Monday 28 October 2013

Jadual WaktuKu...^^..

Jadual WaktuKu...^^..

1@ Sebelum tidur qada'kan saki-baki sembahyang yang masih tertinggal.
2@ Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam
10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk. Sewaktu hendak tidur,
ucapkanlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan
Allah hu Akbar 34 kali, ayat Kursi dan tiga Kul ( Qul hu Allah hu
Ahad, Qul a'uzubi Rabbil Falaq dan Qul a'uzubi Rabbin Nas.
3@ Jika tidak keberatan laksanakan solat-solat sunat seperti
tahajjud, witir dan solat sunat biasa. Jika sempat, basahi lidah
dengan berzikir dan berselawat ke atas Nabi SAW.
4@ Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00,
kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud, witir, solat
syukur dan solat sunat biasa. Amalkan lima jumlah rakaat, 2 untuk
tahajjud, 1 untuk witir dan 2 untuk syukur.
5@ Bacalah Al Quran bersama terjemahannya, sekurang-kurangnya 10 ayat
jika terlalu mengantuk, tapi jika mampu bacalah 30 ayat atau lebih.
6@ Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
7@ Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,
rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di
dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula
hingga akhirnya.
8@ Bangun dan segera mandi, bersugi(berus gigi) dan ambil wuduk.
9@ Sempurnakan sembahyang Subuh dan jika tidak keberatan sembahyang
Dhuha dan Syukur sekali.
10@ Mulakan sebarang pekerjaan dengan ucapan " Bismillah hirrohma
nirrohim". Jika berkesempatan bacalah Al Quran bersama terjemahannya
apabila ada masa terluang.
11@ Basahi lidah dengan zikir-zikir biasa, seperti Laailahaillallah,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu Akbar dan selawat ke atas utusan
Allah, nabi Muhammad Rasul Allah.
12@ Jika hati masih kosong dengarkan nasihat-nasihat dan tazkirah
dari Ustaz-ustaz yang mendalam ilmu agamanya, baik dalam ilmu hadith
dan sunnah Rasulullah yang shahih dan benar agar tidak tergolong
dalam 71 golongan yang sesat.

### Para rasul, nabi dan orang soleh terdahulu menjadikan sembahyang
pada malam hari amalan Wajib kerana waktu itu tidak bising dan
sesuai untuk berbicara, meminta dan merintih dengan tuhan kita "Allah".
Malaikat pula turun ke bumi, kerana waktu itu udaranya nyaman dengan
embun yang sejuk. Di terangkan dalam Al Quran, Surah Al Muzammil 073
tentang kebaikan dan darjat orang yang menghidupkan malam, saat-saat
orang lain masih lalai dengan selimutnya...###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Nasihat Takut Lupa...^^..

Nasihat Takut Lupa...^^..

" Menuntut ilmu agama itu wajib bagi Muslim laki-laki dan perempuan,
samaada muda remaja atau tua dewasa, kerana sebagai pemberi syafaat dan
teman di alam akhirat kelak..._Norshahuddin Edited...^^..

" Ambillah sifat memberi kemaafan, perintahlah pada perkara yang baik,
dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil dalam beragama.
" Surah al a'raf : 199.    ..._Norshahuddin Edited...^^..    

" Genius adalah 1% Ilham dari Allah dan 99% Keringat dari Kita sendiri."
_Norshahuddin Edited...^^..

" Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian; Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-
pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
Surah Al Asr 1 - 3 ( Masa Itu Berharga).

Televisyen Merupakan Alat Yang Melalaikan Dan Merosakkan Akidah Anak
Muda Islam...Penerapan Budaya Barat Campuran Melayu Menjatuhkan Adat
Sebenar Warisan Anak Melayu...Dan Lama-kelamaan Bersebati Dengan
Hidup Dan Budaya Sebagai Muslim Melayu...Yang Haram Diselitkan Dan
Tanpa Kita Sedari Sudah Terlambat Untuk Mengubahnya...Budaya Hidup
Islam, Amalan Dan Warisan Para Nabi Pula Terpinggir Dan Terkubur
Sehinggakan Umat Selepasnya Tidak Mendapat Hidayat Dan Buta Dalam
Beragama. Allah Telah Membutakan Hatinya...Sepatutnya Buku Ilmiah
Dan Usaha Mencari Ilmu Agama Yang Patut Dijadikan Hobi Masa Terluang
...Peliknya Al Quran Ada Di Merata-Rata Tempat Tapi Tidak
Dipraktikkan Dan Tiada Usaha Untuk Memahami Maksud-Maksud Sebenar
Kata Dari Pencipta Diri Kita...Tentang Adanya Kehidupan Selepas Mati
Dan Balasan Bentuk Nikmat Dan Seksaan Atas Amalan Kita Di Dunia, Dan
Kehidupan Yang Kekal Tanpa Ada Kematian Selepas Itu, Keadilan Yang
Sebenar-Benar Adil..._Norshahuddin Edited...^^..

Kelemahan Jin Menurut Islam...^^..

Kelemahan Jin Menurut Islam...^^..

Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak
dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan
bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut
adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:

1@ Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh. Bukti bahawa syaitan
atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan
syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr
ayat 39 - " Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah
memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka
memandang baik (perbuatan mak'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan
menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis
di antara mereka ". (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu
dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika
seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak
akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2@ Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah. Apabila
seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta
mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan
lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis
riwayat Imam Tirmi-dzi Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda kepada Umar: " Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu,
wahai Umar" (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan
takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya.
Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis
berikut ini: " Sesungguhnya orang mukmin akan dapat mengawal
(mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang
dapat mengawal untanya ketika perjalanan" (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa
qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh
syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan
atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana
disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:
" Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Tidak ada
seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin
dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat ". Para sahabat bertanya:
" Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab:
" Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu
masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk
kebaikan "(HR. Muslim).

3@ Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman. Di antara mukjizat Nabi
Sulaiman adalah dapat menaklukkan jin dan syaitan sehingga semuanya
boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam
ayat al-Qur'an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38: " Kemudian Kami
tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana
saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-
syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang
terikat dalam belenggu" (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas
doanya yang mengatakan: " Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak
diberikan kepada seseorang setelahku" (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk
mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau.
Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan: Dari Abu Darda berkata:" Suatu hari
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami
mendengar Rasulullah mengatakan: " Aku berlindung kepada Allah darimu",
kemudian Rasulullah Shallallahu' Alaihi wa Sallam juga berkata: " Allah
telah melaknatmu" sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan
tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah
selesai solat, kami bertanya: " Wahai Rasulullah, kami mendengar anda
mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga
melihat anda membukakan kedua tangan anda ". Rasulullah menjawab:
" Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang
di muka saya, lalu aku berkata:" Aku berlindung kepada Allah darimu "
sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:" Allah telah melaknatmu
dengan laknat yang sempurna "sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud
untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami,
Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak
penduduk Madinah "(HR. Muslim).

4@ Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah. Syaitan dan jin
tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu,
apabila seseorang bermimpi melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa
Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:
"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: " Sesiapa yang
bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan
tidak dapat menyerupaiku "(HR. Muslim).

5@ Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit
Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat,
akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah
ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana
apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur.
Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari
langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun
adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat
dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6@ Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama
Allah. Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: " Tutuplah pintu-pintu,
dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan
membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah
tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum
yang diperbuat dari kulit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa
sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama
Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak
tidur), matikanlah lampu-lampu kalian "(HR. Muslim).

tuliskanakuhadith.blospot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

19 Tanda Kematian Yang Mulia...^^..

19 Tanda Kematian Yang Mulia...^^..

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
Disunting oleh Norshahuddin Edited Oct 2013

MEMANG amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah
adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan
serentak dalam satu lahad. Takziah kepada keluarga mangsa semoga
tabah menghadapi ujian kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi
pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi
orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang
zalim dan jahat adalah azab.

Memang sedih apabila dengar berita kematian, tapi bagi yang tahu
kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid.
Bagi keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi terbabit, sedikit
hiburan dari tulisan kali ini. Ini kerana di sana ada satu senarai
pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati
syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam
tulisan ini.

1@ Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian
sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan
terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).”
( Hadis Hasan)

2@ Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat
atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah
bin Khusaib r.a ( bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang
melawat seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah
meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata:
Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
(Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis
Sahih)

3@ Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam
Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah
seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat
melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).

4@ Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya:
(Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang
terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki
di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan
Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang
belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih.
Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan
kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-
orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171). Rasulullah s.a.w
bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni
dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya
dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari
goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan,
dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi
tujuh puluh anggota keluarganya.”

5@ Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan
terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “ (Apa yang kalian
nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah
siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata:
(Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu
siapa mereka Ya Rasulullah? Baginda berkata: (Barang siapa yang
terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah
syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa
yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam
syahid).”

6@ Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis
antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan
bagi setiap Muslim).

7@ Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di
atas.

8@ n 9@ Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan
berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang
mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang
terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).

10@ Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan
melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah
s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak
berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa
syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah
syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku,
terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid,
wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan
tali arinya ke syurga).

11@ n 12@ Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas
yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang
terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’:
(Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana
wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit
bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid,
yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita
yang mati setelah melahirkan syahid).

13@ Mereka yang mati kerana sakit (TB)Tibi berdasarkan hadis: Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita
yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang
yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati
kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)

14@ Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam
riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang
benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).

15@ n 16@ Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh
kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya
syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa
yang terbunuh kerana darahnya syahid).

17@ Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)di
jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa
dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan
untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan
di amankan dari fitnah).

18@ Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha
illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka
dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah
Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang
siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu
wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).

19@ Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat
kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para
Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib kerana dia seseorang yang
mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan
melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya) Hadis dikeluarkan oleh
Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.

Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas.
Amin Ya Rabbal ‘aalamin.

tuliskanakuhadith.blospot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Jenis Sihir Sesama Manusia...^^..


Jenis Sihir Sesama Manusia...^^..

1@ Tafriq (Sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul
perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka
suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2@ Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat,
terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3@ Takhayyul (Sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi
pada pandangannya ia besar.

4@ Al-Junun (Menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang
yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap
di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala
tuju dan tinggal di rumah kosong.

5@ Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk
tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam
keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6@ Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa
diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas
dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat
atau disayangi.

7@ Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota
badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8@ Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang
keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar
secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9@ Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir
ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

Sunday 20 October 2013

Rahsia Di Sebalik Pergerakan Tubuh Badan...^^..

Rahsia Di Sebalik Pergerakan Tubuh Badan...^^..

Setiap pergerakan tubuh badan kita tu ada maksudnya tersendiri
apabila kita selesa mahupun disebaliknya. Perasan tak bila kita tak
selesa secara automatik kita akan berpeluh atau tangan dan mata kita
akan tak tentu arah. Disini ada sedikit maksud pergerakan. So, kaji
dan cuba lihat kesahihan dia.

1@ Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap.
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta,
mutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan
perkara yang diucap atau cakapkan.

2@ Berpeluk tubuh ketika bercakap. Dia memperlihatkan satu sikap yang
defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan.
Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju
dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga
menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan
tidak berpuas hati dengan kita.

3@ Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari.
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara
yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka
perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat
pada diri kita.

4@ Mata dan dahi berkerut-kerut. Ini menandakan dia berminat dengan
apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan
padanya.

5@ Mata berkelip lebih laju daripada biasa. Gerak laku ini pula
mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6@ Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap. Ini
menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-
betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak
menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk
berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7@ Memandang kita, tetapi tidak pada mata sewaktu kita bercakap
(memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ). Ini bermakna dia
berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa.

8@ Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang. Dia bersikap
negatif kapada kita. Dia kemungkinan berasa bosan, menyampah ragu
atau memandang rendah diri kita.

9@ Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap.
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara
kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya
tegang.

10@ Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas. Orang
yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif
dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang
tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Nama-Nama Surah Di Dalam Al-Quran...^^..

Nama-Nama Surah Di Dalam Al-Quran.

1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan)
2. Surah Al-Baqarah (Lembu Betina)
3. Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran)
4. Surah An-Nisaa’ (Wanita)
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan)
6. Surah Al-An’aam (Binatang Ternakan)
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tertinggi)
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang)
9. Surah At-Taubah (Pengampunan)
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.)

11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.)
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.)
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh)
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.)
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu)
16. Surah An-Nahl (Lebah)
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam)
18. Surah Al-Kahfi (Gua)
19. Surah Maryam (Siti Maryam)
20. Surah Taahaa

21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi)
22. Surah Al-Hajj (Haji)
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman)
24. Surah An-Nuur (Cahaya)
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan)
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair)
27. Surah An-Naml (Semut)
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita)
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah)
30. Surah Ar-Rum (Bangsa Rom)

31. Surah Luqman (Luqman)
32. Surah As-Sajdah (Sujud)
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu)
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’)
35. Surah Faatir (Pencipta)
36. Surah Yaasin
37. Surah As-Saaffat (Yang Teratur Berbaris)
38. Surah Saad
39. Surah Az-Zumar (Rombongan)
40. Surah Al-Mu’min (Orang yang Beriman)

41. Surah Fussilat (Dijelaskan)
42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan)
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas)
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut / Asap)
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut)
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir)
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
48. Surah Al-Fath (Kemenangan)
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik)
50. Surah Qaaf

51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan)
52. Surah At-Tur (Bukit)
53. Surah An-Najm (Bintang)
54. Surah Al-Qamar (Bulan)
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan)
57. Surah Al-Hadid (Besi)
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu)
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran)
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji)

61. Surah As-Saf (Barisan)
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat)
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik)
64. Surah At-Taghabun (Dinampakkan Kesalahan)
65. Surah At-Talaq (Cerai / Talak)
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan)
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan)
68. Surah Al-Qalam (Pena / Kalam)
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar / Hari Kiamat)
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik)

71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.)
72. Surah A-Jin (Jin)
73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut)
74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselubung)
75. Surah Al-Qiyaamah (Hari Kebangkitan / Kiamat)
76. Surah Al-Insaan (Manusia)
77. Surah Al-Mursalat (Malaikat Yang Diutus)
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar)
79. Surah An-Naazi’aat (Malaikat Yang Mencabut)
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka)

81. Surah At-Takwiir (Menggulung)
82. Surah Al-Infitar (Terpecah & Terbelah)
83. Surah Al-Mutaffifiin (Golongan yang Curang)
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah)
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang)
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam)
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi)
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan)
89. Surah Al-Fajr (Fajar / Sinar Mentari)
90. Surah Al-Balad (Negeri)

91. Surah Asy-Syams (Matahari)
92. Surah Al-Lail (Malam)
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi)
94. Surah Al-Insyirah/An-Nasyrah (Melapangkan)
95. Surah At-Tin (Buah Tin / Buah Ara)
96. Surah Al-‘Alaq (Segumpal Darah)
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan)
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata)
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan)
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang)

101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar / Kiamat)
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah)
103. Surah Al-‘Asr (Masa)
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat)
105. Surah Al-Fiil (Gajah)
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy)
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna)
108. Surah Al-Kauthar (Sungai Di Syurga)
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir)
110. Surah An-Nasr (Pertolongan)

111. Surah Al-Lahab (Nyalaan Api)
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas / Memurnikan Keesaan Allah)
113. Surah Al-Falaq (Waktu Subuh / Dinihari)
114. Surah An-Nas (Manusia)

tuliskanakuhadith.blospot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Amalan Sihir Dalam Masyarakat Melayu...^^..

Amalan Sihir Dalam Masyarakat Melayu...^^..

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu
Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk
dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Syirik ( Percaya Kuasa Lain Selain Allah), sedangkan kekuasaan itu
datang dari Allah, sebagai ujian untuk menguji keteguhan iman orang
muslim, yang mana beriman kepada Allah dan Al Quran dan membenarkan
ayat ayat Allah, atau sekadar adat, nama dan berketurunan Islam
semata-mata.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat
Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri.
Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan
bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir
Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu
bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut
dikenali sebagai berikut :-

¦Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh
manusia,

¦Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh
digunakan bagi tujuan mengganggu,

¦Polong : Bagi menghisap darah mangsa

¦Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang
sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh
orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan
nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam
hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

Jenis-Jenis Sihir

Patung___Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati
daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang
kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan
jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir
tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa
maut.

Santau___Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu.
Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan
ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan
membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

Telur Layang___Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah
dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum
akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca.
Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

Tangkal dan Azimat___Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi
daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak
za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang
telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian
tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada
malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

Sihir Pembenci dan Kasih Sayang___Sihir pembenci bertujuan memisahkan
sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh
dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas
kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang
disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang
dihajati.

Cara Mengatasi Gejala Sihir___Apabila telah disahkan seseorang itu
terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka
dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada
penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat
beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.
Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin
A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat
ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, atau tiga Kul iaitu surah
( Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dengan beramal bersungguh-sungguh
dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut
adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah
menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan
membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah
Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada
surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin
bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Saka( Keturunan)

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah
sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini
berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari
keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang
kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin
itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia
kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah
dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun
sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah
s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam
tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan
bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air
tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah
mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang
dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu.
Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan
proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang
berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah
dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan
seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian
tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan,
usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan
jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…...

Ilmu Kebatinan dengan Menuntut (1)

Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan
dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk
dijadikan “ khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang
ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan.
Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran
lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan
sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-
mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.

Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-
Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma

Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir
adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak.
Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas
bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang
berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji
akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan
sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “ berkhidmat” untuknya.

Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya,
ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh
tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh
orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari
kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari
tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan
dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik
ke rumah.

Ilmu Kebatinan dengan Menuntut (2)

Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga
diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil
tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini
juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.

Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu
terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan
yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur
ayam, bertih nasi dan rokok daun. Terdapat ungkapan kata tertentu dalam
upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan,
hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang
disuruh.

Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak
dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :-

Hei anakku si hantu raya
Engkau rasuk sianu
(dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya)
Engkau makan hati perut dia
Jikalau engkau tidak pergi
Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau
Derhaka engkau pada Allah
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku.

Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan
diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan
satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan
tersebut.

Hei anakku si hantu raya
Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan
Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau pada Allah

Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu
raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar
oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya
inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya
yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan
jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan
yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau
memanggil syaitan. Nama “ HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang
biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan.
Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an.

Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal
usul hantu raya, iaitu daripada “ Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan
telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang
yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya.
Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti
yang tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 )

" Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah
seburuk-buruk teman."

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan satu bentuk
pengetahuan umum, haRaM dipraktikkan !!!….. Subhanallah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Cara-cara Tukang@Ahli Sihir

Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok
Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan
jalannya. Iaitu :-

1@Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau
saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau
keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli
Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan
secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan
anak-cucu mereka pula.

2@Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-
neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat,
jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya
ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi
pertolongan.

3@Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa
tertentu yang diamalkannya.

4@Melalui amalan-amalan dari seni mempertahankan diri iaitu Pencak
Silat
ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau dituntutnya.

5@Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang,
gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin
yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.

6@Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu
atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.

7@Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan
diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.

8@Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir

9@Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan
Masyarakat Melayu ialah seperti berikut :-

Pemujaan Kubur_Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli
Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk
menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur
itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan
pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.

Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam
panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang
dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka
telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.

Keris, Lembing dan Limau_Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat
Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan
dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus
dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut
dengan kain kuning atau hitam.

Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan
mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat
memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak
mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.

Ancak_Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada
juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut
kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk
jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat
menjaga kampong dan anak-anak kampong.

Sanggu_Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau
seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh
dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti
di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada
waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah
di asap dengan kemeyan dan di baca mentera atau jampi tertentu.

Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka.
Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini
ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan
sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin
di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut
di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

Sangkak_Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat
tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah
mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih
sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin
penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka.
Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang
juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut
di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan
di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya.
Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya
di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera
dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor
kambing atau kerbau.

Pemujaan Tanduk Kerbau_Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai
akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis
tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.
Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk
menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya
supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di
atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan
di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih
muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan
memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk
memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh
ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu atau memberi nasihat atau
amaran kepada mereka.

Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan
dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti
kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan,
kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan
bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang
sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-
perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kemusnahan kepada
keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka. Mereka lebih percayakan
jin-jin sembahan mereka dari Allah, sedangkan Allah jualah yang memberi
setitik kekuasaan kepada jin-jin sembahan mereka untuk menguji seteguh
mana keimanan manusia.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan satu bentuk
pengetahuan umum, adaLah haRaM dipraktikkan !!!….. Subhanallah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Wednesday 9 October 2013

Nasihat Untuk Umat Baru...^^..

Nasihat Untuk Umat Baru...^^..

Allah S.W.T menjanjikan ganjaran yang tinggi kepada hambaNya yang
bersifat pemurah dan suka menghulurkan bantuan kepada manusia yang
memerlukan. Umat Islam diperingatkan bahawa segala harta kekayaan
adalah milik mutlak Allah S.W.T yang dipinjamkan kepada manusia.
Justeru itu tiada sebab manusia untuk bersifat bakhil kerana sikap
ini akan menyebabkan mereka akan ditimpakan balasan dan seksaan
di akhirat kelak. Harta kita yang sebenar-benarnya adalah amal
soleh dan sedekah jariah. Harta yang dimiliki kita didunia adalah
untuk manfaat orang lain agar dapat menambah lagi keimanan kita.
Tidak berguna jika amal soleh kita tidak bertambah selepas mendapat
kurnia dan limpahan harta dari Allah. Harta dan kemewahan didunia
adalah orang kafir, kerana Allah mahu berlaku adil pada hambaNya
samaada dia kafir atau beriman. Allah membalas nikmat-nikmatnya
orang kafir semasa dia hidup, dan menjadi bahan bakar api neraka
manakala untuk orang Islam, Allah membalasnya di Syurga kelak.
Sedekahmu menjadi ladang dan makananmu yang kekal selamanya.
Seperti mana juga kita sakit menderita di dunia, imbalannya kita
selesa dan tenang di akhirat. Islam telah menyediakan garis panduan
yang lengkap untuk bakal-bakal suami dan isteri di dalam mencari
pasangan hidup. Alam perkahwinan yang bahagia bermula dari
pemilihan jodoh yang betul. Rumahtangga berasaskan keimanan,
ketakwaan, kasih sayang dan amanah menjadi pemangkin kewujudan
generasi yang baik dan cemerlang.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Singapura Dilanggar Todak...^^..

Singapura Dilanggar Todak...^^..

Singapura Dilanggar Todak adalah sebuah cerita lagenda Orang Melayu
yang paling terkenal khususnya di Singapura. Kisah ini pernah
direkodkan dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. 

Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari terdapat
seorang pedagang dan Ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib
telah datang ke Singapura untuk membuka lembaran kehidupan baru
disamping berdagang. Ketika di Singapura beliau sangat disegani oleh
rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa
di samping melakukan kerja-kerja amal dan membantu penduduk-penduduk
tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu di sebelah Istana Raja
Singapura. Permaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang
sedang berdiri di sebatang Pokok Pinang. Lantas Permaisuri Raja
melihat keadaan Tun Jana Khatib yang sedang merenung mata ke arah
pokok pinang, lalu dilihatnya Tun Jana Khatib menghampiri dan
menyentuh batang pokok pinang tersebut. Tiba-tiba, pokok pinang
terbelah dua lalu tersungkur ke tanah. Permaisuri raja berasa amat
terkejut melihat keajaiban yang berlaku pada pokok pinang itu.
Kemudian Tun Jana Khatib pun beredar. Tidak lama kemudian, Raja
Singapura telah terkejut melihat keadaan batang pokok pinang yang
terbelah dua, lalu baginda bertanya kepada permaisurinya bagaimana
kejadian ini boleh berlaku.

Setelah mendapat khabar bahawa kejadian itu adalah perbuatan seorang
dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun
Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang
Kampung Gelam).

Apabila pihak istana dapat menangkap Tun Jana Khatib maka beliau telah
bersumpah: " Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan
kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu
sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah
Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!"
Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana
Khatib, akhirnya beliau tersungkur lalu rebah ke bumi.

Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan,
ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Mengikut lagenda,
jenazah beliau tiba-tiba ghaib tetapi darahnya masih ada, ramai orang
bingung dan hairan akan kejadian tersebut.

Beberapa minit kemudian ribut petir telah menggemparkan Singapura dan
disusuli dengan dentuman kuat. Rakyat terus lari menyelamatkan diri
dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun
Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk
di Langkawi pula mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi
pantai. Penduduk disana telah mendakwa jenazah itu adalah Tun Jana
Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan
yang dipanggil Makam Purba.

Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang
kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:

Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk
menangkap ikan tetapi orang di situ mula bergegas lari ke tengah
daratan. Beberapa ekor ikan todak telah mula menyerang Singapura.
Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada juga orang yang
tersungkur kerana ditikam ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur
dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu
turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat
di situ telah terkorban. Lantas, Raja Singapura segera mengarahkan
pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus
ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai yang penuh dengan mayat bergelimpangan terdampar,
baginda telah mula berasa amat tertekan. Maka Raja Singapura
mengarahkan orang yang ada disitu untuk terus ke tepi pantai berbaris,
lalu dijadikan betis masing-masing sebagai pedinding dari serangan
ikan todak. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka
mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang berada dalam ketakutan dan
mereka menyangka tiada harapan lagi untuk bertahan. Keadaan ini
membuatkan Raja Singapura bertambah murka dan seraya mendakwa sesiapa
yang lari akan dikira sebagai penderhaka kepada raja yang akan ditimpa
hukuman.

Maka ada seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun yang bijaksana
bernama Hang Nadim. Beliau terus pergi untuk menghadap raja yang
berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain
kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik dari Hang Nadim bahawa
elok jika dibariskan batang pisang untuk dijadikan kubu pertahanan.
Akhirnya baginda bersetuju dengan cadangan Hang Nadim itu, lalu
mengarahkan orang yang ada di situ untuk terus meninggalkan pantai
untuk mencari batang pisang bagi dijadikan kubu. Orang yang ada
di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh
sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang
untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam
kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu.
Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan
akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat
Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan
dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai
yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak itu.
Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah
memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda
menjemput Hang Nadim ke istana untuk menerima anugerah daripadanya.

Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar berasa iri hati dan mula
berasa benci dengan kebijaksanaan dan populariti Hang Nadim kerana
pada pengamatan mereka, apabila Hang Nadim sudah dewasa nanti, beliau
mungkin akan diangkat tinggi dan kebarangkalian Hang Nadim akan
merampas kuasa baginda raja dan memerintah Singapura pada suatu hari
nanti.

Para pembesar yang iri hati telah berjaya menghasut Raja Singapura
dengan berita fitnah tersebut. Raja Singapura yang mudah percaya akan
dakwaan tersebut telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat
penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan
mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk
menghadiri istiadat penganugerahan, tetapi sejurus sampainya ke istana,
beliau mula merasakan ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus
menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila beliau bukannya
ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah
masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh
ke atas budak itu. Hang Nadim mula menjerit kesakitan apabila ditikam
oleh sebilah keris lalu mati. Namun terdapat dakwaan bahawa Hang Nadim
tidak dibunuh secara tikaman, tetapi dicampakkan ke dalam laut dan
dibiarkan Hang Nadim mati lemas. Akhirnya Hang Nadim telah menemui
ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Gaya Hidup Di Dunia Membayangi Ahli Syurga Atau Neraka...^^..

Gaya Hidup Di Dunia Membayangi Ahli Syurga Atau Neraka...^^..

Setiap muslim wajib mempercayai akan adanya syurga dan neraka. Justeru
itu, gaya hidup dan tingkahlaku ahli syurga ialah hidup yang selalu
diisi dengan amalan soleh. Kehidupan manusia di dunia ini tidak sia-
sia bahkan ada tanggungjawab tertentu yang berbeza dengan makhluk lain.
Manusia yang bebas daripada budaya maksiat akan membentuk masyarakat
yang bertamadun dan berintegriti. Sebagai persediaan menjadi manusia
yang soleh, maka kita perlu mengambil langkah berikut:
1@ Memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan. 2@ Memastikan
kehidupan kita sehari-hari tidak bercanggah dengan hak-hak Allah dan
hak-hak manusia. 3@ Memperbanyakkan kebajikan kepada manusia seperti
membantu mengurangkan kesusahan dan mempercepatkan urusan yang
melibatkan kepentingan manusia. 4@ Memastikan dalam kehidupan
seharian tidak mencampuradukkan perkara yang halal dan perkara yang
haram.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

25 Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya...^^..

25 Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya...^^..

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin
selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang
bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada
ALLAH.

02 – Orang–orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima
nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang
insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan
sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia
akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan
maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan
yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu
boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang
menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH
dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas
dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana
tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan
sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada
memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu
besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua
itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan,
bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati
atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati,
sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada
kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana
manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya
sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan
pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta
nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak
ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia
tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati
hatilah.

17 – Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang
terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya
sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun
biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak
ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu
adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu
selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH
bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina
daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata
yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila
berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana
sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang
pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang
pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan
sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya
janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,
kelak akan membinasakan dirimu.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Tuesday 8 October 2013

Katanya Yang Berhikmah...^^..

Katanya Yang Berhikmah...^^..

" Semakin kurang keduniaan semakin bebas kamu hidup." Saidina Umar
al Khattab RA.

" Aku cinta kemiskinan agar aku dapat merendah diri. Aku cinta
kesakitan agar dosa-dosaku diampun. Aku cinta kematian agar aku
dapat bertemu dengan Allah." Abu Darda RA.

" Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu
mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang
ada." Imam Syafie.

" Jika saja dunia ini dijual di pasar, aku tidak akan membelinya
seharga sepotong roti kerana semua permasalahan yang dimilikinya."
Imam asy Syafie.

" Siapa yang kenal Allah mengangap dunia ini sebagai musuhnya, dan
siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah." Imam Hasan
al Basri.

" Ilmu ialah cahaya yang Allah tempatkan di dalam hati seseorang.
Dalam meraih atau mencapai cahaya itu diperlukan ittiba (mengikut
Nabi Muhammad) dan menjauhkan diri daripada hawa nafsu serta
perbuatan bidaah." Imam Adz Dzahabi

" Seseorang itu tidak sakit kerana bertembung dengan kekerasan takdir,
tetapi kerana berkeras terhadap takdir dan memberontak terhadap
ketentuan Allah SWT. Syeikh asy Syarif Yusuf al Hasani.

" Menghindari dosa adalah lebih ringan daripada sakitnya penyesalan."
Saidina Umar al Khattab RA.

" Ilmu ialah cahaya yang Allah tempatkan di dalam hati seseorang.
Dalam meraih atau mencapai cahaya itu diperlukan ittiba (mengikut
Nabi Muhammad) dan menjauhkan diri daripada hawa nafsu serta
perbuatan bidaah." Imam Adz Dzahabi

" Tidak berbaloi hidup di dunia kalau mati masuk neraka." Dato
Dr Fadzilah Kamsah.

" Sesungguhnya azab di akhirat berganda-ganda dahsyatnya daripada azab
kubur, sedangkan azab kubur pula lebih dahsyat daripada azab dunia."
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

" Sesiapa yang ingin diringankan oleh Allah SWT ketika berdiri di
Padang Mahsyar, maka tampillah di hadapan Allah pada malam hari dalam
keadaan sujud dan berdiri kerana takutkan akhirat." Ibnu Abbas RA.

" Dan aku suka jika dibacakan al Quran di sisi kubur dan didoakan
terhadap mayat." Imam Syafie.

" Perbuatan maksiat adalah faktor terbesar yang menghapus berkat usia,
rezeki, ilmu dan amal." Hukuma

" Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah ketamakkannya."
Saidina Ali bin Abu Talib KWJ.

" Orang yang suka berkata jujur akan mendapatkan tiga perkara:
Kepercayaan, cinta dan rasa hormat." Saidina Ali bin Abu Talib KWJ.

" Alangkah mulianya hati yang sedih tetapi dapat menyanyikan lagu
kegembiraan bersama hati-hati yang gembira." Kahlil Gibran.

" Jika bukan ulama yang beramal sebagai wali Allah, maka tiadalah
bagi Allah seorang wali." Imam Abu Hanifah.

" Ilmu jika tidak disertai dengan iman tidak berfaedah." Syeikh
Ibrahim Adham.

" Tidaklah cukup memiliki kebijaksanaan, anda perlu mengetahui
bagaimana menggunakannya." Marcus Tullius Cicero

" Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab
dan pertanyaannya, bukan daripada jawapan-jawapan darinya." Voltaire.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Nasihat Buat Puteriku...^^..

Nasihat Buat Puteriku...^^..

Ibu Badwi berkata, " Hai puteriku! Engkau akan berpisah dengan
lingkungan tempat engkau tinggalkan khemah tempat engkau ditatih dan
dan dibesarkan menuju ke sebuah sarang yang sama sekali belum engkau
ketahui, berdampingan dengan kawan yang belum engkau kenal akan
sikapnya. Maka dengan kedudukannya selaku seorang pemilik dirimu, dia
akan menjaga dan menguasai dirimu. Jadilah engkau sebagai hamba
baginya supaya dia juga akan menjadi hambamu." " Hai, puteriku!
Camkanlah olehmu sepuluh pesanku ini, untuk kau jadikan simpanan dan
ingatan iaitu, 1@ Bergaullah suamimu dengan sikap bertolak ansur.
2@ Bermuasyarahlah dalam rumah tangga dengan mendengar serta mentaati
suamimu sebaik-baiknya. 3@ Peliharalah selalu akan keindahan apa-apa
yang menjadi tujuan pandangan suamimu. Hilangkanlah bau-bau tidak
sedap dari tempat-tempat yang akan dicapai oleh hidungnya. Janganlah
sampai dia melihat sesuatu yang buruk daripada dirimu, dan jangan
pula sampai dia mencium daripada dirimu kecuali bau yang wangi
semerbak. 4@ Bercelaklah engkau dengan sebaik-baiknya. 5@ Air adalah
sebaik-baik wangi-wangian apabila wangian tidak ada. Mandilah dengan
sempurna sebelum berhadapan dengan suami. 6@ Peliharalah waktu makan
suamimu, dan tenangkanlah dia sewaktu dia tidur. Kerana perit dan
panasnya lapar itu dapat membakar, manakala kurang tidur dapat
membangkitkan kemarahan. 7@ Peliharalah rumah dan hartanya, tujukan
perhatianmu terhadap dirinya, harga diri dan ahli keluarganya.
Kerana memelihara harta bendanya itu merupakan penghargaan yang baik.
Memberi perhatian kepada ahli keluarga dan harga dirinya merupakan
perbuatan terpuji. 8@ Janganlah engkau bocorkan rahsianya, jangan
engkau bantah suruhannya. Kerana apabila rahsianya telah engkau
bocorkan, engkau tidak akan terlepas daripada kemarahannya dan
apabila engkau membantah kata-katanya bererti engkau menyempitkankan
dadanya. 9@ Jauhilah rasa gembira, tatkala suamimu sedang dirundung
kesusahan atau kesedihan dan janganlah pula engkau bersikap murung
tatkala suamimu sedang gembira. 10@ Hendaklah engkau bersungguh-
sungguh mengagung dan menyanjungi suamimu, supaya dia memuliakan
engkau. Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menyetujui pendapat, buah
fikiran atau rancangan hidupnya yang tidak bersalahan dengan nilai-
nilai agama, agar dia lebih lama mendampingi dirimu." " Ketahuilah
olehmu wahai puteriku! Bahawa engkau tidak akan memperoleh sesuatu
yang engkau ingini, kecuali engkau mendahulukan keredhaannya
daripada keredhaanmu, mendahulukan keinginannya daripada keinginanmu,
terhadap sesuatu yang kamu sukai dan kamu benci, Allah akan
memilihkan yang baik buatmu."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Isteri Syuraih, Gadis Solehah...^^..

Isteri Syuraih, Gadis Solehah...^^..

Pada suatu hari, Syuraih Al Qadhi menemui Al Syabi bertanya kepadanya
perihal ahli keluarganya, Syuraih menjelaskan seperti berikut:
" Semenjak 20 tahun aku menikah dengannya, belum pernah aku lihat
sesuatu sikap kata-kata, tindakan atau pandangan isteriku itu yang
dapat menimbulkan kemarahanku kepadanya." " Bagaimana hal sepeti itu
boleh terjadi?" Tanya Al Syabi. " Pada malam pertama aku pulang ke
rumahnya, aku melihatnya amat mempersona, jarang sekali kutemui
wanita yang secantik dia. Kerana itu, aku berbisik kepada diriku;
" Aku akan bersuci dan berwuduk kemudian hendak solat sebagai
menyatakan syukurku kepada Allah." .Tatkala aku mengucapkan salam,
aku temui isteriku itu juga ikut solat bersama aku dan memberi salam
seperti aku memberi salam." " Tatkala rumahku telah sunyi daripada
para sahabat, aku menghampirinya dan menghulurkan tanganku kepadanya."
Dia berkata, " Atas kelemah-lembutanmu, wahai Abu Umaiyah,
sebagaimana engkau begitu jugalah aku." Kemudian dia mengucapkan;
" Alhamdulillah! Aku memuji serta memohon pertolonganNya, aku
berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan para ahli keluarganya.
Aku adalah wanita yang masih asing bagimu, yang sama sekali belum
tahu tentang akhlak dan kemahuanmu. Oleh itu, terangkanlah kepadaku
sesuatu yang engkau ingini, nescaya aku akan melakukannya, dan
terangkan juga kepadaku apa-apa yang tidak engkau sukai, nescaya aku
akan tinggalkannya." Katanya lagi, " sesungguhnya ramai wanita
cantik daripada kalanganmu yang dapat engkau jadikan isteri, dan
dikalangan kaumku juga ramai lelaki yang sekufu denganku. Tetapi
apabila Allah telah menentukan sesuatu perkara, ia pasti akan
berlaku. Kini engkau telah memiliki diriku sepenuhnya, oleh itu
lakukanlah apa yang engkau ingini, sesuci dengan apa yang
diperintahkan Allah kepadamu, yakni, " Tahanlah pergaulilah isterimu-
isterimu dengan baik dan lepaskan atau ceraikan juga dengan baik.".
Aku sampaikan ucapan ini dan aku memohon keampunan daripada Allah
untuk diriku dan untuk dirimu." Ketika didatangi ibu mertuaku, dia
bertanya kepadaku, " Bagaimana isterimu menurut penilaianmu?"
" Dia adalah isteri yang paling baik." Jawabku. Ibu mertuaku berkata,
" Wahai Aba Umaiyah, sesungguhnya wanita tidak akan menjadi buruk
keadaannya dalam dua hal, iaitu apabila dia melahirkan anak lelaki,
atau apabila mendapat kedudukan yang baik di hati suaminya. Demi
Allah! Tidaklah kaum lelaki itu akan menderita di rumahnya, yang
melebihi penderitaan disebabkan isterinya berpura-pura sayang
kepadanya. Oleh itu, didiklah isterimu menurut bentuk pendidikan
yang engkau ingini, dan ajarlah dia perilaku atau akhlak yang baik,
sesuai dengan apa yang engkau kehendaki." " Demikianlah, aku hidup
seia sekata serta diliputi kebahagian dengannya selama dua puluh
tahun, dan aku belum pernah mencerca atau memarahinya kerana sesuatu
sebab yang berpunca daripada sikapnya, kecuali hanya satu kali,
itupun berpunca daripada kesalahanku."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Sunday 6 October 2013

Wanita Yang Mendapat Pujian Dari Allah...^^..

Wanita Yang Mendapat Pujian Dari Allah...^^..

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim. “ Seutama-utama wanita ahli syurga adalah
Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad, Maryam binti Imran
dan Asiyah binti Muzahim.” (HR. Ahmad)

Siapa yang ingin menjadi ahli syurga? Semua orang tentu menjawab
dengan senang hati dengan jawaban “ Ya, saya ingin masuk syurga.”
Termasuk kaum hawa yang disebutkan Rasulullah Saw. paling banyak
menjadi penghuni neraka. Tentu saja dengan segala kenikmatan yang
diberikan Allah Swt di syurga kelak, belum lagi dengan nilai nikmat
bisa melihat Allah Swt dan Rasulullah Saw secara langsung.

Tapi adakah semua itu didapat tanpa usaha dan kerja keras serta
keistiqomahan dalam hidup untuk bertaqwa? Tentu harus diusahakan dan
dipertahankan hingga akhir hayat, agar kelak keinginan itu akan
terwujud. Bagaimana caranya? Salah satunya dengan meneladani para
wanita ahli syurga yang disebutkan dalam Hadits Riwayat Ahmad di atas.

Sejarah mencatat beberapa nama wanita terpandang yang di antara mereka
ada yang dimuliakan Allah dengan syurga, dan di antara mereka ada pula
yang dihinakan Allah dengan neraka. Kerana keterbatasan tempat, tidak
semua figure bisa dihadirkan saat ini, namun mudah-mudahan apa yang
sedikit ini bisa menjadi ibrah (pelajaran) bagi kita.

1@ Khadijah binti Khuwailid. Dia tumbuh dalam lingkungan keluarga yang
terhormat sehingga mendapat tempaan akhlak yang mulia, sifat yang tegas,
penalaran yang tinggi, dan mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji
sehingga kaumnya pada masa jahiliyah menyebutnya dengan ath-thahirah
(wanita yang suci).

Dia merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa
Muhammad tanpa banyak membantah dan berdebat, bahkan ia tetap
membenarkan, menghibur, dan membela Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam di saat semua orang mendustakan dan memencilkan beliau. Khadijah
telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya untuk
kepentingan dakwah di jalan Allah. Ia rela melepaskan kedudukannya yang
terhormat di kalangan bangsanya dan ikut merasakan bebanan dan himpitan
yang dikenakan pada keluarganya.

Peribadinya yang tenang membuatnya tidak tergesa-gesa dalam mengambil
keputusan mengikuti kebanyakan pendapat penduduk negerinya yang
menganggap Muhammad sebagai orang yang telah merosak fahaman dan tradisi
luhur bangsanya. Karena keteguhan hati dan keistiqomahannya dalam
beriman inilah Allah berkenan menitip salamNya lewat Jibril untuk
Khadijah dan menyiapkan sebuah rumah baginya di surga.

Tersebut dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah, ia berkata: Jibril
datang kepada Nabi kemudian berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah
datang membawa bejana berisi lauk pauk, makanan dan minuman. Maka jika
ia telah tiba, sampaikan salam untuknya dari Rabbnya dan dari aku, dan
sampaikan kabar gembira untuknya dengan sebuah rumah dari mutiara
di syurga, tidak ada keributan di dalamnya dan tidak pula ada kepayahan.”
(HR. Al-Bukhari).

Besarnya keimanan Khadijah pada risalah nubuwah, dan kemuliaan akhlaknya
sangat membekas di hati Rasulullah sehingga beliau selalu menyebut-
nyebut kebaikannya walaupun Khadijah telah wafat. Diriwayatkan dari
Aisyah, beliau berkata: “ Rasulullah hampir tidak pernah keluar dari
rumah sehingga beliau menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan
memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata:
Bukankah ia seorang wanita tua yang Allah telah meng-gantikannya dengan
yang lebih baik untuk engkau? Maka beliau marah sampai berkerut dahinya
kemudian bersabda: " Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang
lebih baik darinya. Sungguh ia telah beriman di saat manusia
mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku,
dan dengannya Allah mengurniakan anak padaku dan tidak dengan wanita
(isteri) yang lain. Aisyah berkata: Maka aku berjanji untuk tidak
menjelek-jelekkannya selama-lamanya.”

2@ Fathimah, dia adalah belahan jiwa Rasulullah, puteri wanita
terpandang dan mantap agamanya, isteri dari laki-laki ahli syurga yaitu
Ali bin Abi Thalib. Dalam shahih Muslim menurut syarah An Nawawi Nabi
bersabda: “ Fathimah merupakan belahan diriku. Siapa yang menyakitinya,
berarti menyakitiku.”

Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama ayah
dan suami tercinta. Dia korbankan segala apa yang dia miliki demi
membantu menegakkan agama.

Fathimah adalah wanita yang penyabar, taat beragama, baik perangainya,
kerap memberi sedekah dan suka bersyukur.

3@ Maryam binti Imran. Beliau merupakan figure wanita yang menjaga
kehormatan dirinya dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela
mengorbankan masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri pada Allah,
sehingga Dia memberinya hadiah istimewa berupa kelahiran seorang Nabi
dari rahimnya tanpa bapak.

4@ Asiyah binti Muzahim, beliau adalah isteri dari seorang penguasa yang
zalim yaitu Fir’aun laknatullah ‘alaih. Akibat dari keimanan Asiyah kepada
kerasulan Musa, ia harus rela menerima siksaan pedih dari suaminya.
Betapapun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami ternyata di hatinya
masih tersedia tempat tertinggi yang ia isi dengan cinta pada Allah dan
RasulNya. Syurga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan
yang ia rasakan di dunia sebagai akibat meninggalkan kemewahan hidup,
budaya dan tradisi leluhur yang bertentangan dengan syariat Allah ia telan
begitu saja bak pil kina demi kesenangan abadi. Akhirnya Asiyah meninggal
dalam keadaan tersenyum dalam siksaan pengikut Fir’aun.

Dari Abu Hurairah, Nabi Shallallahu alaihi wasalam berkata: “ Fir’aun
memukulkan kedua tangan dan kakinya (Asiyah) dalam keadaan terikat. Maka
ketika mereka (Fir’aun dan pengikutnya) meninggalkan Asiyah, malaikat
menaunginya lalu ia berkata: Ya Rabb bangunkan sebuah rumah bagiku di
sisimu dalam surga. Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan.”

Semoga kita terus berusaha memperbaiki diri agar menjadi wanita-wanita
yang kelak dipertemuka dengan empat wanita hebat penghuni syurga ini.
Selalu jaga hati-hati kita agar tak terjerumus ke dalam cinta dunia.
Wallahua’lam bish Shawwab. Segala puji bagi Allah, yang dengan
nikmat-Nya sempurnalah semua kebaikan ....

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Untukmu Yang Masih Sendirian (Solo)...^^..

Untukmu Yang Masih Sendirian (Solo)...^^..

Jangan pernah merasa keseorangan kerana sesungguhnya ALLAH selalu
bersamamu. DIA sedang mempersiapkan seseorang yang benar-benar tepat
untukmu. DIA hanya sedang mengawasi PERSIAPANmu dalam menunggu itu..
Jika dirimu SEMAKIN BAIK, maka PASTILAH akan dikirimkan-NYA.. Juga
seseorang yang BAIK untukmu. begitupun sebaliknya..

Kerana sesungguhnya engkaulah yang sedang mengukir PASANGAN mu..
Itu dalam dirimu. Jika semakin BAIK dan INDAH ukiranmu itu dalam
dirimu. Maka akan semakin BAIK juga hasil yang akan engkau dapatkan
kelak..

Ingatlah, mungkin saat inipun ada banyak yang sama sepertimu.. Dalam
KESEORANGAN dan mengisi kesepiannya dengan terus memperbaiki diri..
Memantaskan diri sepertimu. Dan bisa jadi salah satu diantaranya
adalah ‘Dia’ yang tengah ALLAH persiapkan untukmu..

Jangan pernah berhenti, meskipun kesepian itu kadang melelahkanmu..
Jangan pernah mencuba mengisinya dengan seorang teman yang BELUM
halal untukmu, meskipun kadang engkau gelisah dan jenuh tanpa teman
hidup..

Ingatlah, semakin kuat engkau melawan kesepianmu, semakin baik
engkau memantaskan dirimu. Semakin dekat juga ALLAH menuntun hatimu..
kepada pasangan tulang rusukmu. Bersabarlah dalam IKHTIARmu, karena
JANJI-NYA adalah sebuah KEPASTIAN-NYA.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Memilih Yang Cantik...^^..

Memilih Yang Cantik...^^..

Manusia menghargai kecantikan. Itu sifat alamiah manusia (QS 3:14).
Nabi Muhammad saw juga menyebutkan perempuan dinikahi karena
kecantikannya, hartanya, nasabnya, dan agamanya. Memilih yang cantik
itu naluriah. Tapi diingatkan, utamakan faktor agama, maka anda
akan selamat! Itu kata Nabi saw. Kecantikan bukan jaminan kebahagiaan.
Lihatlah, betapa banyak laki-laki merana setelah menikah dengan
perempuan cantik. Cantik patut disyukuri. Maknanya, gunakan
kecantikan sesuai dengan amanah Sang Pemberi Kecantikan, iaitu Allah
SWT. Syukurilah anugerah kecantikan! Gunakan kecantikan untuk ibadah.
Supaya hidup bahagia!

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Manfaat Tidur Dalam Gelap...^^..

Manfaat Tidur Dalam Gelap...^^..

Ahli biologi Joan Robert, Ia mengatakan bahwa tubuh baru bisa
memproduksi hormon melatonin ketika tidak ada cahaya, Hormon ini
adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan
mencegah berbagai penyakit, termasuk kanser payudara dan kanser
prostat. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari,
sekecil apapun sinarnya menyebabkan produksi hormon melatonin
terhenti..

Pentingnya tidur di malam hari dengan mematikan lampu juga
diteliti oleh para ilmuwan dari Inggris, Peneliti menemukan bahawa
ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, bisa memicu ekpresi
berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel
kanker.

Sebuah konferensi tentang anak penderita leukimia yang diadakan
di London juga menyatakan bahawa orang bisa menderita kanser akibat
terlalu lama memakai lampu waktu tidur di malam hari dibandingkan
dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini telah dikhabarkan Rasulullah sejak 14 abad silam :
" Padamkanlah Lampu Di Malam Hari apabila kamu akan tidur,
Tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah
makanan dan minuman" (HR.Muttafaq'alaih).

---------------------------------------------------------------------------

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Kiamat Sudah Dekat...^^..

Kiamat Sudah Dekat...^^..

Assalamualaikum!

1@ Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah
saw., " Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi
daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada
Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam
indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-
jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca
fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

2@ Firman Allah al-Anbia 24, " Apakah mereka memilih Tuhan-tuhan
selain Allah? Katakanlah : Bawalah dalil-dalil kamu. Kitab ini
menyebut cerita orang-orang yang semasa denganku di samping menyebut
cerita para Rasul sebelumku. Malah kebanyakan mereka tidak mengetahui
Aqidah yang benar, maka kerana itu mereka berpaling daripada-Nya.i"

3@ Wahai kaumku! Lihatlah bahawa seluruh masjid kita dibanjiri oleh
ramai umat Islam, lihatlah bahawa ramai orang yang solat dan dengar
ceramah agama di Masjid. Tetapi lihatlah bahawa ianya adalah kosong
daripada hidayat, iaitu umat Islam kita sudah mengalami kerosakan Aqidah.
Kita tidak memahami mengenai pengertian-pengertian kalimah, kita tidak
memahami mengenai apakah erti Toghut, khususnya kita tidak memahami
mengenai pengertian-pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Uluhiyah
dan Rububiyah Manusia serta konsep-konsep Nafi dan Isbat. Justeru kita
tidak memahami bahawa demokrasi adalah agama ciptaan manusia yang syirik
dan kufur, dan kita tidak memahami bahawa bila kita amalkannya kita juga
turut melakukan perkara-perkara�yang syirik dan kufur.

4@ Pada hari ini sejahat-jahat manusia di atas muka bumi kita ini adalah
para ulama kita, iaitu mereka yang terdiri daripada para mufti yang
jahil agama. Mereka yang tidak memahami hukum-hukum Allah dengan cara
yang betul, meremehkan ayat-ayat Al Quran dan mencipta fatwa  berdasarkan
adat budaya tempatan, bukan berasaskan ajaran dari kitab Al Quran dan
hadith, mahupun sunnah. Ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa agama
demokrasi ini adalah Islam dan mereka membolehkan amalannya. Ini adalah
kata-kata mereka yang sesat dan kufur kerana agama demokrasi yang
diasaskan kepada Uluhiyah dan Rububiyah manusia ini adalah agama manusia
yang syirik dan kufur, mereka menghukumkan agama demokrasi yang syirik
dan kufur ini sebagai Islam, dan mereka membolehkan amalan agama
demokrasi yang syirik dan kufur ini. Mereka ini adalah golongan yang
sesat dan kufur dan mereka membawa kita kepada kesesatan dan kekufuran.
Seluruh umat Islam di Malaysia dan di dunia kita ini sudah menjadi umat
yang sesat dan kufur kerana kita melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan
kita atau Berhala-berhala(Nisa 60) kemudian kita sembah berhala-berhala�
ini sebagai Tuhan-tuhan kita (Quran Taubah 31). Kita menjadi sesat dan
kufur kerana ditipu oleh para ulama kita. Amatlah jahat mereka ini
semuanya yang destinasi mereka ini tiadalah yang lain melainkan hanya
neraka jahanam di Akhirat nanti.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Firasat Hang Tuah ( Iktibar Zaman Kejatuhan Melaka Dengan Peristiwa Monggol Menyerang Baghdad)...^^..

Firasat Hang Tuah ( Iktibar Zaman Kejatuhan Melaka Dengan Peristiwa
Monggol Menyerang Baghdad)...^^..

Sebagai seorang yang tinggi dalam ilmu agama Islam dan ilmu kerohanian,
Hang Tuah cukup peka dengan situasi yang menimpa ke atas kerajaan
Melayu Melaka. Melalui firasatnya serangan Portugis ke atas Melaka
mempunyai persamaan dengan serangan tentera Monggol ke atas Baghdad,
Iraq dalam kurun ke 7 Hijrah pada 616 Hijrah. Ini akibat manusia dan
penguasa yang suka melakukan maksiat dan kekejaman. Maka Allah SWT
akan menarik rahmatNya dari muka bumi ini dan ditimpakan laknat
di kawasan di mana kejahatan berlaku.

Raja Melaka memerintah dengan kekejaman dan tidak berhati perut, anak
isteri orang diambil sesuka hati. Sultan Mahmud Shah telah memberi
arahan membunuh Bendahara Tun Mutahir dan Temenggong Tun Hassan yang
banyak berbakti kepada sultan dengan sewenang-wenangnya. Hanya kerana
seorang perempuan, seisi keluarga Bendahara Tun Mutahir dibunuh pada
tahun 1509, kerana difitnah hendak menderhaka dan menggulingkan
baginda Sultan Mahmud Shah. Ini kerana anak Tun Mutahir, Tun Fatimah
dikahwinkan dengan sepupunya Tun Ali. Sultan Mahmud teramat murka dan
berdendam dengan Tun Mutahir kerana tidak memberitahu kepada baginda
yang beliau mempunyai seorang anak perempuan yang jelita dan
sepatutnya dikahwinkan dengan baginda. Baginda seorang yang penghisap
darah dengan memerah tenaga rakyat yang miskin demi kepentingan
peribadi dan menyakiti dan dianiaya perawan muda dengan memiliki
mereka sebagai pemuas nafsu semata-mata.

Bila perbuatan mungkar sudah berleluasa, Allah tidak lagi memandang
kepada kaum tersebut dan tidak menangguhkan azab yang akan diturunkan
di atas muka bumi ini. Kerana itu urusan Allah, jangan ada siapa yang
cuba mencampurinya. Apabila terjadi suatu musibah atau bala terhadap
sesuatu kaum dari nabi-nabi dan rasul terdahulu, mereka yang beriman
disuruh meninggalkan tempat di mana bala akan diturunkan. Dalam kisah
nabi dan rasul, mereka telah diberi isyarat dan amaran oleh malaikat
untuk meninggalkan tempat akan berlakunya bala. Sebagaimana yang
dialami oleh Nabi Lut AS dan Nabi Ibrahim AS sebelum bala ditimpakan
di kawasan tersebut.

Bermakna sekalipun dia seorang nabi atau rasul, bila datang azab dari
Allah, dia tidak diminta untuk mencampurinya. Sekalipun mendoakan agar
dihindari dari malapetaka yang akan diturunkan, kecuali ummat itu
bertaubat. Jangan diganggu urusanNya, kelak akan berlaku sebagaimana
seorang Aulia yang cuba menghalang kemaraan tentera Monggol di Baghdad
dahulu. Aulia tersebut berjaya mengharu birukan dan menggugat kemaraan
tentera berkuda Monggol yang sedang melakukan pembantaian terhadap
penduduk kota Baghdad.

Panglima-panglima Monggol dan kuda-kudanya jatuh tunggang-langgang
selepas wali Allah tersebut memasukkan tangannya menembusi ke dalam
bumi dan kemudian seolah-olah memutarkan pada sesuatu benda di dalamnya.
Selepas berbuat demikian beliau terdengar satu suara yang memberi
peringatan dan amaran di atas tindakan beliau. Beliau yang sedar akan
kesilapan yang dilakukan itu terus memohon ampun ke hadrat Allah SWT.
Sebaik menjatuhkan tangannya, kepalanya sudah bercerai dari badan dan
jatuh ke tanah terkena libasan pedang tentera Monggol yang sedang mabuk
darah. Maka matilah sang wali Allah itu. Bagaimanapun matinya bukanlah
dalam kederhakaan tetapi sebagai hukuman kepada mereka yang bertaraf
wali Allah bagi mengingatkan kepada yang lain supaya tidak mencampuri
urusanNya.

Fariduddin al Attar yang merupakan seorang Aulia turut mengalami hal
yang sama. Setiap kali beliau memutarkan piring di atas tangannya,
tentera Monggol merasai seolah-olah ada satu kuasa yang membuat
mereka berundur ke belakang. Apabila aulia tersebut hendak mengulangi
lagi bagi kali ketiganya, beliau mendapat isyarat rohaniah bahawa
tindakannya itu mengganggu urusan Allah seperti mahu mengubah
keputusan Allah. Ketika tentera Genghiz Khan memporak porandakan
Persia di tahun 1220M, Al Attar berumur 110 tahun, ikut tertangkap.
Antara sembilan buah karya Al Attar, yang termasyur adalah Manthiquth
Thair sebuah bidalan halus dan indah mengenai perjalanan rohaniah
menghampiri diri dengan Allah.

Hang Tuah yang sedar dan nampak apa yang bakal berlaku dan atas
keputusan keluar dari bumi Melaka. Beliau dikatakan telah mendapat
beberapa isyarat sebelum ini iaitu pengalaman rohaniah dari gurunya
Sang Adi Putera atau Syeikh Thanauddin di Bukit Panau, Pasir Mas,
Kelantan yang berketurunan Arab Yaman dan merupakan anggota Wali Songo.

Tanpa memandang ke belakang lagi, Hang Tuah meninggalkan Melaka dan
duduk mengasingkan diri, bertapa atau berkhalwat di Tanjung Jugra,
kemudian barulah ke Negeri Perak. Di sini boleh dilihat, peristiwa
yang berlaku kerana kurangnya ilmu agama dan kekejaman yang dilakukan
oleh Sultan Melaka dan para pembesar yang banyak melanggar hukum-hukum
agama akan mengundang kemurkaan dan bala dari Allah SWT.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Beriman, Syurga Dan Neraka Itu Wujud...^^..

Beriman, Syurga Dan Neraka Itu Wujud...^^..

Iman tentang adanya syurga dan neraka adalah satu prinsip dalam akidah
Ahlus Sunnah wal Jamaah. Al-Imam Ahmad rahimahullahu berkata, " Surga
dan neraka adalah dua makhluk Allah Subhanallahu wa Taala yang telah
diciptakan", sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu alaihi wassalam:
" Aku masuk ke syurga, aku pun melihat istana di sana.� Aku juga
melihat al-Kautsar.� Aku melihat ke syurga, ternyata kebanyakkan
penduduk syurga adalah demikian yakni orang-orang fakir miskin yang
selalu bersyukur. Aku juga melihat neraka dan ternyata kebanyakkan
penghuninya adalah demikian yakni golongan wanita dan orang kaya yang
bakhil�." " Barangsiapa menganggap kedua-duanya iaitu syurga dan neraka
belum ada saat ini, berarti dia telah mendustakan Al-Quran. Saya
menduga, orang tersebut tidaklah mengimani adanya syurga dan neraka.
(Lihat Ushulus Sunnah)." Al-Imam ath-Thahawi rahimahullahu berkata,
" Syurga dan neraka adalah dua makhluk yang telah diciptakan, tidak
akan rosak, dan tidak akan hancur."� (al-Aqidah ath-Thahawiyah)
Ibnu Abil Izzi rahimahullahu berkata, " Ahlus Sunnah telah bersepakat
bahwa syurga dan neraka adalah dua makhluk yang telah ada sekarang."�
(Syarah al-Aqidah ath-Thahawiyah). Pembaca, dalam tulisan ini kami
hanya akan menyampaikan sedikit dari beragam azab yang ditimpakan atas
penduduk neraka, mudah-mudahan menjadi nasihat bagi kita semua.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

Allah Menjawab Al Fatihah Kita...^^..

Allah Menjawab Al Fatihah Kita...^^..

Bismillahir Rahmaanir Rahim. Pada saat kita membaca surat Al-Fatihah
sewaktu kita Shalat, banyak sekali orang yang cara membacanya tergesa-
gesa tanpa ruang, dan seakan-akan�ingin cepat menyelesaikan Shalatnya.

Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surat Al-Fatihah
tersebut, Allah menjawab setiap ucapan kita. Dalam Sebuah Hadits
Qudsi Allah SWT ber-Firman : " Aku membahagi Shalat menjadi dua
bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku".

Artinya, tiga ayat diatas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak
Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya. Ketika Kita
mengucapkan " AlhamdulillahiRabbil 'alamin". Allah menjawab :
" Hamba-Ku telah memuji-Ku". Ketika kita mengucapkan " Ar-Rahmanir-
Rahim", Allah menjawab : " Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".

Ketika kita mengucapkan " Maliki yaumiddin", Allah menjawab :
" Hamba-Ku memuja-Ku" Ketika kita mengucapkan, " Iyyaka na� budu wa
iyyaka nasta in"�, Allah menjawab : " Inilah perjanjian antara Aku dan
hamba-Ku"�. Ketika kita mengucapkan, " Ihdinash shiratal mustaqiim,
Shiratalladzinaan amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin."

Allah menjawab : " Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku
penuhi yang ia minta." � (H.R. Muslim dan At-Turmudzi). Berhentilah
sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawapan indah dari
Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab
Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

" Barang siapa yang ucapan " Aamiin-nya"� bersamaan dengan para Malaikat,
maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.�"
(H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud dan An-Nas).

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..