Showing posts with label Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^... Show all posts
Showing posts with label Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^... Show all posts

Monday, 30 December 2013

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^..

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^..

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui
sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau
suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya
mengandungi kata-kata, " Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini,
agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang
celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau
makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah
longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi
curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun
balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada
orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus
melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu
meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut
setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana
datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka,
nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis,
" Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu,
kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu.
Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya
dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan,
tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan
suara keluhan itu kedengaran lagi, " Ya Allah, Tuhan Yang Maha Belas
Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain
seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat
ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku,
wahai untung nasibku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah
pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas
dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang
itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus
membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas
lalu dibacanya, " Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan
demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas'
namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh
tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan
bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian.
Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan
itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang
hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan
berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas
bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa.
Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu.
Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya
Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa.
Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia
insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka
berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari
rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun
berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak
lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam
tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang
yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan
bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan. Dia tidak lagi menunggu
dengan hanya menadah tangan berdoa semata-mata. Dia melakukan
apa-apa sahaja pekerjaan yang mampu dilakukannya. Begitulah cara
yang betul dan dikehendaki oleh Allah. Daripada pekerjaan itu,
barulah beroleh rezeki pemberian Allah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Saturday, 21 December 2013

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^..

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^.. Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, " Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik." Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus." Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, " Ya Allah, Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya. Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, " Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya." Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan. Dia tidak lagi menunggu dengan hanya menadah tangan berdoa semata-mata. Dia melakukan apa-apa sahaja pekerjaan yang mampu dilakukannya. Begitulah cara yang betul dan dikehendaki oleh Allah. Daripada pekerjaan itu, barulah beroleh rezeki pemberian Allah. tuliskanakuhadith.blogspot.com Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..