Tuesday, 19 November 2013

Kasih Sayang Allah S.W.T...^^..

Kasih Sayang Allah S.W.T...^^..

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu
membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal
itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya. Dalam riwayat itu
dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari
kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, " Tuhanku, apakah
kebahagiaanku di sisi-Mu?"

" Neraka," jawab Allah. " Tuhan, lalu di mana balasan dari
kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan. " Bagaimana boleh.
Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-
sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap
kasih sayang-Ku," jawab Allah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Kaum Teramai Di Neraka...^^..

Kaum Teramai Di Neraka...^^..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah, Banyak hadis Nabi SAW yang menceritakan
keadaan di neraka terdapat ramai kaum wanita di neraka dan wanita
mendapat berbagai-bagai seksaan disebabkan dosa-dosa besar yang
mereka lakukan ketika di dunia.
 
Bagi wanita yang menjadi isteri hanya empat syarat untuk mereka
ke syurga. Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda
yang bermaksud: “ Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima
waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada
suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang
dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
 
Wanita tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar
mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya. Daripada Aishah
r.a. katanya, aku berkata, “ Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa
jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita
tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “ Bagi kamu semua
(kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan
mendapatkan haji mabrur."
 
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ” Jihad orang yang tua, lemah dan
wanita ialah menunaikan haji” (Hadis Riwayat an-Nasa’i). Dari Abdullah
bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
“ Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar
iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih
ramai menjadi penghuni Neraka.”
 
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “ Wahai
Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni
Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “ Kamu banyak mengutuk dan
mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan
agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."
 
Wanita itu bertanya lagi: “ Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan
akal dan agama itu? “ Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “ Maksud
kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan
penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal.
Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang
dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka
inilah yang dikatakan kekurangan agama”
 
Dalam hadis yang lain dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar
Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Tiga golongan dari umatku akan
mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
1@ Orang yang gemuk tapi kurus, 2@ Orang yang berpakaian tetapi
telanjang, dan 3@ Orang yang alim tapi jahil"
 
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa 3 golongan
manusia yang akan meneriama seksaan di Neraka Jahanam selama 7 kali
umur dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta
tahun umur dunia ini daripada mula-mula penciptaan-Nya hingga ke
berlaku hari kiamat .
 
Huraian untuk 3 golongan tersebut adalah seperti berikut. Pertama, orang
yang gemuk tapi kurus ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi
kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat? Ramai wanita
yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang
ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita
yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya
dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila 
balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu
yang wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesibukkan
dalam majlis kenduri-kendara.
 
Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang ditingalkan semasa haid atau
nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib
dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat
tentang fidyah yang wajib ditunaikan.
 
Sebahagian pula wanita yang berkemampuan masih menangguh-nangguhkan
kewajipan menunaikan fardu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti
untuk melancong .
 
Kedua, orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup
pakaiannya tetapi tidak taat agama. Ditafsirkan juga wanita yang sudah
lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita
yang sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang
atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan
perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian
(bertelanjang).
 
Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa wanita berpakaian
seksi tidak mencium bau syurga .Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“ Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya:
Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk
memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang
dan berlenggang lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak pundak unta.
Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal
sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.
” (Hadis Riwayat Muslim)
 
Syarat-syarat pakaian menutup aurat bagi wanita, pada dasarnya seluruh
bahan, model dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-
syarat berikut, 1@ Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak
tangan, 2@ Tidak tipis dan tidak jarang, 3@ Longgar dan tidak
memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidak ketat), 4@ Bukan
pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki, 5@ Tidak berwarna-warni
dan bermotif terlalu menjolok mata. Sebab pakaian yang menjolok mata 
akan mengundang perhatian laki-laki.
 
Ketiga, orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang
haram kerana kepentingan peribadi. Syarat untuk layak disebut sebagai
ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih
sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak
disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.
 
Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal. Antaranya,
mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk
kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu-
individu tertentu atau kelompok-kelompok tertentu atau untuk menagih
sesuatu habuan dari sesiapa.
 
Selain itu, takut pada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup
dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan
memperjuangkan kebenaran ilmu tersebut agak manusia benar-benar
menerimanya sebagai panduan kehidupan.
 
Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan yang diharamkan Allah
SWT atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah SWT atau membisu
sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya
maka ulama seperti ini amat dibenci oleh Allah SWT inilah yang dikatakan
'orang alim tetapi jahil'.
 
Marilah kita menginsafkan diri kita dan janganlah melakukan sesuatu yang
mendatangkan dosa kepada Allah SWT. Berbuatlah amal soleh sebanyak-
banyaknya semoga kita menjadi orang mukmin yang sentiasa diredai dan
dirahmati oleh Allah SWT. Kita diberikan pilihan oleh Allah SWT untuk
memilih jalan yang lurus atau jalan yang bengkuk. Jalan yang lurus adalah
jalan ke syurga sedangkan jalan yang bengkuk adalah jalan menuju neraka.
Orang yang cerdik pasti memilih jalan ke syurga.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasullullah S.A.W...^^..

Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasullullah S.A.W...^^..

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, " Malaikat Jibril, Mikail,
Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S.:
" Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu
tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat
menyambar."

Berkata pula Mikail A.S.: " Mereka yang berselawat ke atas kamu
akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." Berkata pula Israfil
A.S.: " Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah
S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T
mengampuni orang itu." Malaikat Izrail A.S pula berkata: " Bagi
mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu
dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat
memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat
ke atas Rasulullah S.A.W. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami
harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat
ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita
menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Monday, 18 November 2013

Kisah Tempat Tinggal Ruh...^^..

Kisah Tempat Tinggal Ruh...^^..

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia
keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a: " Ruh itu menuju ke
tujuh tempat":-

1@ Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2@ Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3@ Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4@ Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung di syurga
sekehendak mereka.
5@ Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak
di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6@ Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari
minyak misik.
7@ Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
disiksa berserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa: " Tiga kelompok manusia
yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka
keluar dari kuburnya ialah" :-

1@ Orang-orang yang mati syahid.
2@ Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3@ Orang yang puasa hari Arafah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Mayat Bangun Dari Kubur...^^..

Mayat Bangun Dari Kubur...^^..

Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas
izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati
atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada
hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.

Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat
menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya.
" Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang
ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat
terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya,
Nabi Isa lalu berkata: " Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya.

" Cuba hidupkan Nabi Sam dan Nabi Nuh," kata mereka. Kemudian Nabi Isa
pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya,
Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas
kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal itu bangkit
kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.

Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, " Mengapa rambutmu
sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar
panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. " Berapa lama kau
sudah meninggal?" tanya Isa. " Empat ribu tahun, tetapi sampai
sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya. Melihat mukjizat
Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Suara Syaitan Yang Menggoda Keteguhan Iman...^^..

Suara Syaitan Yang Menggoda Keteguhan Iman...^^..

Sheikh Abdul Qadir Jailani adalah seorang alim ulama dan ahli sufi
yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat
Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak
pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu
hari, Sheikh Abdul Qadir Jailani berjalan merantau seorang diri.
Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa
kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang
di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan
di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa: " Hai Abdul
Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan
kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan. Dan telah
kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib
yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan
imannya. Maka marahlah ia dan berkata : " Hai mal'un beredarlah
engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan
dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah
sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang
diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba
kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku."
Ujarnya tegas.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Friday, 15 November 2013

Imam al-Buwaiti...^^..

Imam al-Buwaiti...^^..

Pemimpin para fuqaha, sahabat Imam al-Syafie yang mendampinginya dalam
masa yang agak lama sehingga mendampingi rakan-rakan yang lain.
Al-Buwaiti merupakan seorang imam dalam ilmu, seorang yang zuhud,
rabbani dan banyak bertahajud serta melazimi zikrullah.

Imam Syafie memujinya dengan berkata, " Tidak ada seorang pun dari
sahabat-sahabatku yang lebih banyak ilmunya daripada al-Buwaiti. Beliau
pernah diseksa kerana menolak pendapat yang mengatakan bahawa
al-Qur'an itu adalah makhluk. Beliau sabar menghadapi ujian tersebut
sehingga menemui ajal di dalam penjara. Semoga Allah SWT merahmatinya
dengan rahmat yang luas. Amin."

Imam al-Rabi' bin Sulaiman berkata, " Aku lihat dia (Buwaiti) dinaikkan
di atas seekor kuda dengan leher dan kaki diikat, yang diberi beban
batu seberat 40 rithil." Al-Buwaiti meninggal dunia di penjara Iraq
pada tahun 231 H.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..