Monday, 30 September 2013

Cintanya Pada Rasulullah...^^..

Cintanya Pada Rasulullah

Antara bukti cinta kepada Rasulullah SAW sebagaimana surah al Mujadalah
ayat 22, " Kamu tidak akan dapati orang-orang yang beriman kepada Allah
dan beriman dengan hari akhirat berkasih sayang dengan orang yang
memusuhi Allah dan Rasul. Sekalipun orang itu adalah ayah-ayah mereka,
anak-anak mereka, saudara-saudara mereka atau ahli keluarga mereka."

Imam Ibnul Jawzi menyatakan bahawa Saidina Abu Bakar wafat kerana
terlalu sedih dengan kewafatan baginda. Beliau dan Saidatina Fatimah,
puteri bongsu baginda adalah orang yang dikatakan wafat kerana sedih
dengan kewafatan baginda.

Dunia ini dirasakan sesuatu yang tidak lagi diperlukan, kerana
ketiadaan kekasihnya, walaupun ketika itu saidina Abu Bakar seorang
khalifah, beliau tidak gembira dengannya dan semakin hari badannya
menjadi kurus. Akhirnya beliau wafat pada hari Isnin di usia 63 tahun.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Fitnah Ke Atas Islam Mengikut Zaman...^^..

Fitnah Ke Atas Islam Mengikut Zaman

Sedih melihat apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Fitnah terhadap
ulama-ulama bertebaran di mana-mana. Kita serahkan kepada Allah SWT
dan bertawassul kepada Rasulullah SAW semoga diberikan kekuatan
sebagaimana Rasulullah SAW menerima ujian ketika berdakwah terdahulu.
Jika dibandingkan dengan ujian yang Rasulullah SAW dan para
salafussoleh yang terdahulu hadapi maka ternyata apa yang kita hadapi
ini terlalu sedikit. Langsung tidak dapat dibandingkan dengan setitik
peluh Rasulullah SAW yang cukup mulia.

Setiap zaman punya fitnahnya tersendiri. Zaman Saidina Abu Bakar as
Siddiq RA menghadapi golongan murtad serta golongan yang tidak mahu
membayar zakat. Semua lawan yang terpaksa dihadapi itu merupakan
kelompok manusia yang pernah seagama dan seakidah dengannya semasa
Rasulullah masih hidup. Akhirnya baginda wafat di racun oleh golongan
yang tidak senangkan akan kebaikan.

Saidina Umar al Faruq, khalifah yang penuh dengan kebaikan dan
keadilan. Sehinggakan baginda bersabda, " Jika ada lagi nabi
selepasku maka Umarlah yang layak untuk menjadi nabi. Namun Allah SWT
telah menetapkan bahawa tiada lagi nabi selepas kewafatanku."
Umar juga dibunuh dengan kejam oleh Abu Lu'luah al Majusi laknatullah.
Tujuh belas tikaman di belakang Umar dengan menggunakan serampang dua
mata bukanlah sesuatu yang biasa.

Saidina Utsman Zun Nurain RA, khalifah ketiga dan juga sahabat
baginda yang lemah lembut. Rupanya kelembutan dalam berdakwah juga
tidak disenangi oleh sekelompok manusia yang busuk hati. Rasulullah
ada menyebutkan para malaikat Allah malu kepada Utsman.

Namun tangan-tangan kotor yang memancung Utsman ketika membaca ayat
ayat suci Al Quran langsung tidak malu untuk berbuat sedemikian. Malah
mereka tidak malu untuk berhadapan dengan baginda kelak.

Saidina Ali KWJ seorang sahabat yang sanggup susah senang dengan
baginda juga turut dibenci malah dimusuhi sehingga berakhir dengan
pembunuhan. Tetakan di bahagian kepalanya hampir mengenai otaknya.

Saidina Hasan al Basri rahimahullah pula terpaksa berhadapan dengan
seorang gabenor yang kejam, Hajjaj ibnu Yusuf ats Tsaqafi yang dikejar
dan diburu untuk dipancung. Namun Allah SWT menyelamatkan ulama besar
ini. Diburu hanya kerana ingin mempertahankan kebenaran. Saidina Said
bin Jubair rahimahullah, seorang ulama besar tabi'in, juga pernah
dicaci maki oleh Hajjaj. Malah Hajjaj turut memaki ibu Saidina Said
bin Jubair di hadapan matanya sendiri sebelum beliau disembelih oleh
Hajjaj ibnu Yusuf. Hajjaj meminta Saidina Said memilih cara mati yang
bagaimana yang beliau mahu.

Maka dijawab oleh Said: " Bunuhlah dengan apa cara sekalipun yang
engkau suka wahai Hajjaj. Allah SWT akan membalas kembali kepadamu
sepertimana cara yang engkau gunakan kepadaku ketika membunuhku
di akhirat kelak."

Ketika diberikan arahan untuk dibunuh maka Saidina Said tertawa.
Hajjaj pelik melihat keadaan sedemikian bertanya: " Bukankah kamu
tidak pernah tertawa selama 40 tahun, tetapi mengapa sekarang kamu
ketawa? "

Saidina Said menjawab: " Benar aku tidak pernah tertawa selama 40
tahun, tetapi hari ini aku tertawa kerana lucu dengan sikap angkuhmu
terhadap hukuman Allah, namun Allah SWT masih berlembut denganmu."

Pengajaran penting yang boleh kita ambil daripada kata-kata Saidina
Said ialah, betapa ramai yang mulutnya lancang memaki hamun dan
mencerca orang lain. Namun diri tidak sedar betapa Allah SWT masih
menyayanginya dengan memberikan peluang hidup untuk bertaubat dan
memohon keampunan. Akan tetapi berapa ramai yang sedar perkara ini?
Ramai yang lalai.

Imam Ahmad rahimahullah disebat hanya semata-mata kerana mempertahankan
bahawa Al Quran bukanlah makhluk tetapi Kalam Allah yang Qadim.
Mulianya sikap beliau sehinggakan Imam Syafie yang pada ketika itu
berada Iraq, bermimpi bertemu Rasulullah. Rasulullah menyuruh Imam
Syafie rahimahullah menyampaikan salam kepada Imam Ahmad di atas
pengorbanan yang dilakukan dan khabar gembira untuk Imam Ahmad bahawa
beliau akan masuk syurga Allah SWT dengan ujian tersebut.

Imam Ahmad yang gembira dengan berita tersebut memberikan jubahnya
kepada Imam Syafie. Jubah itu direndam oleh Imam Syafie rahimahullah
dan air rendaman tersebut menjadi ubat bagi pesakit beliau.

Imam Isa bin Dinar rahimahullah yang wafat pada tahun 212 Hijrah.
Beliau dipenjara 20 tahun hanya semata-mata mempertahankan sepertimana
yang dipertahankan oleh Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah.

Ini contoh-contoh kesusahan dan keperitan yang dihadapi oleh para
ulama terdahulu. Jika dibandingkan dengan apa yang dihadapi sekarang
oleh kita, terlalu jauh malah tidak layak untuk dibandingkan.

Fitnah sekarang ialah fitnah kejahilan. Ubat jahil ialah ilmu. Ilmu
yang benar akan diperoleh oleh hati yang benar-benar inginkan
kebenaran dan ikhlas. Tidak terlintas di hati para ulama Islam yang
benar untuk mengkafirkan seseorang sesuka hati. Malah mereka lebih
suka untuk menyelamatkan umat daripada memusnahkan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Dosa Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat...^^..

Dosa Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat...^^..

1@ Makan harta anak yatim secara haram.  Untuk menghapuskan dosa
tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang
telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut. Jika
anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat
kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan
perbuatannya maka dosanya tidak terhapus.

2@ Menuduh wanita solehah berzina. Orang yang menuduh wanita solehah
hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah
tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah
penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak
memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat
kepada Allah SWT.

3@ Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak
layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka
yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu
arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

4@ Melakukan sihir, mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah
mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat
kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan
mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang
sewajarnya.

5@ Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT
dengan makhluk. Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk
samada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau
tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan
mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti
melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali
amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau
menyamakan Allah SWT atau menyekutukan Allah SWT.

6@ Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Mereka yang
membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah
SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan
untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan
Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah.

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.
Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Golongan Manusia Yang Dibangkitkan Dari Kubur Dalam Keadaan Buruk...^^..

Golongan Manusia Yang Dibangkitkan Dari Kubur Dalam Keadaan Buruk...^^..

Ketika manusia kelak dibangkitkan kembali dari kuburnya. Rupa mereka
mengikut amal ibadah selama masih hidup didunia, mari kita semak
golongan-golongan yang dibangkitkan itu.

1@ Golongan yang dibangkitkan dengan rupa binatang atau berupa babi,
dihadapkan dihadapan Allah untuk di adili, golongan ini adalah
golongan yang meremehkan tata cara dan laku sholat dan mati sebelum
bertobat. mereka adalah penduduk neraka seperti firman Allah yang
artinya : " Maka celakalah orang-orang yang sholat, yaitu orang-
orang yang melalaikan sholatnya." (Al ma'un 4-5).

2@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan tidak bertangan dan
berkaki, mereka ini golongan orang-orang yang menyakiti tetangganya
itu, itulah balasan mereka, dan tempat mereka adalah neraka.

3@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan mengalir darah dari
mulutnya, isi perutnya keluar disertai dengan api yang menyala-nyala.
Mereka itu adalah orang-orang yang suka berdusta dan melakukan
penipuan dalam usaha serta mati dalam keadaan belum bertobat.

4@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan perut mereka membesar
dipenuhi dengan ular dan kala jengking, mereka ini orang-orang yang
tidak mau membayar zakat, dan mati sebelum bertobat.

5@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan leher terputus-putus,
mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu dan pendusta yang
mati dalam keadaan belum bertobat..

6@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan busuk melebihi bau bangkai,
mereka ini adalah orang-orang yang mencoba menutupi kemaksiatan yang
mereka lakukan seolah-olah Allah tidak mengetahuinya.

7@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan kepala dibawah dan kaki
diatas, manakala pada faraj mereka mengeluarkan nanah yang mendidih,
mereka ini adalah orang-orang yang suka melakukan zina dan mati dalam
keadaan belum tobat.

8@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan tidak berlidah, dari mulut
mereka keluar darah dan nanah, mereka ini adalah orang-orang yang
mencegah dan melarang orang lain melakukan kebenaran, dan mati dalam
keadaan belum tobat,

9@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan kulit belang dan berkudis.
Mereka ini adalah orang-orang yang menyakiti kedua orangtuanya dan
mati dalam keadaan belum tobat. Sebagaimana firman Allah : " Sembahlah
Allah dan jangan kamu mempersekutukan-NYA dengan sesuatupun, dan
berbuat baiklah kepada orangtua, kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat,
ibnu sabil dan hamba sahayamu, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang sombong dan membanggakan diri"  (An nisa:36).

10@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan rupa mereka hitam pekat
sedangkan matanya keluar berisi api, mereka ini golongan orang-orang
yang makan harta anak yatim dan mati dalam keadaan belum bertobat.

11@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan buruk wajahnya, bergigi
besar, bibirnya besar lebar sampai sebatas dada, lidah menjulur dan
perut mereka membuncir sampai paras paha. Mereka ini adalah orang-orang
yang suka meminum arak dan mati dalam keadaan belum tobat.

Naudzubillah...,semoga Allah memelihara kita semua, mengampuni dosa
kita semua.. aamiin.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Kehidupan Dunia Menurut Generasi Salaf...^^..

Kehidupan Dunia Menurut Generasi Salaf...^^..

Al-Hasan al-Bashri�rahimahullah mengatakan, Semoga Allah merahmati
seseorang yang mencari harta dengan cara baik, membelanjakannya
dengan sederhana, dan memberikan sisanya. Arahkanlah sisa harta ini
sesuai dengan yang diarahkan oleh Allah. Letakkanlah di tempat yang
diperintahkan oleh Allah. Sungguh, generasi sebelum kalian mengambil
dunia sebatas yang mereka perlukan. Adapun yang lebih dari itu,
mereka mendahulukan orang lain.

Ketahuilah, sesungguhnya kematian amat dekat dengan dunia hingga
memperlihatkan berbagai keburukannnya. Demi Allah, tidak seorang
berakal pun yang merasa senang di dunia. Karena itu, berhati-hatilah
kalian dari jalan-jalan yang bercabang ini, yang muaranya adalah
kesesatan dan janjinya adalah neraka.

Aku menjumpai sekumpulan orang dari generasi awal umat ini. Apabila
malam telah menurunkan tirai kegelapannya, mereka berdiri, lalu
bersujud menghamparkan wajah mereka. Air mata mereka berlinangan
di pipi. Mereka bermunajat kepada Maula (yakni Rabb) mereka agar
memerdekakan hamba-Nya (dari neraka).

Apabila melakukan amal saleh, mereka gembira dan memohon kepada Allah
agar menerima amalan tersebut. Sebaliknya, apabila melakukan kejelekan,
mereka bersedih dan memohon kepada Allah agar mengampuni kesalahan
tersebut.

Mawa'izh al-Hasan al-Bashri, hlm. 41-42

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Tatatertib Sahabat Berhadapan Dengan Rasulullah SAW...^^..

Tatatertib Sahabat Berhadapan Dengan Rasulullah SAW

Para sahabat tidak berani memandang secara terus tepat ke wajah
baginda SAW ketika baginda berbicara. Tetapi para sahabat sangat
gembira jika memandang wajah baginda. Walau bagaimanapun, ketika
memandang wajah rasulullah yang mulia, mereka akan menundukkan
semula pandangan dan memandang lagi. Begitulah seterusnya kerana
mereka amat menghormati kehebatan dan kewibawaan baginda SAW.

Apa sahaja yang diperintahkan rasulullah SAW akan ditaati oleh
para sahabat. Sikap mereka terhadap baginda ialah " Kami dengar
dan kami taat.". Allah berfirman dalam Surah An Nur 24: 51
" Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang
beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah
RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara
mereka, hanyalah mereka berkata: " Kami dengar dan kami taat'"
dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan."

Sesungguhnya kurniaan " ridhwanullah" atau keredhaan Allah adalah
lebih besar lagi daripada kurniaan syurga dan segala kenikmatannya.
Allah berfirman dalam surah At Taubah 09: 72." Allah menjanjikan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, akan beroleh
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalamt
" Syurga Adn" serta keredhaan daripada Allah yang lebih besar
kemuliaannya, balasan yang demikian itulah kejayaan yang besar."

Sunat untuk kita ber" Taradhi" iaitu mengucapkan " radi allah hu
anhu" (semoga Allah meredhainya) setiap kali nama para sahabat
disebut untuk memuliakan mereka sepertimana Allah memuliakan
mereka.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Biarlah Al Quran Menjawabnya...^^..

Biarlah Al Quran Menjawabnya...^^..

Prof Dr Muhaya

1@ Kenapa Aku Diuji?

Surah Al-Ankabut: 2-3 “ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan
dibiarkan begitu sahaja hanya dengan mengatakan: “ Kami telah beriman”,
sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-
orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang
yang dusta.”

2@ Kenapa Aku Tidak Mendapatkan Apa Yang Aku Idam-IdamKan?

Surah Al-Baqarah: 216 “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3@ Kenapa Ujian Seberat Ini?

Surah Al-Baqarah: 286 “ Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.”

4@ Bagaimana Menghilangkan Rasa Kekecewaan?

Surah Al-Imran: 139 “ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

5@ Sungguh, Aku Tidak Dapat Bertahan Lagi...!!!

Surah Yusuf: 87 “ Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang
yang kafir."

6@ Bagaimana Aku Harus Menghadapi Persoalan Hidup?

Surah Ali-Imran: 200 “ Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga di negerimu dan
bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”

7@ Apa Jawapannya?

Surah Al-Baqarah: 45-46 ” Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan
sabar dan mengerjakan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang yakin, bahwa mereka akan
menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”

8@ Siapa Yang Menolong Dan Melindungiku?

Surah Ali-Imran: 173 “ Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan
Dia sebaik-baik pelindung.”

9@ Kepada Siapa Aku Berharap?

Surah At-Taubah: 129 “ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Ilah selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy
singgasana yang agung.”

Renungkan setiap saat jawapan untuk setiap musibah yang menimpa kita...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..