Yang Penting Mencari Keredhaan Allah, Masuk Neraka dengan keredhaan Allah itu lebih baik daripada masuk Syurga dengan keredhaan Manusia, kesayanganmu...Jika Dia(Allah) telah menerima Amalanmu sedangkan seluruh Makhluk berPaling daripadamu. Itulah yang Penting, Bersih dan Suci, kerana kita menyatakan keHambaan kita kepada Tuhan kita. Kita ini Terlalu banyak Dosa terlihat mahupun terLindung, tanpa kita Sedari...^^.. BerHaraP Ahli KeluargaKu DaPat Masuk SyurGa SeMuaNYa, LeBih Aku Sukai...^^..
Saturday, 4 May 2013
Kebolehan Tafsir Mimpi Raja Mesir Bukti Kerasulan Nabi Yusuf...^^..
Kebolehan Tafsir Mimpi Raja Mesir Bukti Kerasulan Nabi Yusuf...^^..
Nabi Yusuf dilahirkan di Palestin tetapi menetap di Mesir.
Nabi Yusuf daripada keturunan Yaakob bin Ishak bin Ibrahim Alaihimussalam. Allah memuliakan keturunan
nya, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Nabi Yusuf adalah seorang nabi, anak seorang nabi, cucu seorang nabi dan ayah datuknya adalah khalilullah iaitu kekasih Allah." (Hadis riwayat Muslim)
Dakwah rasul dan nabi Allah bukan kisah dongeng untuk mendodoikan si kecil, tetapi kisah benar diceritakan Allah kepada Nabi Muhammad SAW supaya menjadi pedoman sehingga hari kiamat.
Nabi Yusuf dipercayai dijual kepada menteri Mesir bernama Al-Aziz. Firman Allah yang bermaksud: "Dan selepas berlaku perundingan harga, mereka menjualnya dengan murah, iaitu beberapa dirham saja jumlahnya dan mereka adalah orang yang tidak menghargainya." (Surah Yusuf, ayat 20)
Sepanjang hayat, Nabi Yusuf diduga bukan saja dengan cabaran, malah pujukan. Namun keimanan Baginda tidak hancur ditentang dan tidak luluh digoda. Ketika tinggal di istana, Baginda pernah digoda oleh Zulaikha, isteri Aziz.
Nabi Yusuf seorang pemuda yang tampan sehingga Zulaikha terpaut hati lalu menggoda Baginda supaya memenuhi keinginannya. Bagi melindungi keterlanjurannya, Zulaikha memenjarakan Yusuf. Meskipun tidak bersalah, Nabi Yusuf menerima hukuman penjara asalkan keimanannya terpelihara.
Nabi Yusuf dilantik menjadi rasul ketika dipenjarakan dan kerana peribadinya yang mulia, dakwah Baginda diterima oleh penghuni penjara. Nabi Yusuf akhirnya dibebaskan selepas Raja Mesir kagum dengan keperibadian Baginda yang terpuji dan kebolehan mentafsir mimpi. Baginda dilantik sebagai menteri perbendaharaan negara termasuk hal-ehwal penghasilan dan pembahagian makanan.
Mentafsir mimpi adalah mukjizat menunjukkan kebenaran Nabi Yusuf dan disempurnakan nikmatnya kepada Baginda. Raja Mesir bermimpi melihat tujuh lembu gemuk dimakan tujuh lembu kurus dan tujuh tangkai gandum yang hijau serta tujuh tangkai lagi kering.
Bijak pandai istana gagal mentafsir mimpi itu, sebaliknya Nabi Yusuf menerangkan Mesir akan menghadapi tujuh tahun yang subur diikuti tujuh tahun kemarau. Ini mengaitkan Baginda dengan wilayah pertanian pertama di dunia yang masyhur dari segi sejarah dan arkeologi, Al-Faiyum.
Al-Faiyum diasaskan Nabi Yusuf, manakala pertanian adalah strategi Baginda untuk menyelamatkan penduduk daripada kebuluran akibat kemarau tujuh tahun.
Pengurusan Baginda yang berteraskan perancangan, perbelanjaan berhemah dan tabungan memakmurkan Mesir meskipun ketika waktu sukar. Kebijaksanaan Baginda menyelamatkan rakyat Mesir daripada ancaman kebuluran akibat kemarau tujuh tahun.
Norshahuddin Edited...^^..
Mei 2013...^^..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment