Monday 30 June 2014

112. Al-Ikhlas 001-004, Terjemahan Al Quran...^^.. (Tulus Ikhlas / Memurnikan Keesaan Allah)

112. Al-Ikhlas 001-004, Terjemahan Al Quran...^^..
(Tulus Ikhlas / Memurnikan Keesaan Allah)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha
Esa;"

2@ “ Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat (harapan);"

3@ “ Dia tiada beranak (melahirkan), dan tidak pula diperanakkan
(dilahirkan);

4@ “ Dan tidak ada sesiapapun yang serupa (menyamai) denganNya”.

#### Erti Ash Shamad: yang dimaksudkan/disengajakan dan
dituju untuk meminta segala hajat. Maka Allahlah sahaja satu-
satunya tempat meminta hajat. Bukan kepada Kubur, Jin atau
Malaikat sekalipun. ####

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

111. Al-Masad 001-005, Terjemahan Al Quran...^^.. (Nyalaan Api)

111. Al-Masad 001-005, Terjemahan Al Quran...^^..
(Nyalaan Api)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab (celakalah Abu Lahab),
dan binasalah dia bersama !

2@ Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya
(untuk mempertahankan dirinya dari seksaan Allah).

3@ Kelak dia akan menderita bakaran api neraka (masuk neraka) yang
marak menjulang.

4@ Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah (pembawa)
kayu api.

5@ Yang di lehernya tergantung tali dari sabut (tali-tali yang dipintal)
dia penyebar fitnah.

#### Kata sesetengah ulama; Perempuan mengangkut kayu api
ertinya: dia berjalan untuk menfitnah nabi. Jadi dia mengangkut kayu
untuk menyalakan api fitnah terhadap Nabi s.a.w. Kata ulama lain:
dia mengangkut seikat kayu yang berduri lalu ditebarkannya pada
waktu malam di jalan yang akan dilalui Nabi. Kata yang lain pula:
dia mengangkut kayu api pada hari kiamat untuk membakar dirinya
sendiri. ####

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Friday 27 June 2014

Guru Hang Tuah Menerapkan Unsur Budaya Tempatan Dalam Ilmu Ketuhanan (Mengembangkan Agama Islam)...^^..

Guru Hang Tuah Menerapkan Unsur Budaya Tempatan Dalam Ilmu
Ketuhanan (Mengembangkan Agama Islam)...^^..

Syeikh Saman atau Sang Adi Putra (Guru kepada Hang Tuah) adalah
seorang Wali Allah yang tinggi di dalam ilmu hakikat dan ilmu hikmah
(firasat). Beliau dapat mentafsirkan dan menterjemah amalan-amalan
masyarakat setempat yang sebelum ini banyak bersandar kepada
falsafah budaya dan kepercayaan mistik.

Allah s.w.t. memberi kefahaman kepada hambanya dengan meletakkan
setiap bangsa itu memiliki kebudayaan dan adat masing-masing dan
melaluinya mereka dapat beransur-ansur mencapai martabat insan
kamil. Dari masa ke semasa, mereka mula mengkaji kitab al Quran
dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. serta mana-mana budaya dan
adat yang tidak selaras dengan syariat dan wahyu dari Allah, mereka
buang (tinggalkan amalannya). Contohnya mereka (anggota Wali Songo)
menggunakan permainan wayang kulit sebagai alat untuk menjalankan
dakwah mereka.

Mereka tidak menentang dan membantah terus (sekalipun bercanggah
dengan akidah) tetapi diterapkan sedikit demi sedikit (melalui ilmu
al Quran dan hadith) tanpa bangsa mereka sedari telah membuangnya
dari kebiasaan adat dan amalan budaya tempatan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jun 2014...^^..

Wednesday 25 June 2014

Al Hasan al Basri, Anak Asuhan Dan Susuan Isteri Nabi...^^..

Al Hasan al Basri, Anak Asuhan Dan Susuan Isteri Nabi...^^..

Di Madinah sekitar tahun 30 Hijrah. Wajah Ummu Salamah tidak
lekang daripada senyuman. Berita tentang lahirnya seorang putera
membuatkan hatinya gembira. Putera bertuah itu dilahirkan oleh
hambanya yang bernama Khairah dan diberi nama al Hasan atau
nama penuhnya al Hasan bin Yasar. Ummu Salamah meminta
seseorang menjemput Khairah ke rumahnya. Beliau sendiri ingin
menjaga Khairah dan bayinya dalam tempoh berpantang. Lalu,
membesarlah al Hasan di rumah Ummu Salamah r.h.a.

Beliau merupakan hamba lelaki yang telah dimerdekakan, milik
seorang sahabat yang bernama Zaid bin Thabit r.a. Pada suatu
hari ibunya; Khairah mempunyai beberapa urusan yang perlu
diselesaikan di luar. Ummu Salamah menjaga al Hasan yang masih
lagi menyusu.

*** Disusukan oleh Wanita Mulia. ***

Setelah lama menunggu, ibunya masih belum pulang. Al Hasan
menangis kelaparan. Ummu Salamah memujuk dengan kasih sayang,
namun beliau gagal dipujuk serta tangisannya meruntun perasaan.
Ummu Salamah membawa al Hasan yang masih kecil masuk
ke biliknya dan disusukannya sekadar untuk menenangkan anak
kecil itu. Al Hasan menyusu dengan Ummu Salamah.

Padahal, beliau belum mampu lagi menghasilkan susu. Dengan kuasa
Allah, badan Ummu Salamah dapat mengeluarkan susu sehingga
membuatkan al Hasan tertidur kekenyangan. Kajian banyak
membuktikan penghasilan susu ibu boleh berlaku kesan psikologi
kasih sayang seorang ibu.

*** Berkhidmat di Rumah Para Isteri. ***

Jiwa pendidik atau murabbiyah yang mengalir dalam darah Ummu
Salamah r.h.a. dialirkan pula ke jiwa al Hasan. Siapa yang tidak kenal
Ummu Salamah ? Beliau seorang wanita Arab yang memiliki
kesempurnaan akal pemikiran, mempunyai kebijaksanaan, memiliki ilmu
yang sangat luas, banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah serta
termasuk dalam kalangan wanita yang pandai menulis pada zaman
jahiliah.

Pada masa kecilnya, al Hasan sentiasa hidup berpindah-randah
di antara rumah-rumah Ummul Mukminin. Kehidupan sedemikian
menyebabkan al Hasan terdidik dalam suasana yang murni dengan
akhlak yang baik, agama, beradab dan berilmu.

*** Kehidupan Beliau Menuntut Ilmu. ***

Al Hasan diberi peluang untuk berguru dan menuntut ilmu dengan
sahabat-sahabat Rasulullah yang terkemuka di masjid Rasulullah s.a.w.
seperti Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas, Ali bin Abu Talib, Abu
Musa al-Ash'ari, Anas bin Malik, Jabir  bin Abdullah dan Abdullah bin
Umar.

Ketika berusia 14 tahun, al Hasan merantau ke Basrah. Beliau
membawa kedua-dua ibu bapanya bersama dan menetap di sana.
Basrah merupakan salah satu syurga ilmu yang terbesar pada masa
itu. Masjidnya sering dikunjungi oleh para sahabat yang terkemuka
terutamanya Abdullah bin Abbas. Al Hasan mendapat ilmu secara
langsung daripadanya seperti ilmu tafsir, hadis dan qiraat.

Selain berguru daripada Abdullah bin Abbas, al Hasan juga tekun
mempelajari ilmu fiqah, bahasa Arab dan adab (sastera) daripada
para sahabat lain sehingga beliau muncul sebagai seorang yang alim
pada zaman beliau.

Seterusnya, al Hasan telah berkongsi dan menyampaikan ilmunya
kepada masyarakat umum. Ramai pencinta ilmu yang berguru dengan
beliau. Ini menyebabkan beliau disayangi oleh orang lain dengan sikap
dan ilmu yang beliau sampaikan.

*** Pujian Ulama kepada al Hasan. ***

Khalid bin Safwan, sahabat rapat al Hasan berkata; " Beliau seorang
yang memiliki sifat batiniah yang sama dengan sifat lahiriahnya. Kata-
kata beliau sama dengan perbuatan beliau. Apabila beliau
memerintahkan supaya melakukan kebaikan, beliaulah orang yang
paling banyak melakukannya. Apabila beliau melarang daripada
melakukan kemungkaran, beliaulah orang yang paling banyak
meninggalkannya.

" Malah, aku berpendapat beliau seorang yang tidak memerlukan
bantuan orang lain kerana beliau seorang yang zuhud kepada apa
yang dimiliki orang lain. Sebaliknya, aku melihat orang lain yang
memerlukan bantuan beliau kerana mereka sentiasa meminta apa
yang beliau miliki."

Maslamah bin Abdul Malik berkata tentang beliau; " Bagaimana
sesuatu kaum boleh tersesat sedangkan dalam kalangan mereka
terdapat seseorang seperti al Hasan al Basri ?"

*** Ikhlas Menasihati Pemerintah. ***

Al Hasan al Basri tidak bersikap pejam mata terhadap suasana politik
yang berlaku dalam negaranya. Beliau ikhlas menasihati pemerintah.
Pada suatu ketika, Umar bin Hubayrah datang kepada beliau untuk
meminta buah fikiran. Ini berlaku apabila Khalifah Yazid bin Abdul
Malik memerintahkan suatu perkara yang Umar bin Hubayrah sendiri
tidak bersetuju mengenai perkara tersebut.

Lalu al Hasan memberikan nasihat; " Wahai Ibn Hubayrah ! Takutlah
kepada Allah dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid.
Janganlah kamu takut kepada Yazid dalam melaksanakan perintah
Allah."

Umar bin Hubayrah teruja. Dia terus memberi perhatian dan fokus
terhadap kata-kata al Hasan. Al Hasan berkata lagi; " Ketahuilah
bahawa Allah s.w.t. berkuasa untuk melindungi kamu daripada
kemarahan Yazid, sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi
kamu daripada kemurkaan Allah."

Umar bin Hubayrah tertunduk, al Hasan menyambung bicara;
" Wahai Ibn Hubayrah ! Tidak lama lagi malaikat yang sangat bengis
dan tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu.
Ia akan memindahkan kamu dari katil kamu dan Ia akan memindahkan
kamu dari istana kamu yang sangat luas ini ke kubur kamu yang sangat
sempit. Di sana, kamu tidak akan bertemu dengan Yazid sebaliknya
kamu akan bertemu dengan amalan perbuatan kamu yang melanggar
perintah Tuhan kepada Yazid."

Umar bin Hubayrah menjadi gerun, al Hasan terus menyambung:
" Wahai Ibn Hubayrah ! Sekiranya kamu tetap bersama-sama dengan
Allah dan sentiasa berada dalam keadaan melakukan ketaatan
kepadaNya, kamu akan terselamat daripada malapetaka Yazid bin
Abdul Malik di dunia dan di akhirat kelak. Tetapi, sekiranya kamu
sentiasa bersama-sama dengan Yazid di dalam melakukan maksiat
kepada Allah s.w.t. Allah akan menyerahkan kamu kepada Yazid.
Ketahuilah, wahai Ibn Hubayrah, sesungguhnya kita tidak boleh
mentaati perintah makhluk dalam perkara yang melanggar perintah
Allah."

Mendengar kata-kata tersebut, Ibn Hubayrah terus menangis
sehingga air matanya membasahi janggutnya.

*** Hikmah Bicara al Hasan. ***

Pengajaran yang baik diberikan oleh al Hasan boleh menggegarkan hati,
menarik perhatian orang yang lalai dan mengalirkan air mata orang
yang mendengarnya. Antara pengajaran beliau ialah:

" Sesungguhnya perumpamaan di antara dunia dan akhirat adalah
seperti timur dan barat. Apabila kamu semakin hampir kepada salah
satunya bererti kamu semakin jauh dari yang satu lagi."

" Dunia merupakan suatu tempat yang pada awalnya adalah kepenatan
dan penghujungnya adalah kebinasaan. Perkara halalnya mengandungi
perhitungan, manakala perkara haramnya pula mengandungi pembalasan
seksa. Sesiapa yang merasakan dirinya telah mencukupi dengan apa
yang ada dalamnya, bererti dia telah tertipu. Manakala sesiapa yang
merasakan dirinya sangat memerlukan kepada apa yang ada dalamnya,
dia akan bersedih."

Al Hasan meninggal dunia pada tahun 110 Hijrah di usia 80 tahun.
Ketika hari itu, semua penduduk Basrah keluar mengiringi jenazah
beliau iaitu bersamaan hari Jumaat awal bulan Rejab. Semoga Allah
meRedhainya, dan beliau Redha kepada Allah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jun 2014...^^..

103. Al ’Asr 001-003, Terjemahan Al Quran...^^.. (Masa)

103. Al ’Asr 001-003, Terjemahan Al Quran...^^..
(Masa)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Demi Masa !

2@ Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

3@ Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan supaya
sabar menghadapi kesulitan.

### Semua manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman teguh dan beramal soleh, serta suka berwasiat (memberi
nasihat) dengan kebenaran dan kesabaran. Adapun orang yang
dikatakan soleh, ialah orang yang mengerjakan kewajipannya terhadap
dirinya, seperti menjaga kesihatan, kepada keluarganya seperti
menafkahinya, mendidiknya, kepada tetangga, negeri dan manusia
umumnya iaitu dengan tolong-menolong dan beramah mesra dengan
mereka. Begitu juga dengan Allah seperti mengerjakan sembahyang,
puasa dan sebaliknya. Ringkasnya mengikut apa yang diperintahkan
Allah dan menjauhi apa-apa yang dilarangNya. ###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jun 2014...^^..

Wednesday 11 June 2014

Waktu Itu Terlalu Berharga...^^..

Waktu Itu Terlalu Berharga...^^..

Waktu adalah hal yang paling sering disesali, jadi mulailah dari
sekarang. Jangan sia²kan tiap waktu yang Anda miliki, jadikan
waktu Anda habis dengan bermakna... !!! ^^..

“ The person who is seeking the truth, one evidence will be enough
for him. A person who is upon their desires, a thousand evidences
will still not be clear for him.”  Imam Al Albani.

" The greatest jihad is to battle your own soul, to fight the evil
within yourself"  Prophet Muhammad (saw) .

Work hard, Learn more and Pray always...^^..
BeKerja keras, mencari Ilmu dan berAmal soleh...^^..

Anakku Seorang Hafiz by Mohd Solleh Abd Razak. Owner of
Telaga Biru Sdn Bhd.

Hadith of The Decree 
Malik :: Book 46 : Hadith 46.1.1

Yahya related to me from Malik from Abu'z-Zinad from
al-Araj from Abu Hurayra that the Messenger of Allah,
may Allah bless him and grant him peace, said, " Adam and
Musa argued and Adam got the better of Musa. Musa
rebuked Adam, " You are Adam who led people astray and
brought them out of the Garden." Adam said to him,
" You are Musa to whom Allah gave knowledge of everything
and whom he chose above people with His message."
He said, " Yes." He said, " Do you then censure me for a matter
which was decreed for me before I was created ?" "

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jun 2014...^^..

Monday 9 June 2014

Pengajaran Dari Kisah Nabi Saleh A.S...^^..

Pengajaran Dari Kisah Nabi Saleh A.S...^^..

Pengajaran yang dapat dirumus dari kisah Nabi Saleh ini ialah
bahawa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok
kecil warga masyarakat dapat membinasakan masyarakat itu
seluruhnya.

Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur dan bahkan
tersapu bersih dari muka bumi kerana dosa dan pelanggaran perintah
Allah yang dilakukan oleh segelintir pembunuh unta Nabi Saleh A.S.

Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah agar kita melakukan amar
makruf nahi mungkar. Kerana dengan melakukan tugas amar makruf
nahi mungkar yang menjadi fardu kifayah itu, setidak-tidaknya kalau
tidak berhasil mencegah kemungkaran yang terjadi di dalam
masyarakat dan lindungan kita, kita telah membebaskan diri dari
dosa menyetujui atau merestui perbuatan mungkar itu.

Bersikap pasif, acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran
yang berlaku di depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan
dan penyekutuan terhadap perbuatan mungkar itu.

" BerDoaLah agar tidak terMasuk di dalam sesuatu Kaum yang
terSesat." dan Perintah/keterangan dari tuhan Allah dan Nasihat
di dalam Al Quran yang sering di Abaikan. " Hidangan dan Seksa
dari NerakaLah layak buat mereka."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jun 2014...^^..

Sunnah Nabi Ketika Hendak Tidur...^^..

Sunnah Nabi Ketika Hendak Tidur...^^..

Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi
alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara
yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat
mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat
mimpi yang buruk, tentu kita merasa tidak senang duduk.

Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran.
Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda
untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.

Rasulullah adalah teladan kita, seluruh kesehariannya adalah
panduan kita ikut. Dalam ‘ terjaga’ atau terlelap sekalipun.
Rasulullah shallahu’alahi wasallam biasanya tidur di awal malam
dan bangun di akhir. Seorang muslim hendaknya selalu
bermuhasabah diri sebelum tidur, tentang apa yang telah dilakukan
selama seharian. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan
“ Alhamdullillah”.

Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat.
Sebelum tidur disunnahkan berwudhu terlebih dulu serta mengiring
ke sisi kanan ketika tidur. Menjelang tidur, disunnahkan
membersihkan tempat tidur dengan tiga kali sapuan. “ Jika engkau
hendak menggunakan tempat tidur, maka sapulah atau kibaskanlah
dulu, kerana siapa tahu ada sesuatu di baliknya”. Dan dalam
riwayat lain, “ tiga kali”. (HR. Muttaqun’alaih)

Dimakruhkan tidur dengan tertelungkup/meniarap , ” Tidur
tetelungkup/meniarap itu merupakan kebiasaan penghuni neraka”.
(HR. Ibnu Majah) Disunnatkan membaca ayat kursi dan akhir surat
Al-Baqarah serta surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas serta
membaca do’a-do’a yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jun 2014...^^..