Sunday 20 January 2013

Jenis Jenis Cinta...^^..

Jenis Jenis Cinta...^^..

Rasa cinta, kasih dan sayang berbeza mengikut usia. Tidak semua manusia mengalami perasaan yang sama tidak kira
tua dan muda. Terdapat empat tahap membezakan fokus kasih sayang yang dikenali sebagai cinta Tadika, cinta Pasar,
cinta Monyet dan cinta Matang.

Cinta Tadika biasanya anak-anak yang suka benda-benda cantik sahaja. Lumrah bagi kanak-kanak tadika yang
berusia lima sehingga tujuh tahun hanya memandang sesatu yang cantik di mata mereka. Tidak kira lelaki mahupun
perempuan, minat mereka tertumpu pada sesuatu yang cantik dan tidak menjemukan mereka.

Manakala cinta Pasar pula dikategorikan untuk kanak-kanak yang berumur tujuh tahun sehingga baligh. Seawal usia
menjejakkan kaki ke alam persekolahan tahap rendah. Ia dikenali dengan nama cinta pasar kerana suasana pasar yang
menunjukkan mana tinggi nilai dan harganya. Cinta mereka lebih kepada orang atau individu yang mempunyai
kepimpinan dan berwibawa pada pandangan mereka. Mereka lebih ingin dilindungi. Biasanya cinta mereka terpaut
kepada pengawas, ketua kelas, anak cikgu, peserta-peserta Akedemi Fantasia dan juga Imam Muda.

Bagi mereka yang berada pada usia awal baligh sehingga 21 tahun, mereka akan mengalami cinta Monyet. Ketika ini,
perasaan sayang mereka mula berpindah kepada individu yang pandai memberi perhatian kepada mereka. Seperti
mendapat pujian, selalu bertanya khabar, ambil berat terhadap apa yang mereka lakukan. Mereka inginkan perhatian.

Manakala cinta Matang merupakan perasaan cinta yang dialami oleh golongan yang berusia antara 21 tahun dan
ke atas. Cinta matang ini ialah cinta yang disusuli dengan sifat tanggungjawab. Mereka akan lebih bertanggungjawab
dalam pelbagai perkara. Pada peringkat ini sudah tidak ada istilah bersuka-suka dalam perhubungan, tetapi ikatan
janji yang ikhlas dari dua pihak.

Norshahuddin Edited...^^..
Jan 2013...^^..

Shahih Muslim 0001...^^..

Shahih Muslim 0001

Iman

0001. Dari Yahya bin Ya'mar r.a., katanya: " Orang yang mula-mula bicara di Bashrah menentang adanya Qadar ialah Ma'bad Al Juhani. maka pada suatu ketika, aku dan Humaid bin Abdurrahman Al Hamairi, sama-sama pergi Haji atau Umrah. kami berdua sepakat, jikalau bertemu dengan salah seorang sahabat Rasullullah s.a.w., kami akan menanyakan kepada mereka masalah Qadar itu. Justeru kami bertemu di dalam masjid dengan Abdullah bin Umar bin Khattab. Kami langsung mendekati dan mengapitnya di kanan-kiri beliau. Dalam pada itu, aku telah menduga bahawa sahabatku Humaid akan menyerahkan perbicaraan kepadaku. Kataku kepada Abu Abdurrahman. " Telah muncul di hadapan kita para pembaca Al Quran dan para ilmuwan. Mereka mendakwakan bahawa Qadar itu tidak ada. Segala sesuatu terjadi menurut kudratnya, tanpa didahului Qadar dan Ilmu Allah,". Jawab Abdullah bin Umar, " Apabila engkau bertemu mereka, katakan bahawa aku tidak sependapat dengan mereka. Demi Allah! Kalaulah mereka mempunyai sebungkus emas, kemudian emas itu mereka nafkahkan, maka Allah s.w.t. tidak akan menerima nafkah mereka itu sehingga mereka iman dengan Qadar". Kemudian dilanjutkan, " Ayahku Umar bin Khattab, menceritakan kepadaku sebagai berikut: Pada suatu hari ketika kami sedang berada di sisi Rasullullah s.a.w. , tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang laki-laki berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam. Tidak terlihat padanya bekas perjalanan dan tidak seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Dia langsung duduk dekat dengan Nabi s.a.w. lalu disandarkan lututnya ke lutut Nabi, dan diletakkannya kedua telapak tangannya ke pahanya." Dia berujur, " Ya, Muhammad! Terangkanlah kepadaku tentang Islam." Jawab Nabi s.a.w. " Islam ialah 1@Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad pesuruh Allah.; 2@Mendirikan Solat; 3@Membayar Zakat; 4@Puasa bulan Ramadhan; 5@Haji ke Baitullah, jika kamu mampu." ." Engkau benar ! " kata orang itu; Kata ayahku ." Kami hairan terhadap orang itu; dia yang bertanya tetapi dia pula yang mengatakan benar." Kemudian orang itu berkata pula, " Terangkan kepadaku tentang Iman !". Jawab Nabi s.a.w. " Iman ialah 1@Iman kepada Allah; 2@Iman dengan para MalaikatNya; 3@Iman dengan Kitab-kitabNya; 4@Iman dengan para RasulNya;5@Iman dengan Qadar yang baik mahupun buruk." Kata orang itu, " Engkau benar !" Kemudian dia berkata pula. " Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan! " . Jawab Nabi s.a.w. " Ihsan ialah menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekalipun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu." Katanya pula, " Terangkanlahkepadaku tentang Kiamat !" Jawab Nabi s.a.w., " Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang menanya." Katanya, "Terangkanlah kepadaku tanda-tandanya!" Jawab Nabi s.a.w. " Apabila hamba sahaya perempuan telah melahirkan majikannya, dan apabila orang orang dusun yang melarat telah bermewah mewah di gedung nan indah." Kata ayahku, " Kemudian orang itu berlalu. Tetapi tidak berapa lama antaranya, Rasullullah s.a.w. bertanya kepadaku, " Tahukah engkau, siapakah gerangan yang bertanya itu? " Jawabku, "Allah dan RasulNyalah yang lebih tahu." Sabda Rasullullah s.a.w. " Dia adalah Jibril, Dia datang kepadamu mengajarkan agamamu."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited...^^..
Jan 2013...^^..

Biografi Imam Muslim...^^..

Biografi Imam Muslim...^^..

Imam Muslim ( 204 - 261 H./ 820 - 875 M.)

Imam Muslim bin Hajjaj Al Qusyairy An Nisabury, lahir pada tahun 204 Hijrah di Nisabur, sebuah kota terbesar ketika Khurasan, Iran dan meninggal di kota kelahirannya itu pada hari Ahad, 24 Rejab 261 Hijrah.

Semenjak berusia kanak-kanak, beliau telah rajin menuntut ilmu, di samping dengan kecerdasan luar biasa, kekuatan ingata, kemahuan yang teguh dan ketekunan yang mengagumkan, Pada usia 10 tahun beliau telah menghafal Al Quran sepenuhnya serta ribuan hadis. 

Ketika mudanya, dia berkunjung ke negeri-negeri Islam, terutamanya pusat-pusat ilmu seperti Iraq, Hijaz, Syam, Mesir dan lain-lain., untuk berguru dengan ulama-ulama besar dan ahli-ahli hadis terkemuka.

Di Khurasan, dia belajar dengan Yahya bin Yahya dan Ishaq bin Rahawi, di Iraq, belajar dengan Imam Ahmad bin Hanbal ( Imam Hanbali) dan Abdullah Ibnu Maslamah, di Hijaz berguru dengan Sa'id bin Manshur, Abu Mush'ab, di Mesir beliau berguru dengan Amru bin Sawwad dan Harmalah bin Yahya, serta banyak lagi. Ketika Imam Bukhari datang ke Nisabur pada akhir masa kegiatan, Imam Muslim sentiasa mendampinginya.

Imam Muslim memikul nama besar sebagai ulama dan ahli hadis yang sangat masyhur dan terkemuka dengan gelaran ' Imam'. tidak kerana sifat-sifat peribadi yang dimilikinya sejak kecil, seperti cerdas, kuat ingatan tekun dan berpendirian teguh, yang terutamanya kerana diri beliau dihiasi dengan takwa, soleh dan wara' (selalu menjauhkan diri dari dosa) . Kem,brudian, berkat karya-karya besar yang dihasilkannya, nama beliau semakin tinggi dan menimbulkan hormat bagi setiap ahli ilmu.

Sebagai seorang ahli hadis, dia berhasil mengumpulkan sejumlah 300'000 hadis. Kemudian dengan sangat cermat dan dengan teliti hadis itu diperiksa satu persatu dengan sistem yang amat ketat, yang sekarang dapat kita pelajari dalam " Ilmu Mushthalah Hadis".

Dari hasil penelitiannya, hanya 7275 hadis yang termasuk kategori " Shahih". Tetapi yang dirakamkan dalam " Shahih Muslim" hanya 4000 hadis, kerana 3000 antaranya ternyata berulang-ulang. Imam Nawawi mengatakan bahawa Imam Muslim telah mengambil cara yang sangat teliti dan cermat bagi kitab shahihnya.

Di samping itu, Imam Nawawi juga mengatakan, " Para ulama sepakat mengakui kesungguhannya dalam bidang ini. Siapa yang mendalami pandangan terhadap Shahih Muslim, akan tahulah dia bahawa Imam Muslim itu seorang Imam yang tiada bandingannya. Ramai ahli hadis yang lebih suka meriwayatkan hadis daripad beliau. Antaranya Imam Tirmidzi, Imam Ibnu Khuzaimah, Abdul Wahhab Al Farra, Ibnu Ishak Al Asfaraini dan banyak lagi.

Sekalipun dia pernah mendampingi dan belajar kepada Imam Bukhari, tetapi namanya sejajar dengan Imam Bukhari. Sering kita dapati sebuah hadis dikatakan: Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim Bahkan Imam Nawawi mengatakan dalam syarahnya, " Para Ulama sepakat menyatakan "Shahih Muslim" adalah kitab hadis yang paling dipercayai disamping Shahih Bukhari."

Sebagai seorang yang pernah mendampingi dan belajar dari Imam Bukhari, tidak hairan jika gaya tulisan beliau mempunyai pengaruh Imam Bukhari dalam karya-karya Imam Muslim. Bahkan hadis yang diterimanya dari Bukhari terlihat dituangkan dalam buku-bukunya. Namun begitu, Muslim bukanlah seorang penciplak, kerana banyak pula yang terdapat di dalam shahih Musim tidak terdapat di dalam shahih Bukhari.

Selain " Shahih Muslim" yang paling terkenal dan menonjol, tercatat pula karya-karya besar beliau seperti 1; Al Musnad Al Kabir, 2; Al Jami', 3; Al Asma' wal Kaniya, 4: Al Afrad wal Wihdan, 5: Al Aqran, 6; Masyaikh Ats Tsauri, 7; Tasmiyatu Syuyukhi Malik, 8; Kitabul Mukhdharimin, 9; Kitab Auladish Shahabah 10; Ath Thabaqat, 11; Auhamul Muhadditsin, 12; Afraadus Syamiyin, 13; At Tamyiz dan 15; Al 'Ilal.

Setiap karya beliau memberikan corak dan pengaruh yang mendalam bagi karangan-karangan dan perbahasan dalam berbagai bidang ilmu agama Islam, bahkan menjadi pegangan kuat bagi kaum Muslimin.

Norshahuddin Edited...^^..
Jan 2013...^^..

Sunday 13 January 2013

12 Tanda Wali Allah...^^..

12 Tanda Wali Allah...^^..

Abdul 'Aati ditanya oleh salah seorang muridnya, " Apakah syarat yang perlu ada oleh orang yang ingin menjadi Wali Allah?" Jawab Abdul 'Aati, " Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 tanda padanya, iaitu:

* Benar-benar mengenal Allah s.w.t. Benar-benar mengerti tauhid dan mantap keyakinannya kepada Allah s.w.t.

* Menjaga segala perintah Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya.

* Berpegang teguh kepada sunnah Rasul s.a.w.

* Sentiasa berwuduk. Bila berhadas dia akan segera memperbaharui wuduknya.

* Rela menerima hukum Qadak Allah s.w.t. dalam suka mahupun duka.

* Yakin dengan segala janji Allah s.w.t.

* Sabar menanggung pelbagai derita dan gangguan manusia.

* Rajin mentaati perintah Allah s.w.t.

* Menunjukkan kasih sayang kepada semua makhluk Allah s.w.t.

* Tawadduk dan merendah diri kepada mereka yang lebih tua mahupun muda.

* Sentiasa menyedari bahawa SYAITAN adalah musuh utama.

Norshahuddin Edited...^^..
Jan 2013...^^..