Saturday, 31 May 2014

Kebenaran Agama Yang Jelas Dan Nyata...^^..

Kebenaran Agama Yang Jelas Dan Nyata...^^..

Allah berfirman dalam Surah Yusuf;

108@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Inilah jalanku, aku dan
orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada
agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas
nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad
dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

109@ Dan tiadalah Kami mengutus Rasul, sebelummu (wahai
Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar,
yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang
(yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi,
supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang
terdahulu dari mereka ? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat
lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa
kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya ?

110@ (Orang-orang yang mendustakan agama Allah itu telah diberi
tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga
apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar
dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya
sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami
kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki.
Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh
sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.

111@ Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran
yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal
fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah
ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang
tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya,
dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta
menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu)
beriman.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Wednesday, 28 May 2014

PeliharaLah Dan BantuLah Daku...^^..

PeliharaLah Dan BantuLah Daku...^^..

Perjuangan Menterjemah Al Quran Harus diteruskan, sekurang-
kurangnya akan Muncul satu Masa, Dunia dipenuhi dengan Kebenaran 
serta Keadilan dan Agama Islam ini akan terTegak Kukuh, seperti
Impian Nabi kita, Muhammad Rasul Allah, sebagaimana terTulis
dalam kitab Takdir milik Allah (Tuhan Umat Islam).

MenCipta Umat Islam Sejati dan bukanNya menCipta Budaya Melayu
tidak Mudah kerana Adat Melayu baru adalah campuran Barat dan
Buddha lama dan berSandarkan Hawa Nafsu.

Cubalah mengelak dari terGolong didalam suatu Kaum yang terSesat
dari ajaran Islam. JanganLah sesekali Kita mengikut Adat sesuatu
Kaum yang menjerumuskan Kita kepada Kejahilan tentang Agama.

Cubalah berPegang pada isi kandungan Al Quran dan Undang-undang
yang terMaktub dan terTulis di dalam kalam Suci dari Tuhan Allah.

Harus memperuntukkan Lebih Masa untuk TuanKu( TuhanKu Allah)
daripada terJebak dengan Adat dan Budaya yang boleh menYesatkan
dan menJauhkan daku dari TuhanKu.

" Ya Allah, HindariLah aku dari keSesatan Dunia Zaman Baru yang
serba meLalaikan daripada mengIngatiMu. Berilah Jalan Petunjuk
kepada Semua Ahli KeluargaKu agar berIman kepadaMu(TuhanKu)"
Amin, amin, amin, Ya Rabbil Alamin.

" Ya Allah, JanganLah engkau letakkan Dosa-dosa kaum ini diBahuKu,
kerana BisaNya meRobek JiwaKu dan menJatuhkan ImanKu. Bantu
Lah daku, meMelihara Ahli KeluargaKu dari keSesatan Ini.  ###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Sunday, 11 May 2014

Petua Sihat Dari Nabi Muhammad S.A.W...^^..

Petua Sihat Dari Nabi Muhammad S.A.W...^^..

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat
amalan :-

1@ Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal
mandi pagi kebanyakkan badan tak gemuk.

2@ Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan
air ais) setiap pagi. Mujarabnya, InsyaAllah jauh dari penyakit
(susah nak kena sakit).

3@ Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh
mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis
yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka
darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4@ Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darah
bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan
ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam
mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve,
jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tindak balas bio kimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5@ Makanlah dengan menggunakan tangan kanan. Nabi juga mengajar
kita makan dengan tangan kanan dan bila habis, hendaklah menjilat
jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam).

Sabda Nabi " Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu
demi kebaikkan. InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali
kepadanya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Saturday, 10 May 2014

Dirikan Sembahyang Dan Bersabarlah...^^..

Dirikan Sembahyang Dan Bersabarlah...^^..

Allah berfirman dalam Surah Hud;

112@ Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap
teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan
kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada
kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu
melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha
Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

113@ Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku
zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar
kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari
Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak
akan mendapat pertolongan.

114@ Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan
umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-
waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya
amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan
kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi
peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

115@ Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam
mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan
menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Sebab KekufuranNya Terputuslah Ikatan AntaraMu...^^..

Sebab KekufuranNya Terputuslah Ikatan AntaraMu...^^..

Allah berfirman dalam Surah Hud;

45@ Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
“ Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri,
dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-
bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya”.

46@ Allah berfirman: “ Wahai Nuh ! Sesungguhnya anakmu itu
bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan
denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya
bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu
sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil”.

47@ Nabi Nuh berkata: “ Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak
mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya
menjadilah aku dari orang-orang yang rugi”.

48@ Allah berfirman: " Wahai Nuh ! Turunlah (dari bahtera itu)
dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-
umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat
dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya
(dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab
dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.

49@ (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib
yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau
dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu,
bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa
kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-
orang yang bertaqwa.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Friday, 9 May 2014

BersabarLah Kamu Dalam Menegakkan Prinsip Dan Ajaran Islam...^^..

BersabarLah Kamu Dalam Menegakkan Prinsip Dan Ajaran Islam...^^..

Allah berfirman dalam Surah Yunus;

99@ Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan
seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya
berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau
bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau
Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak
memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman ?

100@ Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman
melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan
peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang
tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).

101@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Perhatikan dan fikirkanlah apa
yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan,
yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu,
segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan
segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi
amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak
menaruh kepercayaan kepadanya.

102@ Maka orang-orang yang tersebut tidak menunggu melainkan
(azab Allah) sebagaimana kejadian-kejadian yang berlaku kepada
orang-orang yang ingkar yang terdahulu daripada mereka. Katakanlah
(wahai Muhammad): “ Tunggulah, sesungguhnya aku juga bersama-
sama kamu dari orang-orang yang menunggu”.

103@ Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami dan orang-orang yang
beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan
orang-orang yang beriman yang menurutmu).

108@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Wahai sekalian manusia !
Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman
kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada
dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka
bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku
pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau
keingkaran) kamu”.

109@ Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah
(dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum
(di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu
kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Tiadalah Berdukacita Buat Wali-Wali Allah...^^..

Tiadalah Berdukacita Buat Wali-Wali Allah...^^..

Allah berfirman dalam Surah Yunus;

61@ Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan
sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah
atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat
manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah
Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya.
Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu
dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau
di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang
lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang
nyata.

62@ Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan
(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.

63@ (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka
pula sentiasa bertaqwa.

64@ Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia
dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah,
yang demikian itulah kejayaan yang besar.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..