Friday, 9 May 2014

Ubat Penyakit Rohani Dan Petunjuk...^^..

Ubat Penyakit Rohani Dan Petunjuk...^^..

Allah berfirman dalam Surah Yunus;

37@ Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh
yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk
membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk
menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan
(atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran
itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan
mentadbirkan sekalian alam.

40@ Dan di antara mereka ada yang beriman kepada Al-Quran, dan
ada di antaranya yang tidak beriman langsung kepadanya; dan
(ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang yang
melakukan kerosakan.

41@ Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai
Muhammad), maka katakanlah: “ Bagiku amalku, dan bagi kamu pula
amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan,
dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan”.

49@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Aku tidak berkuasa menolak
mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku
kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh
yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka
melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya”.

57@ Wahai umat manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu
Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan
yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam
dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,
serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

58@ Katakanlah (wahai Muhammad) “ Kedatangan Al-Quran itu adalah
semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka
dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita
(bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang
mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

No comments:

Post a Comment