diatas kubur wanita itu. Dia
bermimpi berjumpa dengan kekasihnya dengan penampilan yang sangat
baik. Dalam mimpi dia sempat bertanya kepada wanita itu :

“ Bagaimana keadaan mu ? Dan apa yang kau dapatkan setelah
meninggal ?”

Wanita itu menjawab : “ Sebaik–baik Cinta, wahai orang yang
bertanya adalah cintaMu. Sebuah cinta yang dapat menggiring menuju
keBaikan.”

Pemuda itu bertanya : “ Jika demikian, kemanakah kau mahu menuju ?”

Wanita itu menjawab : “ Aku sekarang menuju pada kenikmatan dan
kehidupan yang tidak ada akhirnya. Di Syurga kekekalan yang dapat
ku miliki dan tidak akan pernah rosak.”

Pemuda itu berkata : “ Aku berharap kau selalu ingat kepadaku
disana, sebab aku disini juga tidak akan melupakanmu.”

Wanita itu menjawab : “ Demi Allah, aku juga tidak akan melupakanmu.
Dan aku meminta kepada Tuhanku dan Tuhanmu agar kita nanti bisa
dikumpulkan (diSyurga). Maka bantulah aku dalam hal ini dengan
kesungguhanmu dalam beribadah.”

Si pemuda itu bertanya : “ Kapan bila aku bisa melihatmu ?”

Jawab si wanita itu : “ Tidak lama lagi, engkau akan datang
melihatku.”

Tujuh hari setelah mimpi itu berlalu, si pemuda dipanggil oleh
Allah Subhanahu wa ta’ala menuju kehadiratNya, meninggal dunia.
Bersatulah sepasang Kekasih di Syurga...

*** Jadikanlah penghalang antara cintaMu dan cintaNya , ketakwaan
kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Demikian juga Takdir, letakkan
segala Urusan di tangan Allah. Kalau berkesudahan baik untuk kita,
Allah tentu bagi, tetapi jika keputusan dan kesudahannya membawa
kepada keBurukan dan menjurus kepada keSesatan dan kemudharatan
buat diri kita. Tentunya Allah tidak akan Beri. Sebagai jaminan
dari Allah buat hambaNya yang mahu berada dalam PetunjukNya. ***

+++ Amalkanlah Solat Tahajjud, Solat Witir dan Solat Syukur selepas
selesai mengerjakan Solat Isyak. 2 rakaat Tahajjud, 1 rakaat Witir
dan 2 rakaat Syukur. 5 rakaat jerrr. Kalo boleh jadikan ia amalan
Wajib. Begitu juga Solat Dhuha. Sebagai syarat usaha Keras kita.+++

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2014/Zlhijjah 1435...^^..

No comments:

Post a Comment