Wednesday, 12 February 2014

Nabi Ilyas A.S Dan Malaikat...^^..

Nabi Ilyas A.S Dan Malaikat...^^..

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S.
Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita
itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. " Mengapa engkau
bersedih ?" tanya malaikat maut. " Tidak tahulah." Jawab Ilyas.
" Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan
takut menghadapi maut?" tanya malaikat.

" Tidak, tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku
menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang
masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah," jawab Ilyas.

Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar
menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada
Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin
terus hidup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah.
Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya. " Biarlah dia
hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir
kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Sunday, 9 February 2014

Allah Cuma Tanya Keredhaan Kita...^^..

Allah Cuma Tanya Keredhaan Kita...^^..

Setiap Ujian dan Cobaan yang diLetakkan ke atas diri Kita,
Allah cuma mahu mengetahui adakah HambaNya Redha jika
penciptanya meletakkan Takdir yang tidak Elok ke atas
HambaNya seperti Kesakitan pada Tubuh Badan dan kekurangan
/kesedihan/kesempitan dalam Hidup. " Adakah kamu Redha jika
Aku mentakdirkan kamu Begini Begini ?" Adakah keEgoan wujud
pada HambaNya sebagaimana Iblis tidak patuh cuma pada satu
perintah yang amat mudah dan Kita pula tidak mahu merintih
padaNya pada Saat-Saat genting ? Adakah kita betul-betul mahu
menjadi HambaNya atau menjadi Tuan untuk segalanya ? Kita
cuma perlu Akur dengan setiap Takdir yang terTulis pada kitab
Hidup kita sambil berHarap dan selalu berUsaha mencari
keBenaran bersama-sama Doa, berTawakkal dan berIkhtiar.

Dalam surah Al Baqarah ayat: 214@ Adakah patut kamu menyangka
bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada
kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-
orang yang terdahulu daripada kamu ? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah
Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:
Bilakah (datangnya) pertolongan Allah ?” Ketahuilah sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang
teguh kepada Agama Allah).

KeBenaran itu telah diRakam pada kitab Al Quran, tanpa perlu
diUbah atau diPinda. Mungkin juga keSakitan-keSakitan yang kita
lalui dengan Redha itu merupakan satu Tiket Besar untuk
meletakkan kita berAda di Syurga ke tingkat terTinggi. BukanKah
nabi Adam asalnya tinggal di Syurga yang Sempurna, tetapi
Takdir telah meletakkan nabi Adam sebagai penghuni Bumi atau
Dunia selama 1000 tahun, barulah Dia di angkat semula ke Syurga
dengan jalan kematian di Dunia.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

BerHujah BiarLah Dengan Ahli Ilmu...^^..

BerHujah BiarLah Dengan Ahli Ilmu...^^..

Imam Syafie berkata: “ Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang
berIlmu tetapi aku pasti Kalah dengan seorang yang jahil, kerana
orang yang Jahil itu tidak pernah faham Landasan Ilmu” .

Landasan dalam Ilmu disini bermaksud mereka memberi hujah
berlandaskan Hawa Nafsu sepertimana ahLi Kristian mengubah-ubah
keterangan Nabi Isa yang tidak Relevan dengan Gaya Hidup mereka.
Mereka tidak dapat menerima sesuatu yang telah diTetapkan
Halal dan Haram oleh Allah, dan amatlah Rugi mereka itu. Mereka
juga seBenarnya belum Khatam pun Al Quran keseluruhannya.
Cuma apabila ahLi Kristian/Gereja yang Khatam dalam Al Quran,
mereka Pasti akan menDapat Hidayah dan berPaling dari agama
Asal serta meMeluk agama Islam. Yang pastinya ia menepati
ciri-ciri Agama yang Universal. BerTapa/Zuhud pun boleh, 
berKahwin pun boleh, cuma pada ada Batas yang diGariskan
dalam Al Quran.

Imam Syafie berkata: “ Apabila orang-orang Bodoh mengajak
berdebat dengan anda, maka sikap yang terbaik adalah Diam".

Dulu Wali Songo mengIslamkan orang kafir. Kalau sekarang, malah
banyak orang (islam radikal) suka mengafirkan sesama orang Islam.

Cara terBaik untuk menjadi Muslim/Islam Sejati adalah dengan
mendalami maksud-maksud Al Quran secara keseluruhan dan
mengAplikasikan atau meNerapkan dalam kehidupan seharian
secara beransur-ansur. Kemudian baruLah mempelajari Sunnah-
Sunnah Nabi, kerana boleh jadi, masa berubah-ubah dan teknik
penyampaian dari generasi-generasi kadang-kadang berlainan.
Oleh itu, harus bersumberkan Al Quran terlebih dahulu sebelum
menetapkan kesahihan Hadith dan Sunnah. Yang paling penting
memahami Nasihat dan Kebenaran yang hendak diSampaikan bukan
mementingkan bacaan Tajwid yang betul atau tidak. Cuma Allah
Suka kalau diPelajari kedua-duanya, kerana mendapat Dua pahala.
Dan roh-roh ayat Al Quran akan Hidup kalau diBacakan dengan
Tajwid yang Betul. BukanKah Al Quran itu Ubat segala penyakit,
ubat sakit Hati, ubat sakit Rohani, ubat kesakitan Badan dan
Jaminan yang Paling baik, masuk Syurga dengan penuh berGaya.

Biarpun kamu kaya raya dan biasa gunakan wang untuk 'semua',
Tetapi kamu takkan mampu Rasuah Izrail untuk tidak tarik nyawa
bila Masa kamu Tiba. *****

#### Jadi marilah Kita, berLumba-Lumba mengerjakan amal
keBaikan dan keBajikan seLagi PeLuang Hidup masih terbuka luas.
Mahupun Sakit ataupun yang masih Sihat. Amin, Amin, Amin... ####

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Saturday, 8 February 2014

Malaikat Jibril Dan Malaikat Mikail Menangis Atas Tindakan Iblis...^^..

Malaikat Jibril Dan Malaikat Mikail Menangis Atas Tindakan Iblis...^^..

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis
itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada
langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada
langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya
adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit
keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut
Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah
memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, " Adakah
Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik
daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan
Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, " Aku membuat apa yang
aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan,
maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang
berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka
mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka
para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi
iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling
dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut
mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat
indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T
membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging
yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan
kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada
sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti
cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya
keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak
tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit,
dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi
melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya
sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis
itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai
sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan
para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat
karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan
sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah
Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
" Apakah yang membuat kamu menangis ? " Lalu mereka menjawab,
" Ya Allah ! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah lagi
bermaksud, " Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari
tipu dayaku ." Setelah diusir, maka iblis pun berkata, " Ya Tuhanku,
Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku
tidak menguasainya melainkan dengan penguasaanMu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, " Engkau dikuasakan atas dia,
yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum. " Berkata
lagi iblis, " Tambahkanlah lagi untukku. " Allah berfirman yang
maksudnya, " Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali
tentu dilahirkan untukmu dua padanya. "

Berkata iblis lagi, " Tambahkanlah lagi untukku. " Lalu Allah berfirman
dengan maksud, " Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau
berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah. " Berkata iblis lagi,
" Tambahkanlah lagi untukku. " Maka Allah berfirman lagi yang
bermaksud, " Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda
dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi
mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun
yang berjalan kaki. Dan seri kanlah mereka pada cintakan harta, iaitu
mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam
haram. "

" Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam
membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang,
seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-
perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka
Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah
agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-
perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka. " ( Hal ini ada
disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :
" Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan
suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang
berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta
dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang
dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan. "

#### Kita sebagai manusia yang lemah harus menunduk/merendah diri
kepada Allah atas segala nikmat dan kurnia daripadaNya. Air mata yang
dititiskan kerana Allah, dan mengharapkan bantuan/pertolongan dari Allah
serta mengHaraPkan keRedhaan daripadaNya atas setiap tindakan kiTa
yang SelaLu saLah daN SelaLu LemaH...^^.. ####

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Lukman Hakim Dengan Telatah Manusia...^^..

Lukman Hakim Dengan Telatah Manusia...^^..

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim
telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala
anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu,
setengah orang pun berkata, " Lihat itu orang tua yang tidak
bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman
pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.
Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, " Lihat
orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar
itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik
ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian
orang ramai pula berkata lagi, " Lihat itu dua orang menaiki seekor
himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak
suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun
dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,
" Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan
telatah mereka, katanya, " Sesungguhnya tiada terlepas seseorang
itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah
dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja.
Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, " Wahai
anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir.
Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya
tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya,
lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdaya orang) dan hilang
kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada
tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan
dan meringan-ringankannya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Menangis  Kerana Takutkan Allah...^^..

Menangis  Kerana Takutkan Allah...^^..

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Bahawa tidak akan masuk neraka
orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu
kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar
menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari
kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah
diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu
daripada rambut-rambut matanya berkata, " Wahai Tuhanku, Rasul
Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang
menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan
matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat
takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya
dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis
kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan,
telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa
pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan
mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan,
semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, " Kamu lihat (pada hari itu)
setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap
umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada
hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan."
(Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar
kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan
dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat
didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan
berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, " Diriku,
diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi
sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa
itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi
Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, " Wahai api !
Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli
sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang
yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali,
lalu malaikat Jibril berkata, " Sesungguhnya api neraka itu menuju
kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa
semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S.
" Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu
Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah
api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S.
" Wahai Jibril, Apakah air itu ?" Maka Jibril berkata, " Itulah air
mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut
kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk
memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu."
Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah, anugerahilah kepada
kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu,
sebelum tidak ditemunya air mata."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Pahlawan Neraka...^^..

Pahlawan Neraka...^^..

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam
dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat
untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu
diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-
masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul
membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.
Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di
ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan
salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur
dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham
mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut
ketika itu.

" Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan
Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu,
Rasulullah pun menjawab, " Sebenarnya dia itu adalah golongan
penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan
Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu
gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat
berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan
Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan
ceritanya, lantas baginda berkata, " Semasa Qotzman dan Aktsam
keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka
parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan
darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah,
manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus
membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

" Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan
menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya
dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh
dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang
menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah
menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada
mengatakan, katanya, " Demi Allah aku berperang bukan kerana agama
tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak
dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk
membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan
berperang." Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..