Wednesday, 5 March 2014

Gadis Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah...^^..

Gadis Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah...^^..

Di kisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam
kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah
seorang kaya dengan berkata, " Sedekahlah kamu kepadaku dengan
sepotong roti dengan Ikhlas kerana Allah S.W.T." Setelah fakir miskin
itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu
memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu
memberikan roti tersebut, maka keluarlah bapa gadis tersebut yang
Bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan
orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga
dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal
dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah
ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah
seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu
dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan
kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.

Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk
mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah
perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan
perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si
suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung
tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung,
manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis
tersebut.

Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan
tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun
berkata, " Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam
tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan
dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan
dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.
Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, " Keluarkanlah
tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah
mendermakan sepotong roti dengan ikhlas keranaKu, maka tidak
ada halangan bagiKu memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan
tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam
keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan
menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati
tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang
ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, " Barangsiapa
menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku,
dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah
memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan
tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan
kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, " Sesungguhnya tetamu itu
apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk
bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

tulikanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

Jangan MenYiksa Diri Sendiri...^^..

Jangan MenYiksa Diri Sendiri...^^..

Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia
itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya. Sahabat
Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah S.A.W melihat
seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji
dengan berjalan kaki. Apabila melihat keadan itu maka baginda
bertanya, " Mengapa dengan orang ini ?"

Dua anak itu berkata, " Dia bernazar hendak menunaikan haji dengan
berjalan kaki." Rasulullah berkata, " Sesungguhnya Allah S.W.T tidak
memerlukan orang yang menyiksa dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik
kenderaan untuk menunaikan haji. Dalam satu peristiwa lain, seseorang
menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki
beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat
pahala yang lebih.

Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, " Kamu datang
dengan apa ?" Anak murid itu berkata, " Saya berjalan kaki."
Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia
berkata: " Dia telah menciptakan kuda, unta dan keldai agar kamu
mengenderainya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

Kata Mutiara Abu Bakar Ash Shiddiq ra...^^..

Kata Mutiara Abu Bakar Ash Shiddiq ra...^^..

“ Patuhilah Aku selama Aku patuh kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah
s.a.w., bila Aku tidak mematuhi Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.,
maka jangan patuhi Aku lagi.”

“ Tidak ada pembicaraan yang baik, jika tidak diarahkan untuk
memperoleh Redha dari Allah s.w.t.”

“ Tidak ada manfaat dari wang jika tidak dibelanjakan di jalan Allah.
Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang jika kebodohannya
mengalahkan kesabarannya. Dan jika seseorang tertarik dengan
pesona dunianya yang rendah, Allah s.w.t. tidak akan Redha kepadanya
selama dia masih menyimpan hal itu dalam hatinya.”

“ Kita menemukan keDermawanan dalam Taqwa (kesedaran akan Allah),
keKayaan dalam Yaqin (kepastian), dan keMuliaan dalam keRendahan
Hati.”

“ Waspadalah terhadap keBanggaan, sebab kalian akan kembali
ke tanah dan tubuhmu akan dimakan oleh cacing.”

“ Ketika beliau diPuji oleh orang-orang, beliau akan berdo’a kepada
Allah dan berkata, “ Ya Allah, Engkau mengenalku lebih baik dari
diriku sendiri, dan Aku lebih mengenal diriku daripada orang-orang
yang memujiku. Jadikanlah Aku lebih baik daripada yang difikirkan
oleh orang-orang ini mengenai diriku, maafkanlah dosa-dosaku yang
tidak mereka ketahui, dan janganlah jadikan Aku bertanggungjawab
atas apa yang mereka katakan.”

“ Jika kalian mengharapkan berkah Allah, berbuatlah baik terhadap
hamba-hambaNya.”

“ Suatu hari beliau memanggil ‘Umar r.a. dan menasihatinya sampai
‘Umar r.a. menangis. Abu Bakar r.a. berkata kepadanya, “ Jika engkau
memegang nasihatku, engkau akan selamat, dan nasihatku adalah
“ Harapkan keMatian selalu dan Hidup sesuai dengannya”

“ Maha Suci Allah, yang tidak memberi hamba-hambaNya jalan untuk
mendapat pengetahuan mengenaiNya kecuali dengan jalan ketidak
berdayaan mereka dan tidak ada harapan untuk meraih pencapaian itu”

“ Tolonglah Aku, jika Aku benar dan tegurlah Aku jika Aku salah.
Orang-orang yang Lemah di antara kalian harus menjadi Kuat
bersamaku sampai atas Kehendak Allah s.w.t., haknya telah disahkan.
Orang-orang yang Kuat di antara kalian harus menjadi Lemah
bersamaku sampai, jika Allah s.w.t. menghendaki, Aku akan mengambil
apa yang harus dibayarnya”

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

Kisah Nabi Adam Dalam Al-Quran...^^..

Kisah Nabi Adam Dalam Al-Quran...^^..

Al Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya
surah Al Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38, surah Al A'raaf ayat
11 sehingga ayat 25 dan surah Al Hijr ayat 26 sehingga ayat 43.

*** Surah Al Baqarah Ayat 30-38,

30@ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
“ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
“ Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-
bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu ?”. Tuhan berfirman: “ Sesungguhnya Aku mengetahui
akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

31@ Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-
benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia
berfirman: “ Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya
jika kamu golongan yang benar”.

32@ Malaikat itu menjawab: “ Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

33@ Allah berfirman: “ Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini
semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama
benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “ Bukankah Aku telah
katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit
dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang
kamu sembunyikan ?”.

34@ Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “ Tunduklah
(beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk
memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah
ia dari golongan yang kafir.

35@ Dan kami berfirman: “ Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu
dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja
kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang
yang zalim”.

36@ Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga
itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah
berada di dalamnya dan Kami berfirman: “ Turunlah kamu! Sebahagian dari
kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua
disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga
ke suatu masa (mati)”.

37@ Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah
(kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima
taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima
taubat), lagi Maha Mengasihani.

38@ Kami berfirman lagi: “ Turunlah kamu semuanya dari syurga itu !
Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul
dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang
mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu
yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita”.

*** Surah Al A'raaf Ayat 11-25,

11@ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami
membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-
malaikat: “ Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan
Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

12@ Allah berfirman: “ Apakah penghalangnya yang menyekatmu
daripada sujud ketika Aku perintahmu ?” Iblis menjawab: “ Aku lebih
baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang
dia Engkau jadikan dari tanah.”

13@ Allah berfirman: “ Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak
patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah,
sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.

14@ Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka
dibangkitkan (hari kiamat)”.

15@ Allah berfirman: “ Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi
tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.

16@ Iblis berkata: “ Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan
daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat
menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

17@ “ Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari
belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan
Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.

18@ Allah berfirman: “ Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk
yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka
yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan
(golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

19@ “ Dan wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam
Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja
kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang
zalim”.

20@ Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka
berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan Aurat
(dalam keadaan tidak berpakaian) mereka yang (sekian lama) tertutup
dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “ Tidaklah Tuhan kamu
melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana
Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari
orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”.

21@ Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata):
“ Sesungguhnya aku(Syaitan) adalah dari mereka yang memberi
nasihat kepada kamu berdua”.

22@ Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua
(ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan
(buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-
masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari)
Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “ Bukankah Aku
telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan
kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata ?”

23@ Mereka berdua merayu: “ Wahai Tuhan kami, kami telah
menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan
kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami
dari orang-orang yang rugi”.

24@ Allah berfirman: “ Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan
setengah kamu menjadi Musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi
kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan
hingga ke suatu ketika (mati)”.

25@ Allah berfirman lagi: “ Di bumi itu kamu Hidup dan situ juga
kamu Mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan
hidup semula pada hari kiamat)”.

*** Surah Al Hijr Ayat 26-43,

26@ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari
tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah
warna dan baunya.

27@ Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang
panasnya menyerap ke liang bulu roma.

28@ Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: “ Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari
tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah
warna dan baunya.

29@ “ Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku
tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud
kepadanya.

30@ (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat,
semuanya sekali,

31@ Melainkan Iblis, ia enggan turut bersama mereka yang sujud.

32@ Allah berfirman: " Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut
bersama mereka yang sujud itu ?”.

33@ Iblis menjawab: “ Aku tidak patut sujud kepada manusia yang
Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari
tanah kental yang berubah warna dan baunya”.

34@ Allah berfirman: “ Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya,
kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah
(satu makhluk yang) diusir.

35@ “ Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga
ke hari kiamat”.

36@ Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku ! Jika demikian, berilah tempoh
kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)”.

37@ Allah berfirman: “ Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya
engkau dari golongan yang diberi tempoh.

38@ “ Hingga ke hari masa yang termaklum”.

39@ Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku ! Kerana Engkau telah menjadikan
daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala
jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan
menyesatkan mereka semuanya,

40@ “ Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang
dibersihkan dari sebarang syirik”.

41@ Allah berfirman: “ Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku
memeliharanya.

42@ “ Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang
kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu
dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

43@ “ Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan
bagi sekalian mereka (yang menurutmu).

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

+++ Maklumat Tambahan/ Extra Info...***

### Kisah Anak-Anak Nabi Adam***

*** Tempat Diturunkan Dan Kewafatan Nabi Adam a.s. ***

Nabi Adam diturunkan di tanah Hindustan dan Ibu Hawa di Jeddah.
Kedua-dua mereka bertemu semula di Muzdalifah. Sesudah menjangkau
usia tua ia meninggal di tanah Hindustan dan dikuburkan di sana.
Setelah satu tahun berlalu Ibu Hawa wafat di Jeddah dan dikuburkan
di sana.

Menurut hadis-hadis yang sahih, Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaat
dan diwafatkan pada hari Jumaat sebagaimana hari yang diturunkannya
ke bumi.

Terdapat juga riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Adam a.s. wafat
ketika berusia seribu tahun dan sesudah setahun selepas itu meninggal
pula Siti Hawa.

Sebahagian riwayat yang lain pula mengatakan bahawa Nabi Adam
dikuburkan di tanah Hindustan, dan sebahagian riwayat yang lain
mengatakan bahawa Adam dikuburkan di Negeri Makkah atau Jeddah,
berhampiran dengan Siti Hawa.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menyebut
bahawa: Sesungguhnya Allah menjadikan Adam a.s. pada hari Jumaat,
diturunkan ke bumi pada hari Jumaat, beliau berTaubat kepada Allah
atas dosanya memakan buah pohon khuldi itu pada hari Jumaat dan
wafat pada hari Jumaat.

Sebahagian riwayat mengatakan bahawa beliau wafat pada 10 hari
bulan Muharram. Demikianlah cerita Nabi Adam a.s.

*** Kisah Kedua-dua Anak Nabi Adam a.s. (Qabil dan Habil).***

Pemberian nikmat Allah s.w.t. yang berupa syahwat, baik bagi lelaki
yang berkeinginan terhadap perempuan, atau sebaliknya perempuan
yang berkeinginan terhadap lelaki, timbullah rasa kasih sayang
di antara kedua-dua jenis, menyebabkan tersebar luas keturunan
Adam dan Hawa di alam dunia ini.

Nabi Adam a.s. dan Ibu Hawa mempunyai anak kurniaan Allah s.w.t.
yang berkembar dua iaitu lelaki dan perempuan dan menurut syariat
( hukum agama) Nabi Adam, tidak boleh menjodohkan setiap saudara
yang lahir secara bersama ( dalam satu keturunan). Oleh yang demikian,
Qabil dijodohkan dengan kembar Habil, sedangkan Habil dijodohkan
dengan kembar Qabil.

Qabil sebaliknya tidak mahu menerima peraturan tersebut, tetapi mahu
adiknya dikahwinkan dengan saudari kembarnya sendiri, kerana
kembar Qabil lebih cantik berbanding kembar Habil.

Qabil tidak mengikuti kehendak ( syariat) Adam a.s. . Nabi Adam
memberi nasihat kepada kedua-dua anaknya, Qabil dan Habil, agar
berkorban demi Allah s.w.t. Sesiapa yang diterima korbannya, ia
akan dijodohkan dengan kembar Qabil. Sesungguhnya Qabil
melaksanakan korban dengan cara yang tidak ikhlas( kerana Allah
s.w.t.) tetapi hanya semata-mata mengikut hawa nafsunya ( nafsu
berahi). Sebaliknya Habil dengan hati yang benar-benar ikhlas
( kerana Allah s.w.t.) melaksanakan perintah ayahnya, mengikut
tuntutan syariat Allah s.w.t. dan Habil selalu taat dalam
melaksanakannya.

*** Qabil Membunuh Habil.***

Allah s.w.t menerima korban Habil, dan ia berhak mengahwini kembar
Qabil, iaitu Iqlima seorang wanita yang cantik jelita. Manakala Qabil
berhak mengahwini kembar Habil yang bernama Labuda, seorang
wanita yang tidak secantik Iqlima. Akibat tidak dapat memenuhi
kehendak nafsu, Qabil berasa iri hati( Hasad dengki) dan bertindak
ingin membunuh saudaranya Habil. Habil menjawab dengan cara yang
sopan,

" Sesungguhnya korban yang diterima Allah s.w.t adalah korban orang
benar-benar takut kepadaNya. Sekiranya saudara mengangkat tangan
untuk membunuh saya, maka saya sekali-kali tidak akan mempunyai
rasa iri hati untuk membunuhmu, kerana saya takut kepada Allah s.w.t."

Sudah menjadi kebiasaan dari syaitan yang merupakan musuh Nabi
Adam beserta seluruh cucu-cicitnya. Sekiranya terdapat permusuhan
sesama saudara, maka syaitan ikut serta mengadu domba(mengapi-
apikan) diantara kedua-duanya. Ini mengakibatkan terjadinya keinginan
yang sangat memuncak dalam nafsu Qabil untuk membunuh saudaranya
Habil. Setelah melakukan pembunuhan tersebut, ia merasa menyesal,
tetapi pepatah telah mengatakan: " Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada berguna." .

Akhirnya hati Qabil merana tanpa putus sebagaimana firman Allah
s.w.t. yang bermaksud: " Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya
menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya,
maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang kerugian."
(Surah Al Maidah: 30.)

Setelah melakukan pembunuhan tersebut Qabil kebingungan memikirkan
cara bagaimana untuk menguruskan mayat saudaranya Habil. Saat itu
Allah mengilhamkan, dua ekor burung gagak berkelahi dan seekor
daripadanya mati terbunuh. Kemudian gagak yang masih hidup menggali
tanah, bangkai tersebut dikuburkan ke dalam tanah dan ditimbus
semula. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya:

" Kemudian Allah mengirim seekor burung gagak menggali-gali di bumi
dengan paruhnya dan kakinya untuk memperlihatkan kepadanya( Qabil),
bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil,
" Aduhai celaka aku ! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti
burung gagak ini, lalu dapatlah aku menguburkan mayat saudaraku ini ?
Kerana itu, jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal."
(Surah Al Maidah: 31)

Demikianlah riwayat Qabil yang menguburkan mayat saudaranya. Habil
merupakan manusia pertama yang mati dibunuh di muka bumi( dunia) ini.
Setiap manusia yang dibunuh tanpa dosa, maka baginya adalah
ganjaran pahala. Sebaliknya Qabil, merupakan orang pertama yang
melakukan kejahatan atau pembunuhan. Setiap pembunuhan yang
dilakukan oleh manusia derhaka akan mendapat dosa dan seksaan
dari Allah s.w.t. Allah tetap membalas setiap tingkahlaku manusia, baik
perbuatan yang buruk mahupun perbuatan yang baik sesuai dengan
amal perbuatan mereka.

*** Kisah Anak Nabi Adam di Dalam Al Quran.***

*** Surah Al Maidah Ayat 27-31,

27@ Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah
(mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku
dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan
satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah).
Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak
diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):
” Sesungguhnya aku akan membunuhmu !”. (Habil) menjawab:
“ Bahawasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang
bertaqwa;

28@ “ Demi sesungguhnya ! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku
untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku
kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut
kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;

29@ “ Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan
(membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu
menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-
orang yang zalim”.

30@ Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak)
membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia
dari golongan orang-orang yang rugi.

31@ Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya)
mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil)
bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata:
“ Wahai celakanya aku ! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku
tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat
menimbuskan mayat saudaraku ?”. Kerana itu menjadilah ia dari
golongan orang-orang yang menyesal.

### SelesaiLah, kisah Nabi Adam. Terdapat banyak lagi kisah para-
para nabi dan rasul yang kita telah kenali dan tidak kita ketahui
di terangkan di dalam kitab-kitab selain Al Quran. Kitab Zabur,
Taurat dan Injil, menerangkan nabi-nabi yang seZaman dengan
mereka,  tetapi penyampaian mereka sedikit terpesong dan selalu
diubahsuai oleh pendeta-pendeta mereka, menyebabkan kitab
mereka berUbah tidak lagi Suci seperti yang di ungkapkan oleh
Nabi-nabi mereka. Tetapi Allah telah memilih kitab Al Quran untuk
membenarkan kesemua kitab-kitab sebelumnya (Taurat, Zabur dan
Injil), dan sebagai kitab sempurna dari semua kitab-kitab serta
Allah tetap memelihara Ayat-ayatNya sehingga hari Kiamat . ###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

Pelajaran Dari Iman Ghazali...^^..

Pelajaran Dari Iman Ghazali...^^..

Perbualan antara Imam Ghazali bersama Murid-muridnya:

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3:  Teman
Murid 4:  Kaum kerabat

Imam Ghazali:  Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah Mati. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan Mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1:  Negeri Cina
Murid 2:  Bulan
Murid 3:  Matahari
Murid 4:  Bintang-bintang

Imam Ghazali:  Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah Masa Lalu(Yang Lepas). Bagaimanapun kita, apapun kenderaan
kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang
akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1:  Gunung
Murid 2:  Matahari
Murid 3:  Bumi

Imam Ghazali:  Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali
adalah Hawa Nafsu (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati
dengan Nafsu kita, jangan sampai Nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1:  Baja
Murid 2:  Besi
Murid 3:  Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
Memegang Amanah (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan,
binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah
SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1:  Kapas
Murid 2:  Angin
Murid 3:  Debu
Murid 4:  Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling
ringan sekali didunia ini adalah Meninggalkan Solat. Gara-gara
pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. 

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab: Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah Lidah Manusia. Kerana melalui Lidah, manusia dengan
mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

Perlawanan Seorang Lelaki Alim Dengan Iblis...^^..

Perlawanan Seorang Lelaki Alim Dengan Iblis...^^..

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka
taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan
ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang
taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh
terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa
suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah
senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu
mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan ia melihat sebatang pohon
besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekati. Ternyata orang-
orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti
itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-
minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

" Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. " Ini harus dibanteras habis.
Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain
Allah." Maka pulanglah dia terburu-buru. Isterinya hairan, mengapa
secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya
si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki
alim tadi bergegas keluar.

Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya
dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat
pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar
dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagai manusia.

" Hai, mahu ke mana kamu ?" tanya si iblis. Orang alim tersebut
menjawab, " Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah
orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah
akan menebang pohon syirik itu." " Kamu tidak ada apa-apa hubungan
dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti
mereka. Sudah pulang sahaja." " Tidak boleh, kemungkaran mesti
dibanteras," jawab si alim bersikap tegas. " Berhenti, jangan
teruskan !" bentak iblis marah.

" Akan saya teruskan !" Kerana masing-masing tegas pada pendirian,
akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis.
Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan
mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah,
meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakitan
dia berkata, " Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani
lagi mengganggu tuan.

Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai
menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan
saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan
teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah
kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup
tidak kecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya.
Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh
menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu
maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras
kemungkaran.

Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi.
Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar
sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat
dinar wang emas. Dia meloncat keriangan, isterinya gembira. Begitu
juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang
ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang,
masih didapatinya wang itu.

Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya
tidak ada apa-apa lagi kecuali tikar pandan yang rapuh. Isterinya
mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama
sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, " Jangan khuatir, esok barangkali kita
bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap
cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka
tikar sejadahnya kosong. " Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri.
" Ambil kapak, tebanglah pohon itu." " Ya, memang dia telah menipuku.
Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-
daunnya," sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang
tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu.
Di tengah jalan, iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah
sedia menghalang. Katanya menyorot tajam, " Mahu ke mana kamu ?"
herdiknya menggegar.

" Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.
" Berhenti, jangan teruskan." " Bagaimanapun juga tidak boleh,
sebelum pohon itu tumbang." Maka terjadilah kembali perkelahian
yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang
terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan,
" Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal
dulu engkau tidak berdaya sama sekali ?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab, " Tentu sahaja engkau dahulu
boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah,
demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu
sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu.

Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang
di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh
kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Pulang
saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis ini, si alim tadi termangu-mangu. Ia
merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak Ikhlas kerana
Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya.
Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa
perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keIkhlasan kerana Allah,
dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan
apa-apa selain dari kesia-siaan yang berlanjutan.

Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan
Allah dan agama. Bukankah bererti, ia menyalahgunakan agama untuk
kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

" Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah
(berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak
mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat),
bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya
(tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." Hadith Riwayat Muslim

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

Riwayat Nabi Nuh...^^..

Riwayat Nabi Nuh...^^..

Nabi Nuh adalah nabi keEmpat sesudah Adam, Syith dan Idris dan
keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin
Metusyalih bin Idris.

*** Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya ***

Nabi Nuh menerima wahyu keNabian dari Allah dalam masa " fatrah"
masa kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia
secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi
yang meninggalkan mereka dan kembali berSyirik meninggalkan amal
kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan
Iblis. Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses
tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka,
mereka sedang menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat
oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan
yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala
kesengsaraan dan kemalangan, berhala-berhala yang dipertuhankan
dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan
ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti
menurut kehendak dan selera kebodohan mereka. Kadang-kadang
mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan " Suwa " kadangkala
" Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq "
dan " Nasr ".

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh
iblis itu, mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan
berhala dan kembali kepada Tauhid menyembah Allah Tuhan sekalian
alam melakukan ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya
serta meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang diajarkan
oleh Syaitan dan Iblis.

Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang
diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan
bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada
di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air yang
mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pergantian
malam menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti
dan tanda nyata akan adanya keEsaan Tuhan yang harus disembah
dan bukan berhala-berhala yang mereka buat dengan tangan mereka
sendiri. Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada mereka
bahwa akan ada gajaran yang akan diterima oleh manusia atas segala
amalannya di dunia iaitu Syurga bagi amalan kebajikan dan Neraka
bagi segala pelanggaran terhadap perintah Agama yang berupa
kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki
oleh seorang nabi, Fasih dan Tegas dalam kata-katanya, bijaksana
dan Sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya
kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan
cara yang lemah lembut, mengetuk hati nurani mereka dan kadang
kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila
menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala yang
enggan menerima Hujah dan Dalil-dalil yang dikemukakan kepada
mereka yang tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.

Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tenaga
berdakwah kepda kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan
dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam
dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka ternyata
hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dapat menerima dakwahnya
dan mengikuti ajakannya, yang menurut riwayatnya tidak melebihi
bilangan seratus( 100) orang  Mereka pula terdiri dari orang-orang
yang Miskin berkedudukan sosial Lemah dan Naif.

Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tinggi dan
terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar
dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai
Nabi Nuh serta mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan
melepas agama nenek moyang dan kepercayaan mereka terhadap
berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan
mengadakan rancangan hendak melumpuhkan dan mengagalkan usaha
dakwah Nabi Nuh.

Berkata mereka kepada Nabi Nuh: " Bukankah engkau hanya seorang
daripada kami dan tidak berbeza daripada kami sebagai manusia
biasa. Jikalau betul Allah akan mengutuskan seorang rasul yang
membawa perintah-Nya, nescaya Ia akan mengutuskan seorang
malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti
ajakannya dan bukan manusia biasa seperti engkau hanya dapat
diikuti orang-orang Rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh
petani, orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami
mereka seperti sampah masyarakat.

Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak mempunyai
daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara
membuta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan semasak-masaknya
kebenaran itu atau tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Jika agama
yang engkau bawa dan ajaran-ajaran yang engkau sadurkan kepada
kami itu betul-betul benar, nescaya kamilah dulu mengikutimu dan
bukannya orang-orang yang menGemis seperti pengikut-pengikutmu
itu.

Kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir,
memiliki kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang
dipandang masyarakat sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah
mudah kami menerima ajakanmu dan dakwahmu. Engkau tidak
mempunyai kelebihan di atas kami tentang soal-soal kemasyarakatan,
pergaulan hidup kami juga jauh lebih baik dan kami lebih mengetahui
daripadamu tentang semua hal. Anggapan kami terhadapmu, tidak
lain dan tidak bukan, bahawa engkau adalah pendusta belaka."

Nuh berkata, menjawab ejekan dan olok-olokan kaumnya: " Adakah
engkau mengira bahawa aku dapat memaksa kamu mengikuti ajaranku
atau mengira bahawa aku mempunyai kekuasaan untuk menjadikan
kamu orang-orang yang berIman jika kamu tetap menolak ajakan ku
dan tetap membuta-tuli terhadap bukti-bukti kebenaran dakwahku
dan tetap mempertahankan pendirianmu yang tersesat yang diilhamkan
oleh kesombongan dan kebongkakan kerana kedudukan dan harta-
benda yang kamu miliki.

Aku hanya seorang manusia yang mendapat amanat dan diberi tugas
oleh Allah untuk menyampaikan risalahNya kepada kamu. Jika kamu
tetap berkeras kepala dan tidak mahu kembali ke jalan yang Benar
dan menerima agama Allah yang diutuskanNya kepadaku maka
terserahlah kepada Allah untuk menentukan hukumanNya dan
ganjaranNya keatas diri kamu. Aku hanya pesuruh dan rasulNya
yang diperintahkan untuk menyampaikan amanatNya kepada hamba-
hambaNya. Dialah yang berkuasa memberi hidayah kepadamu dan
mengampuni dosamu atau menurunkan azab dan seksaanNya di atas
kamu sekalian jika dikehendakiNya. Dialah pula yang berkuasa
menurunkan seksa dan azabNya di dunia atau menangguhkannya
sampai hari kemudian(Kiamat). Dialah Tuhan pencipta alam semesta
ini, Maha Kuasa, Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha
Penyayang."

Kaum Nuh mengemukakan syarat dengan berkata: " Wahai Nuh ! Jika
engkau menghendaki kami mengikutimu dan memberi sokongan dan
semangat kepada kamu dan kepada agama yang engkau bawa, maka
jauhkanlah para pengikutmu yang terdiri dari orang-orang petani,
buruh dan hamba-hamba sahaya itu. Usirlah mereka dari pengaulanmu
kerana kami tidak dapat bergaul dengan mereka, duduk berdampingan
dengan mereka, mengikut cara hidup mereka dan bergabung dengan
mereka dalam suatu agama dan kepercayaan. Dan bagaimana kami
dapat menerima satu agama yang menyamaratakan para bangsawan
dengan orang awam, penguasa dan pembesar dengan buruh-buruhnya
dan orang kaya yang berkedudukan dengan orang yang miskin dan
papa."

Nabi Nuh menolak pensyaratan kaumnya dan berkata: " Risalah dan
agama yang aku bawa adalah untuk semua orang tiada pengecualian,
yang pandai mahupun yang bodoh, yang kaya mahupun miskin, majikan
ataupun buruh , di antara penguasa dan rakyat biasa semuanya
mempunyai kedudukan dan tempat yang sama terhadap agama dan
hukum Allah. Andai kata aku memenuhi pensyaratan kamu dan
meluluskan keinginanmu menyingkirkan para pengikutku yang setia itu,
maka siapakah yang dapat ku harapkan akan meneruskan dakwahku
kepada orang ramai dan bagaimana aku sampai hati menjauhkan
daripadaku orang-orang yang telah beriman dan menerima dakwahku
dengan penuh keyakinan dan keIkhlasan di kala kamu menolaknya
serta mengIngkarinya, orang-orang yang telah membantuku dalam
tugasku di kala kamu menghalangi usahaku dan merintangi dakwahku.

Dan bagaimanakah aku dapat mempertanggungjawabkan tindakan
pengusiranku kepada mereka terhadap Allah bila mereka mengadu
bahawa aku telah membalas kesetiaan dan ketaatan mereka dengan
sebaliknya semata-mata untuk memenuhi permintaanmu dan tunduk
kepada pensyaratanmu yang tidak wajar dan tidak dapat diterima
oleh akal dan fikiran yang sihat. Sesungguhnya kamu adalah orang-
orang yang bodoh dan tidak berfikiran sihat."

Pada akhirnya, kerana merasa tidak berdaya lagi mengingkari kebenaran
kata-kata Nabi Nuh dan merasa kehabisan alasan dan hujah untuk
melanjutkan dialog dengan beliau, maka berkatalah mereka: " Wahai
Nabi Nuh ! Kita telah banyak bermujadalah dan berdebat dan cukup
berdialog serta mendengar dakwahmu yang sudah menjemukan itu.
Kami tetap tidak akan mengikutimu dan tidak akan sesekali
melepaskan kepercayaan dan adat-istiadat kami sehingga tidak ada
gunanya lagi engkau mengulang-ulangi dakwah dan ajakanmu dan
bertegang lidah dengan kami.

Datangkanlah kepada kami, apa yang engkau katakan, jika benar,
kamu orang yang menepati janji. Kami ingin melihat kebenaran kata-
katamu dan ancamanmu dalam kenyataan. Kerana kami masih tetap
belum mempercayaimu dan tetap meragukan dakwahmu."

*** Nabi Nuh Berputus Asa Dari Kaumnya.***

Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama sembilan ratus
lima puluh tahun berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak
mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah
dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa serta memimpin
mereka keluar dari jalan yang Sesat dan gelap ke jalan yang Benar
dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang
diwahyukan oleh Allah kepadanya, mengangkat darjat manusia yang
tertindas dan lemah ke tingkat yang sesuai dengan fitrah dan
qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan
bongkak yang melekat pada para pembesar kaumnya dan mendidik
agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong diantara sesama
manusia.

Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil
menyedarkan dan menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima
dakwahnya supaya kaumnya berIman, berTauhid dan berIbadat
kepada Allah kecuali sekelompok kecil kaumnya dan tidak mencapai
seramai seratus orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan
segala daya-usahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran
dan kesulitan menghadapi pengHinaan, Ejekan dan Cercaan serta
Makian kaumnya, kerana ia mengharapkan akan datang masanya
di mana kaumnya akan sedar kesalahan diri dan datang mengakui
kebenarannya dan kebenaran dakwahnya.

Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari
makin berkurangan dan bahawa sinar Iman dan Takwa tidak akan
menebus ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran
dan bisikan Iblis. Akhirnya, Nabi Nuh menerima firman/arahan Allah
yang bermaksud:

" Sesungguhnya tidak akan seorang daripada kaumnya mengikutimu
dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman
lebih dahulu, maka janganlah engkau bersedih hati kerana apa yang
mereka perbuatkan."

Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh
dari kaumnya dan habislah keSabarannya. Ia memohon kepada Allah
agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu
seraya berseru: " Ya Allah ! Janganlah Engkau biarkan seorang pun
daripada orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini.
Mereka akan berusaha menyesatkan hamba-hambaMu, jika Engkau
biarkan mereka tinggal, mereka pasti akan melahirkan dan menurunkan
selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir
seperti mereka."

Doa Nabi Nuh dikabulkan oleh Allah dan permohonannya diluluskan
dan dia tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya,
kerana mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati
tenggelam.

*** Nabi Nuh Membuat Kapal.***

Setelah menerima perintah Allah untuk membuat sebuah kapal,
segeralah Nabi Nuh mengumpulkan para pengikutnya dan mulai mereka
mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk maksud tersebut,
kemudian dengan mengambil tempat yang agak jauh dari kota dan
bekerjalah orang berIman dengan rajin dan tekun bekerja siang
dan malam menyelesaikan pembinaan kapal yang diperintahkan itu.

Walaupun Nabi Nuh telah menjauhi kota dan masyarakatnya, agar
dapat bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan
pembinaan kapalnya namun ia tidak luput dari ejekan dan cemuhan
kaumnya yang kebetulan atau sengaja melalui tempat kerja membina
kapal itu. Mereka mengejek dan mengolok-olokkan dengan mengatakan:
" Wahai Nuh ! Sejak bila engkau telah menjadi tukang kayu dan
pembuat kapal ? Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut
pengakuanmu, kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan
pembuat kapal.

Dan kapal yang engkau buat itu berada di tempat yang jauh dari air
ini adalah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan
angin yang akan menarik kapalmu ke laut ?" Dan lain-lain kata ejekan
yang diterima oleh Nabi Nuh dengan sikap dingin dan tersenyum
seraya menjawab: " Baiklah tunggu saja saatnya nanti, jika kamu
sekarang mengejek dan mengolok-olokkan kami maka akan tibalah
masanya kelak bagi kami untuk mengejek kamu dan akan kamu
ketahui kelak untuk apa kapal yang kami siapkan ini.

" Tunggulah saatnya azab dan hukuman Allah menimpa atas diri kamu."

Setelah selesai pekerjaan pembuatan kapal yang merupakan alat
pengangkutan laut pertama di dunia, Nabi Nuh menerima wahyu dari
Allah: " Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintahKu
dan terlihat tanda-tanda daripadaKu maka segeralah angkut
bersamamu di dalam kapalmu dan kerabatmu dan bawalah dua pasang
dari setiap jenis makhluk yang ada di atas bumi dan belayarlah dengan
izinKu."

Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi air yang deras
dan dahsyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir besar yang
melanda seluruh kota dan desa menenggelamkan daratan yang rendah
mahupun yang tinggi, mencapai puncak bukit-bukit sehingga tiada
tempat berlindung dari air bah yang dahsyat itu kecuali kapal
Nabi Nuh yang telah terisi penuh dengan para orang mukmin dan
pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh atas perintah Allah.

Dengan iringan " Bismillah majraha wa mursaha" belayarlah kapal
Nabi Nuh dengan lajunya menyelusuri lautan air, menentang angin
yang kadang kala lemah lembut dan kadang kala ganas dan ribut.
Di kanan kiri kapal, terlihatlah orang-orang kafir bergelut melawan
gelombang air yang menggunung berusaha menyelamat diri dari
cengkaman maut yang sudah sedia menerkam mereka di dalam
lipatan gelombang-gelombang itu.

Tatkala Nabi Nuh berada di atas geladak kapal memperhatikan cuaca
dan melihat-lihat orang-orang kafir dari kaumnya sedang
bergelimpangan di atas permukaan air, tiba-tiba terlihatlah olehnya
tubuh putera sulungnya yang bernama " Kan'aan" timbul tenggelam
dipermainkan oleh gelombang yang tidak menaruh belas kasihan
kepada orang-orang yang sedang menerima hukuman Allah itu. Pada
saat itu, tanpa disedari, timbullah rasa cinta dan kasih sayang seorang
ayah terhadap putera kandungnya yang berada dalam keadaan
cemas menghadapi maut ditelan gelombang.

Nabi Nuh secara spontan, terdorong oleh suara hati kecilnya berteriak
dengan sekuat suaranya memanggil puteranya: " Wahai anakku !
Datanglah kemari dan gabungkan dirimu bersama keluargamu.
Bertaubatlah engkau dan berimanlah kepada Allah agar engkau
selamat dan terhindar dari bahaya maut yang engkau menjalani
hukuman Allah. " Kan'aan, putera Nabi Nuh, yang tersesat dan telah
terkena racun rayuan syaitan dan hasutan kaumnya yang sombong
dan keras kepala itu menolak dengan keras ajakan dan panggilan
ayahnya yang menyayanginya dengan kata-kata yang menentang:
" Biarkanlah aku dan pergilah, jauhilah aku, aku tidak sudi berlindung
di atas bahtera kapalmu, aku akan dapat menyelamatkan diriku
sendiri dengan berlindung di atas bukit yang tidak akan dijangkau
oleh air bah ini."

Nuh menjawab: " Percayalah bahawa tempat satu-satunya yang dapat
menyelamatkan engkau ialah bergabung dengan kami di atas kapal ini.
Tidak akan ada yang dapat melepaskan diri dari hukuman Allah yang
telah ditimpakan ini kecuali orang-orang yang memperolehi rahmat
dan keampunanNya."

Setelah Nabi Nuh mengucapkan kata-katanya tenggelamlah Kan'aan
disambar gelombang yang ganas dan lenyaplah ia dari pandangan mata
ayahnya, tergelincirlah ke bawah lautan air mengikut kawan-kawannya
dan pembesar-pembesar kaumnya yang durhaka itu.

Nabi Nuh bersedih hati dan berdukacita atas kematian puteranya
dalam keadaan kafir tidak beriman dan belum mengenal Allah. Beliau
berkeluh-kesah dan berseru kepada Allah: " Ya Tuhanku, sesungguhnya
puteraku itu adalah darah dagingku dan adalah bahagian dari
keluargaku dan sesungguhnya janjiMu adalah janji benar dan
Engkaulah Maha Hakim yang Maha Berkuasa." Kepadanya Allah
berfirman: " Wahai Nuh ! Sesungguhnya dia, puteramu itu tidaklah
termasuk keluargamu, kerana ia telah menyimpang dari ajaranmu,
melanggar perintahmu menolak dakwahmu dan mengikuti jejak
orang-orang yang kafir daripada kaummu. Terkeluarlah namanya dari
daftar keluargamu.

Hanya mereka yang telah menerima dakwahmu mengikuti jalanmu
dan beriman kepadaKu dapat engkau masukkan dan golongkan
ke dalam barisan keluargamu yang telah Aku janjikan perlindungannya
dan terjamin keselamatan jiwanya. Adapun orang-orang yang
mengingkari risalahmu, mendustakan dakwahmu dan telah mengikuti
hawa nafsunya dan tuntutan Iblis, pastilah mereka akan binasa
menjalani hukuman yang telah Aku tentukan walau mereka berada
dipuncak gunung. Maka janganlah engkau sesekali menanyakan
tentang sesuatu yang engkau belum ketahui. Aku ingatkan janganlah
engkau sampai tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bodoh."

Nabi Nuh segera tersedar setelah menerima teguran dari Allah bahwa
cinta kasih sayangnya kepada anaknya telah menjadikan ia lupa akan
janji dan ancaman Allah terhadap orang-orang kafir termasuk
puteranya sendiri. Ia sedar bahawa ia tersesat pada saat ia
memanggil puteranya untuk menyelamatkannya dari bencana banjir
yang didorong oleh perasaan naluri darah yang menghubungkannya
dengan puteranya padahal sepatutnya cinta dan taat kepada Allah
harus mendahului cinta kepada keluarga dan harta-benda.

Dia sangat menyesal keatas kelalaian dan kealpaannya itu dan
menghadap kepada Allah memohon ampun dan maghfirahnya dengan
berseru: " Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari godaan
syaitan yang terlaknat, ampunilah kelalaian dan kealpaanku sehingga
aku menanyakan sesuatu yang aku tidak mengetahuinya. Ya Tuhanku,
bila Engkau tidak memberi ampun dan maghfirah serta menurunkan
rahmat bagiku, nescaya aku menjadi orang yang rugi."

Setelah air bah itu mencapai puncak keganasannya dan habis
binasalah kaum Nuh yang kafir dan zalim sesuai dengan kehendak
dan hukum Allah, surutlah lautan air diserap bumi kemudian
bertambatlah kapal Nuh di atas bukit " Judie " dengan iringan
perintah Allah kepada Nabi Nuh: " Turunlah wahai Nuh ke darat,
bersama para mukmin yang menyertaimu dengan selamat dilimpahi
barakah dan inayah dari sisiKu bagimu dan bagi umat yang
menyertaimu."

*** Kisah Nabi Nuh Dalam Al-Quran.***

Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah
di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah
" Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh
dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir
yang menimpa di atas mereka.

*** Pengajaran Dari Kisah Nabi Nuh A.S.***

Bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin karena ikatan
persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah
lebih erat dan lebih berkesan daripada hubungan yang terjalin
kerana ikatan darah atau kelahiran. Kan'aan yang walaupun ia adalah
anak kandung Nabi Nuh, oleh Allah s.w.t. dikeluarkan dari bilangan
keluarga ayahnya kerana ia menganut kepercayaan dan agama
berlainan dengan apa yang dianuti dan didakwahkan oleh ayahnya
sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan menentangnya.

Maka dalam pengertian inilah dapat difahami firman Allah dalam
Al-Quran yang bermaksud: " Sesungguhnya para mukmin itu adalah
bersaudara." Demikian pula hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia menyintai
saudaranya yang beriman sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri."
Juga peribahasa yang berbunyi: " Adakalanya engkau memperolehi
seorang saudara yang tidak dilahirkan oleh ibumu."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..