Thursday, 5 March 2015

Cinta Remaja, Zaman Serba Baru...^^..

Cinta Remaja, Zaman Serba Baru...^^..

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum
di kafe. Adakah itu menghampiri zina ? Ya, perbuatan itu boleh
menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat
mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan
memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya
sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam
dan Hawa. Iblis amat licik.

Rasulullah telah berpesan bahawa seseorang itu tidak akan
bersendirian dengan seorang wanita kecuali dengan kehadiran
pihak yang ketiga iaitu syaitan, (Tabrani). Kita lemah
menghadapi tipu daya iblis.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi
semangat dan motivasi. Tak adakah kaum sejenis yang boleh
dijadikan rakan belajar ? Habis sudahkah kaum sejenis yang
boleh memberikan motivasi ? Jangan hina kaum sejenis kita.

Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum
sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat
dan rahmat pula.

Kalau begitu cinta remaja semua menghampiri zina ??? Ya, kalau
lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik,
kemudian perasaan dilayan, kemudian teringat, rindu, kemudian
diatur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian
mencari tempat sunyi sedikit.

Kemudian berbual panjang sampai gelap malam. Hubungan semakin
akrab dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi
macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka
semakin hampir dengan zina ??

Berapa ramai mereka yang bercinta telah sampai kepada daerah
penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada
seekor nyamuk sekalipun !

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?? Ya,
masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa
ada walaupun jumlah mereka sedikit. Mereka akan bertemu suatu
hari nanti. Mereka ada pasangannya.

" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk
lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-
perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-
lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka
(yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang
dikatakan oleh orang-orang (yang jahat), mereka (yang baik)
itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang
mulia." (Surah An Nur: 26)

Firman ALLAH: " Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara
kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)...
Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan
pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)

" Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin
melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan
musyrik, dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak
ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina
atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu haram
terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An Nur: 2)

Adakah orang yang bercinta hilang maruah ?? Ya, orang yang
bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka
menghampiri zina. Manakala orang yang pernah berzina tidak
layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai berkahwin
dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu satu
penghinaan dari Tuhan.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan
lelaki ?(Tidak mengikut syariat) Tentu, Mana ade orang lelaki
yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang
yang baru masih ada.

Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang
di letakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada yang boleh test
drive.

Ada pula yang kata; " Sekadar sepinggan mee goreng dan segelas
sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah
hakikatnye." Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang
angkat boleh ke ??

Ganti bercinta, semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.

Hakikatnye adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya
nampak berlainan tapi isinya sama je. Semua ini adalah tipu
daya syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini
sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu
masa dikorbankan.

Bagaimana kami ??? Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan
taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan daripadaNya.
Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Tunjukkanlah kami bagaimana taubat nasuha.

1@ Tinggalkan perbuatan maksiat, putuskan hubungan cinta yang
tidak diredhai Allah ini.

2@ Menyesal, menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang
telah menjerumus diri ke dalam lembah percintaan.

3@ Berazam, bertekad dalam hati tidak akan mencintai sesiapa
kecuali dengan insan bernama isteri atau suami. Saatnya ialah
selepas diijabkabul.

Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin
hambar dan kurang rasa cinta, setelah menjadi suami isteri.

No comments:

Post a Comment